Jumaat, 11 Disember 2015

Calon-Calon untuk Festival Teater Malaysia (FTM) 2016 - Pilihan Anda ??

Salam Budaya & Salam Teater ...!!

Festival Teater Negeri hampir atau telah sampai ke penghujung nya ... 
Rasanya setiap negeri TELAH menobatkan JUARA masing-masing. Kini tinggal menanti calon-calon yang BAKAL layak untuk ke Festival Teater Malaysia (FTM) bagi tahun 2016 setelah melalui penilaian para JURI nanti.



Pasti wakil-wakil setiap negeri akan berdebar-debar menanti sesi penilaian nanti. Apa-apapun, kita tunggu sahaja nanti bila tiba FTM berlangsung yang akan di anjurkan oleh pihak JKKN untuk peminat-peminat teater tanahair...

Berikut adalah antara Calon-calon yang 'admin' ketahui untuk pengetahuan khalayak..



Calon-Calon Negeri yang berjaya adalah - - - - -> 

KUALA LUMPUR :  
Kump. IKA BUANA STAGE dgn naskah " PUSARAN ANGIN SONGSANG " (karya : Rusaidi Ramli)

MELAKA :  
Kump. AURA KREATIF UiTM (Melaka) dgn naskah "ORANG BAIK" (karya: Ali Jusoh)

PAHANG :  
Kelab ESTETIKA BUDAYA UiTM (Jengka) Pahang dgn naskah " JANGAN BUNUH SAM " (karya : Zakaria Ariffin) 

P.PINANG : 
Kump. GASEWAP (Gab.Anak Seni Warisan PP) dgn naskah "THE MAIDS" (adaptasi karya : Jean Genet oleh Roselina Khir Johari )

NEGERI SEMBILAN : 
Kelab PENGGIAT SENI TEATER NEGERI SEMBILAN dgn naskah "TERGANTUNG" (karya : xxx_)

SELANGOR : 
Kump. Seni CERITERA dgn naskah "JALAN MATI" (adaptasi filem/karya : Leigh Whannel oleh Roydy Anuar)  

KELANTAN : 
Kump. ASPEK dgn naskah "BERANI MATI" (adaptasi filem/karya : Leigh Whannel oleh Roydy Anuar)

JOHOR :  
Kump. Warisan Kebudayaan UTHM dgn naskah "SANG NINGRAT ABDUL RAHMAN ANDAK" (karya : Rosdi Abdullah)

TERENGGANU : 
Kump. ShaNaNa Production dgn naskah "GEJOLAK" (karya : Iwano Kurusawa) 

KEDAH :  
Kump. TEATER WARNA UUM dgn naskah "TUKANG TILIK" (karya : xxx_) 

PERAK :  
Kump. TEMA PERAK dgn naskah "TIANG CENGAL DINDING SAYUNG" (karya : Suriani Mohd Yusof)

PERLIS : 
Kump. TOPENG dgn naskah "KA SYORGA" (Karya: Hairi Safwan Aznan)

SABAH :  
Kump. STAGE Production (UMS) dgn naskah "PREBET  KABIMBANGAN" (karya : xxx_)

SARAWAK :  
Kump. PERSATUAN SENI PERSEMBAHAN SIFAR KUCHING dgn naskah "SI PANJI RUMPUT" (Karya: Jamshari Saili)


Seperti di ketahui, SIFAR (Sarawak) adalah Juara FTM 2014 yang lalu... Makanya kali ini mereka tersenarai lagi bagi wakili Sarawak ! 
Adakah mereka akan terpilih utk FTM 2016 nanti..!!?? Sama-sama kita nantikan ...!
:)  

Sekian. 

Selamat berjuang untuk semua ...!! Semoga semuanya dapat mementaskan dgn TERBAIK !!


-Suara Alam-

Ahad, 22 November 2015

Festival Teater Selangor 2015 : Siapakah Pemenang ??

Salam Budaya !!

KUALA LUMPUR, 15 November 2015 - bertempat di Dewan Tunku Abdul Rahman, Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC), Jln Ampang KL telah menyaksikan kemeriahan Festival Teater Negeri Selangor (FTS2015) telah berakhir dengan suasana yang sangat meriah dan ceria. Sebanyak 10 kumpulan yg bertanding telah berjaya mementaskan naskah masing-masing dengan jayanya.

FTS2015 berlangsung dari 6 hingga 15 November 2015 ini anjuran JKKN Selangor dengan kerjasama Majlis Teater Negeri Selangor (MTS), MATIC, KL dan MKN Selangor telah di barisi oleh penilai JURI yang tidak asing lagi iaitu sdra Lokman Ghani (Istana Budaya), sdra Wahab Hamzah (DBP) dan aktivis teater sdra Mior Hashim Manap untuk memuktamadkan juara bagi FTS untuk tahun 2015 ini. Pemenang bakal mewakili negeri Selangor ke Festival Teater Malaysia (FTM) 2016 nanti.

JUARA pada tahun ini, telah dinobatkan kepada kumpulan Seni CERITERA dgn naskah adaptasi sdra Roydy Anuar Eddy Sauly bertajuk 'JALAN MATI'. Teater ini di bawah pengarahan sdra Khusairy Mahayuddin. Seni Ceritera juga membawa pulang 3-kategori hadiah yg lain iaitu, Pelakon Lelaki Terbaik, Pelakon Pembantu Lelaki dan Pengarahan Terbaik. 

NAIB JUARA pula di ungguli oleh kumpulan Teater AKSES, UiTM dgn naskah karya Syawal Azrai bertajuk "BILIK AKHIR" di bawah pengarahan sdra Khyrul Oshman. Bilik Akhir juga membawa pulang hadiah kategori Pelakon Harapan Wanita dan Sinografi/Teknik Terbaik. 

Badan Teater Kesenian, Warisan Malaysia @BATEK cawangan Selangor pula menduduki tempat ke-3 dalam FTS kali ini dengan naskah karya sdra Shukor Yon bertajuk "NERACA". BATEK juga membawa pulang Pelakon Wanita Terbaik di bawah pengarahan sdri Roslizawati. 

                 ** Gambar : Team Produksi BATEK - "Neraca"

Pihak JKKN juga mengumumkan tempat ke-4 dan ke-5 terbaik iaitu jatuh kepada kumpulan Kelab Teater Rimba, UKM dgn naskah "CINTA SANG PENCURI" karya Jean Annoulin, arahan sdra Abdin Bidin. KT.Rimba turut membawa pulang hadiah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik.
MANAKALA Kelab Teater Anomalist, UiTM dgn naskah "KUBUR" karya Wiramanja, Arahan sdri Deyana Suhailah berada di tempat ke-5 dgn turut membawa pulang Pelakon Harapan Lelaki Terbaik.

Saguhati pula di sampaikan kepada baki 5 kumpulan lainnya iaitu Kelab Deklamator Malaysia (DEKMAL) dgn naskah "Syahid Dukapura", Persatuan Kebudayaan Suara Alam* dgn naskah "Kembalinya... Mak Som", Seri Suktas GIB dgn naskah "Lumba Lagi". 


Manakala, Jemaah Seni UNISEL dgn naskah "Musim Dingin di Khatulistiwa" dan yg terakhir pula, Kelab Kembara Cilik dgn naskah "Aku, Dia dan Kotak". 

                   ** Gambar : Team Produksi SUARA ALAM - "Kembalinya... Mak Som"

Pada malam itu juga, pihak JKKN dan MTS telah memberi penghargaan kepada 2 Tokoh Teater Selangor 2015 iaitu Sdra. Shukor Yon dan Sdra. Kamarul AR yang telah banyak memberi impak kepada produksi pementasan teater di Selangor. 

Penyampaian hadiah-hadiah utama telah disampaikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Keseniaan Negara, En. Mesran Mohd Yusof yang turut merasmikan sayembara teater yg dikelolakan oleh pihak Majlis Teater Negeri Selangor (MTS) di ruang terbuka MaTIC sebelum pementasan akhir malam tersebut. 

Dianggarkan hampir 300 orang telah menghadirkan diri pada malam pengumuman FTS2015 kali ini.

SEKIAN. 

-admin- SUARA ALAM 


** TAHNIAH kpd team produksi BATEK..!! :) 

Jumaat, 6 November 2015

Abang lawan Adik !!?? : Festival Teater Negeri Selangor 2015

Salam Budaya, Salam Teater...
dan
Salam Sehati & Sejiwa ....

Pada hari ini 6hb NOV. bermulalah perjuangan penggiat-penggiat teater bagi negeri selangor untuk FTN 2015 kali ini. Debaran kepada 10 Persatuan yg menyertainya pastinya memuncak dengan perlbagai persediaan yg perlu di lengkapkan... samada dari segi lakonan, props, set dan sebagainya ..!

Jika di teliti kpd 10 naskah yg dipertandingkan, tentunya masing2 mempunyai kekuatan tersendiri..



TETAPI, sesuatu yg menarik kali ini pastinya pertembungan di antara 2-Kumpulan teater yang tentunya amat di kenali di Negeri Selangor, di mana kedua-duanya di bawah Penasihat yang sama iaitu sdra. Shukor Yon; seorang aktivis teater yang aktif di tahun 90an..dan juga merupakan Mantan YDP Majlis Teater Negeri Selangor. 

2-Kumpulan tersebut, tentunya si-Abang (SUARA ALAM) dengan naskah "KEMBALINYA... MAK SOM" dan si-Adik (BATEK, SEL.) dengan naskah "NERACA". Masing-masing akan mementaskan naskah pada 7hb Nov. ini dan 12hb Nov. untuk tatapan Juri yg telah di lantik. 

vs.

MAKA, pertembungan ini pastinya menarik bagi kedua-dua Team Produksi untuk membuktikan siapakah antara Abang dan Adik ini yg 'lebih' baik pementasannya serta menarik minat JURI...

Bagi proses penilaian ini, Pihak JKKN telah melantik 3 Panel Juri yg tentunya berkaliber iaitu ;

         1. Sdra. Lokman Ghani, - Istana Budaya
         2. Sdra. Wahab Hamzah, - DBP 
         3. Sdra. Mior Hashim Manap, - Aktivis Teater

Semoga semua kumpulan yg bertanding dapat menghasilkan pementasan TERBAIK mereka dan seterusnya menjulang PIALA kemenangan dan layak mewakili negeri selangor ke penilaian kebangsaan FTK2016 nanti. 

Di Doakan siri pementasan teater selepas ini di Negeri Sleangor akan kembali meriah selepas berakhirnya FTN 2015 ini.

Sekian, Salam Budaya !!

-admin-

Selasa, 20 Oktober 2015

Festival Teater Selangor 2015 : Selamat Bertanding ..!!

Salam Budaya

SETELAH bermesyuarat bersama JKKN Selangor, kini tampillah 10 Kumpulan yang akan menyahut cabaran dalam FTN Selangor 2015 (Festival Teater Negeri Selangor)

10 Kumpulan yg bertanding itu adalah ;

(01)  - Kelab Teater Rimba, UKM Bangi
 - Cinta Sang Pencuri      ^ 6hb
(02)  - Persatuan Kebudayaan SUARA ALAM
- Kembalinya... Mak Som  ^ 7hb
(03)  - Jemaah Seni UNISEL
- Musim Dingin Di Khatulistiwa  ^ 8hb
(04)  - Persatuan Seni Ceritera
- Jalan Mati   ^ 9hb
(05) - Kembara Seni Cilik
- Aku, Dia dan Kotak   ^ 10hb

(06) - Kelab Deklamator Malaysia @ DEKMAR
- Syahid Dukapura    ^ 11hb
(07) - Pertubuhan Badan Teater, Kebudayaan, Kesenian & Warisan Malaysia @ BATEK [Caw. Selangor]
-  Neraca    ^ 12hb
(08) - Seri Suktas GIB
- Lumba Lagi    ^ 13hb
(09) - Kelab Teater Akses UiTM
- Bilik Akhir   ^ 14hb
(10) - Kelab Teater Anomalist UiTM
- Kubur    ^ 15hb


SEMOGA berjaya untuk semua... selamat bertanding !

Hasilkan kerja seni teater yang terbaik..



-Suara Alam-







Isnin, 5 Oktober 2015

# CABARAN (1) 2015 - Festival Teater Selangor 2015

Salam Budaya & Salam Teater ...

Pihak JKKN Selangor (JKNNS) telah memaklumkan melalui Majlis Teater Negeri Selangor (MTS) bahawa tarikh untuk Festival Teater Negeri Selangor telah pun di tetapkan... bermula daripda 6hb November 2015 sehingga kumpulan yang terakhir .... !!



MAKA, bermula lah cabaran pertama SUARA ALAM setelah hampir 10 bulan tanpa aktiviti untuk penggiat-penggiatnya memerahkan keringat dan tenaga atas landasan untuk menghasilkan sebuah pementasan yang memberi IMPAK dan MAKNA kepada khalayak penontonnya.

JUSTRU itu, SUARA ALAM berbesar hati sekiranya ada peminat-peminat di luar sana untuk sama-sama berjuang bersama produksi kami di dalam FTS 2015 kali ini. Sila tinggalkan pesanan anda d 011-32242494 (sms / telegram) atau emailkan kpd suara2alam@gmail.com. Moga produksi kami mendapat tenaga baru !!

Sekian utk kali ini.., Jumpa di produksi kami nanti...! Tuuungguuu .... !



Team Produksi 2015
> SUARA ALAM <


Selasa, 22 September 2015

Teater 2015 : CABARAN

Salam Budaya & Salam Sehati&Sejiwa ...

Terlama rasanya tiada entri untuk informasi di blog ini. Maklumlah, masing2 ada ketanggung-jawaban yang perlu di uruskan ..!!

Walau bagaimana pun, Memang tidak di nafikan pementasan teater ketika dan waktu ini agak mencabar ! Perlukan bukan sedikit pengorbanan tetapi banyak..

Setakat yang dapat di ingati sepanjang tahun ini sahaja CUMA ada beberapa pementasan oleh pengiat2 seni teater Selangor, itupun cuma di luar Selangor iaitu Kuala Lumpur..

Tahniah buat Kump HIDAYAH yang berjaya mementaskan teater Bangsawan Kota Lukut pada bulan JUN yang lalu. dan BATEK dgn naskah Warisan Yang Hilang di Audi DBP, KL.

Apapun, semoga Festival Teater Selangor (FTS) pada tahun 2015 ini akan mnejadi kenyataan KERANA hanya itu sahaja nampaknya landasan untuk penggiat2 seni berkarya kali ini.

Selamat berkarya kepada semua Kumpulan2 Teater Selangor,.. dan di doakan agar Majlis Teater Negeri Selangor dapat lakukan sesuatu..!

Sekian, Salam Budaya !


#SuaraAlam - Shah Alam