Rabu, 16 Mac 2022

DAKEN - DASAR KEBUDAYAAN NEGARA (2022)

Salam Budaya .. 

Artikel kali ini Admin mahu war-warkan perihal DAKEN 2021 yang telah dilancarkan oleh pihak Kerajaan untuk semakan dan bacaan para aktivis seni. 

semoga menjadi perhatian semua.  ................................................ << 














Antara perkara yang penting didalam DAKEN adalah ...





sekian, 

-Admin- 


Khamis, 3 Mac 2022

PERGI NYA SEORANG SENIMAN (BANGSAWAN) NEGARA - PAK RAHMAN B

... dari ALLAH dia datang, kepada Allah dia pulang...

SENIMAN NEGARA 

HJ ABDUL RAHMAN HJ ABU BAKAR (RAHMAN B) 1935 ~ 2022

















Tanggal 2hb Mac 2022 jam 4.45pm, 

Malaysia amnya dan Warga Seni khususnya telah meratapi kehilangan seorang lagi Tokoh Seniman Negara dalam BANGSAWAN iaitu tidak lain, tidak bukan Abdul Rahman B. Abu Bakar atau sinonim dengan panggilan Pak Rahman B.  

Beliau telah disahkan meninggal di Hospital Besar Kuala Lumpur akibat komplikasi paru-paru setelah beberapa hari beliau mendapat rawatan di IJN untuk rawatan jantung nya. 

Beliau merupakan antara tokoh bangsawan yang hidup dan bergerak aktif dalam 5-Era Zaman yang berbeza di Malaysia ini. Jadi tidak hairanlah beliau telah di anugerahkan Seniman Negara (Bangsawan) oleh Kerajaan Malaysia. Di lahirkan di Kapar, Klang pada 1935 dalam keluarga yang memang bergiat aktif dalam pementasan teater bangsawan ini. 

Persatuan Bangsawan Bintang Timur (PBBT), adalah kumpulan bangsawan yang dilahirkan oleh beliau untuk meneruskan pementasan bangsawan terutama ketika era kegemilangan pada tahun 80an dengan kerjasama DBKL di Panggung Bandaraya. 

Jasa dan Ilmu yang beliau curahkan dalam bangsawan kepada generasi muda khususnya di ASWARA dan NGO Budaya lainnya akan menjadi titik tolak kepada jatuh bangunnya 'seni warisan' pementasan bangsawan ini. Semoga 'adat-tradisi' seni bangsawan ini dapat dikekalkan elemannya untuk tontonan generasi baru. 


Antara catatan beliau yang bermakna adalah ...

"... SENIMAN itu dari dua perkataan iaitu SENI dan MANUSIA, seni berada dalam landasan Suci dan Fitrah, Manusia itu sebaik-baik makhluk ciptaan Allah, maka menjadi SENIMAN itu bukan atas gelaran tetapi tanggungjawab memikul AMANAH itu ..."  [catatan, Sdra. Ewan Deen]

* Antara gambar terakhir Pak Rahman B semasa Program Baca Puisi Rumah PENA pada 3.12.21- *kredit foto : Ewan Deen 


Bagi pihak SuaraAlam pula, khidmat dan nasihat beliau didalam membantu SuaraAlam ketika pementasan Bangsawan Putera Salang Ur (2013) suatu ketika dulu amatlah kami hargai dan sanjung. Di samping ilmu yang dicurahkan, kami dan generasi muda ketika itu dapat mengetahui serba-sedikit tentang selok-belok 'ilmu bangsawan' yang beliau berikan. 


Marilah kita bersama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada beliau, agar rohnya diberkati dan mendapat tempat bersama orang-orang yang mendapat rahmatNya.

Aamiinn.. 


sekian, 

-Admin-SuaraAlam