Jumaat, 12 Februari 2021

MAKSUD HIBURAN DALAM TEATER

Salam Budaya ....

Salam Teater ...



Kali ini Admin nak kongsi apa yang selalu khalayak bicarakan ... Teater ! Adakah ia Hiburan atau sebaliknya ... 

Admin kongsikan disini satu catatan dari seseorang tentang perkara ini ...  

TEATER adalah HIBURAN dan diciptakan untuk tujuan mengiburkan. Istilah 'menghiburkan' dalam persembahan bukanlah bermaksud persembahan itu mesti mempunyai elemen humor dan gelak ketawa semata-mata. Kita perlu memahami maksud istilah 'entertainment' secara lebih luas. 

Menurut definisi lain, ia bermaksud 'that which holds the attention'. Menurut Cohen (2008) menyatakan ia berasal dari kata Perancis iaitu entre (between) dan tenir (to hold) yang bermaksud "to hold together" atau "to bring together" ;


“…it means that entertainment includes the enchantment of romance; the dazzle of brilliant debate, witty epigram, and biting repartee; the exotic appeal of the foreign and the grotesque; the beauty and grandeur of spectacle; and the nuance and crescendo of a musical or rhythmic line. It accommodates suspense and adventure, the magic of sex appeal, and the splendor of sheer talent. Finally, of course, it includes any form of drama that profoundly stirs our feelings and heightens our awareness of the human condition.” (pg. 313)  



TEATER adalah tempat himpunan segala keseronokan yang bukan sahaja untuk merangsang emosi, intelektual, rohani dan estetik malahan juga sebagai tempat untuk membina keseronokan, bersosial; ia menjadi pusat pertemuan untuk berinteraksi, berhubung dan berkenalan sesama manusia. Malah isi kandungan persembahan teater turut dapat dikongsikan dan dirasai bersama olej penonton, memberikan suatu kesedaran bahawa kehidupan kita tidak berseorangan malah kita semua berkemungkinan berkongsikan perasaan dan pandangan yang serupa. 


HIBURAN dalam teater harus merujuk kepada tahap keintelektualan dan pengalaman penonton. Personaliti setiap penonton adalah berbeza dan sutradara hendaklah mengenalpasti terlebih dahulu personaliti penonton yang bakal datang menyaksikan persembahannya. Sutradara juga hendaklah mahir memilih skrip yang bakal dipentaskan agar ia bersesuaian dengan penonton yang datang menonton. Corak persembahan yang dipamerkan itu mestilah bersesuaian dengan tahap pemikiran penonton; kanak-kanak, remaja dan dewasa. Yang pasti penonton mahukan hiburan tidak kira sama ada hiburan itu berbentuk kejiwaan, perasaan, minda dan apa sahaja yang boleh merehatkan dan menenangkan jiwa. Jiwa manusia sentiasa mahukan dan dahagakan hiburan. Sekiranya ini tidak benar, maka sudah pasti teater tidak akan wujud di muka bumi ini.


MAKA, fahamiliah konsep berteater. Janganlah semudahnya kita berbicara dan menganggap teater atas talian ini sebagai medium persembahan baru abad 21. 


Janganlah kita sogokkan minda generasi muda dengan fahaman songsang. FAHAMILAH ... Teater dicipta bukan semata-mata untuk menghiburkan penonton, sebaliknta teater dipersembahkan untuk TUJUAN ;

- mendidik 

- mengajar

- menyindir (dan) 

- membuat penonton berfikir 


Sekian,


-Admin SuaraAlam- 

#KitaJagaKIta

#SuaraAlam

#TeaterSelangor

#TeaterKita

#TeaterMemanusiakanTeater



* sumber artikel - FB Andy D'Great