Sabtu, 19 Ogos 2017

FESTIVAL TEATER PERINGKAT NEGERI (2017)

Salam Budaya ...

Diam tak diam, rupanya telah berlangsung festival ini untuk penggiat seni teater negeri untuk mempamerkan kreativiti masing-masing.

Berikut adalah jadual pertandingan Peringkat Negeri yang telah disusun oleh pihak JKKN Pusat. 



Di maklumkan juga, ada beberapa negeri telah pun menobatkan juara masing-masing. Nanti Admin cuba dapatkan yea.. !! :)

Makanya, bagi negeri Selangor - tempat kumpulan Admin berkreatif, pastinya tarikh 19hb Oktober hingga 19 November adalah tarikh sejarah yang perlu di realisasikan... 

Naskah kali ini adalah permintaan tuan YDP Suara Alam sendiri ie Sdra Dean Sitara :)  mencabar diri dan kumpulan untuk kelainan. Naskah adalah adaptasi sahabatnya sdra Anwar M Zulkifli (ie. Psang).

Nak tahu naskah apa - nantikan hari persembahan oleh Persatuan Kebudayaan SUARA ALAM untuk tahun 2017 ini. 


Joommm meriahkan Festival Teater Kuala Lumpur & Selangor 2017 @FTKLS2017 ini ... !!


Selamat Beraktiviti - Teater Untuk Masyarakat !!

-admin- 

Jumaat, 18 Ogos 2017

Suara Alam Berpesan ...

Salam Budaya, Salam Mesra untuk semua aktivis teater..
sekadar pesanan kami untuk kita !! 


semoga ada kejayaan dalam kerja-kerja teater ini !! :) 

..**..

Selasa, 15 Ogos 2017

Program SEMARAK BANGSAWAN 2017

Salam Budaya;

Rasanya belum terlambat untuk Admin mewar-warkan kalendar pementasan bangsawan untuk tahun 2017 ini.

bagi peminat teater bangsawan ini, bolehlah merancang untuk datang menonton. untuk 2017 ini, cuma 5-kumpulan yang di pilih untuk membuat persembahan setelah sesi penilaian di awal tahun lalu oleh pihak JKKN.


Senarai persembahan adalah seperti berikut ;

1. Bangsawan Cincin Naga Api  ( 12,13, 14 Mei )
- Kump. Seni Ceritera, SEL.

2. Bangsawan Satria Menara Putih  ( 21, 22, 23 Julai )
- Perkumpulan Seni PS60, Singapura 

3. Bangsawan Dewa Kenchana  ( 15, 16, 17 Sept )
Kump. Teater HIDAYAH, SEL./KL  

4. Bangsawan Zhao Anak Yatim  ( 13, 14, 15 Okt )
Kump. Opera Sri Bandaraya DBKL  

5. Bangsawan Dendam Laksamana  ( 10, 11, 12 Nov )
Kump. Seni Silat Pusaka Sendeng, Malaysia 



butiran persembahan;

Tiket : RM10, RM25 dan RM50 (Premier) 

Info lanjut hubungi : 
JKKN - 03 2614 8200 
DBKL - 03 2617 6289


Sekian ...