Jumaat, 17 November 2017

TAHNIAH PEMENANG FTKLS2017

Salam Budaya ! Salam NegaraKU ... !!

Pihak Admin ingin mengucapkan TAHNIAH kepada semua pemenang didalam FTKLS 2017 yang telah diumumkan pada 11.11.2017 yang lalu...

Antara barisan kumpulan yang telah menang adalah ;

SELANGOR :

Johan  : 
AMY SOFIA - kumpulan PUTIH PRO. 
- naskah / arahan : Amirul Shafiq

Naib Johan :
SETANGGI SERAPAH - Kumpulan ANOMALIST (UiTM)
- naskah : Shasha Fairus / Inna Syafina
- arahan : Syawal Azrai Mokhtar

Ketiga :
TER .... - Kumpulan B.A.K.A.T. MY (UiTM)
- naskah : Mohd Sufian Hj Mohd Shah 
- arahan : Nurulain M Salihuddin / Makmor Zakaria 

Hadiah Khas Juri :
SUMAYYAH - Kumpulan Kelab Teater SK Bdr Puteri, Rawang
- naskah / arahan : Cikgu Sir Izman







KUALA LUMPUR :

Johan  : 
MAHKAMAH KEADILAN - kumpulan TRONOH THEATRE SHOP, KL (UTP)
- naskah asal : Taufik Al-Hakim (Terjemahan : Nahmar Jamil )
- arahan : Dr Shark 

Naib Johan :
PENGLIPUR LARA - Kumpulan PANJI SENI TITIAN 9TH (UUM)
- naskah / arahan : Hafizee Hatta 

Ketiga :
BANGSA KOYAK .... - Kumpulan DRAMATIS STUDIO 
- naskah : Nurul Nasuha Nabila
- arahan : Zayrul Iqwan Rosli 

Hadiah Khas Juri :
PUTIHNYA SI HITAM - Kumpulan PERS. SENI PERAN OPERA 
- naskah : ???
- arahan : Jamaluddin Husin / Azwan Azhari








Sekian,

** Semoga kumpulan NGO Teater yang lain-lain tidak berpatah semangat DAN akan terus menyemarakkan aktiviti seni teater di lembah klang ini, khususnya di Selangor ...
: )

Jumaat, 10 November 2017

PERSAINGAN ADIK vs ABANG Di FTKLS 2017

didalam FTKLS 2017 kali ini ...


                              .VS. 



 vs.  


SIAPA PEMENANG !! ... maka, jangan lupa ... saksikan kami di ...










sekian !! :) 

Rabu, 18 Oktober 2017

Festival Teater Kuala Lumpur-Selangor 2017 (FTKLS2017)

Salam  Budaya,

Festival Teater Kuala Lumpur-Selangor 2017 (FTKLS2017) 

buat semua pencinta teater terutamanya di Lembah Klang, bermula pada 19hb Oktober ini maka berpestalah sekelian NGO dan Aktivis teater dalam mementaskan sebuah persembahan dengan naskah yg pelbagai didalam #FTKLS2017 !!

dibawah ini, kami sertakan jadual pertandingan untuk rujukan anda semua. marilah bersama memeriahkan 'bulan' festival teater ini yg julung-julung kali diadakan serentak diantara Kuala Lumpur-Selangor.

kami doakan agar naskah TITIK-TITIK HITAM yg dibawa kali ini membawa hasil yg terbaik buat Suara Alam. Naskah asal oleh Nasjah Djamin (1956), adaptasi oleh sdra Anwar Mohd Zulkifli, Olahan & Arahan sdra M.Rosslie dan dibawa oleh pelakunya orang baru dan lama, Dean Sitara, Yusnita, Hanafi, Nohman, Mirae Adam dan Ika Angah ...

semoga semua kumpulan dengan jayanya akan membuat persembahan yg terbaik utk tontonan khalayak nanti 



#FTKLS2017
#SuaraAlam
#TitikTitikHitam
#mySeniBudaya 












..


**bersama memeriahkan seni budaya negara**

Sabtu, 19 Ogos 2017

FESTIVAL TEATER PERINGKAT NEGERI (2017)

Salam Budaya ...

Diam tak diam, rupanya telah berlangsung festival ini untuk penggiat seni teater negeri untuk mempamerkan kreativiti masing-masing.

Berikut adalah jadual pertandingan Peringkat Negeri yang telah disusun oleh pihak JKKN Pusat. 



Di maklumkan juga, ada beberapa negeri telah pun menobatkan juara masing-masing. Nanti Admin cuba dapatkan yea.. !! :)

Makanya, bagi negeri Selangor - tempat kumpulan Admin berkreatif, pastinya tarikh 19hb Oktober hingga 19 November adalah tarikh sejarah yang perlu di realisasikan... 

Naskah kali ini adalah permintaan tuan YDP Suara Alam sendiri ie Sdra Dean Sitara :)  mencabar diri dan kumpulan untuk kelainan. Naskah adalah adaptasi sahabatnya sdra Anwar M Zulkifli (ie. Psang).

Nak tahu naskah apa - nantikan hari persembahan oleh Persatuan Kebudayaan SUARA ALAM untuk tahun 2017 ini. 


Joommm meriahkan Festival Teater Kuala Lumpur & Selangor 2017 @FTKLS2017 ini ... !!


Selamat Beraktiviti - Teater Untuk Masyarakat !!

-admin- 

Jumaat, 18 Ogos 2017

Suara Alam Berpesan ...

Salam Budaya, Salam Mesra untuk semua aktivis teater..
sekadar pesanan kami untuk kita !! 


semoga ada kejayaan dalam kerja-kerja teater ini !! :) 

..**..

Selasa, 15 Ogos 2017

Program SEMARAK BANGSAWAN 2017

Salam Budaya;

Rasanya belum terlambat untuk Admin mewar-warkan kalendar pementasan bangsawan untuk tahun 2017 ini.

bagi peminat teater bangsawan ini, bolehlah merancang untuk datang menonton. untuk 2017 ini, cuma 5-kumpulan yang di pilih untuk membuat persembahan setelah sesi penilaian di awal tahun lalu oleh pihak JKKN.


Senarai persembahan adalah seperti berikut ;

1. Bangsawan Cincin Naga Api  ( 12,13, 14 Mei )
- Kump. Seni Ceritera, SEL.

2. Bangsawan Satria Menara Putih  ( 21, 22, 23 Julai )
- Perkumpulan Seni PS60, Singapura 

3. Bangsawan Dewa Kenchana  ( 15, 16, 17 Sept )
Kump. Teater HIDAYAH, SEL./KL  

4. Bangsawan Zhao Anak Yatim  ( 13, 14, 15 Okt )
Kump. Opera Sri Bandaraya DBKL  

5. Bangsawan Dendam Laksamana  ( 10, 11, 12 Nov )
Kump. Seni Silat Pusaka Sendeng, Malaysia 



butiran persembahan;

Tiket : RM10, RM25 dan RM50 (Premier) 

Info lanjut hubungi : 
JKKN - 03 2614 8200 
DBKL - 03 2617 6289


Sekian ...

Isnin, 24 April 2017

Festival Teater Kuala Lumpur & Selangor 2017 Bakal Membawa Perubahan !!

2017 ....
membawa satu perubahan dalam penganjuran festival teater negeri. Tahun ini JKKN Wilayah dan JKKN Selangor akan membuat penganjuran bersama ... gabungan penganjuran untuk Festival Teater Peringkat Negeri ...

Festival Teater Kuala Lumpur Selangor 2017 (FTKLS2017) mungkin bakal membawa perubahan !! Setiap negeri akan terlebih dahulu membuat penilaian awal bagi penggiat untuk memasuki festival kali ini.

Di khabarkan juga, bulan Oktober itu nanti akan menjadi 'bulan teater' bagi meraikan pementasan pada setiap malam oleh penggiat teater Lembah Klang semasa FTKLS2017 itu nanti.


Mesyuarat awalan telah ditetapkan pada 27hb April (Khamis) ini di JKKN Wilayah. Semua penggiat dijemput hadir !!
:)



** Untuk matlumat lanjut hubungi pegawai JKKN Selangor, En Naim 03-5510 2664


"bersama merancakkan pementasan teater !!" 

Khamis, 9 Mac 2017

CERITA DARI TEMAN - "Alzeimer"

ADMIN ingin berkongsi satu artikel yang dicoretkan ini, sebab ianya amat praktikal dan sangat2 dekat dgn kita dan keluarga tersayang.

BACA SAMPAI HABIS




Apa itu Alzeimer


"CERITA DARI TEMAN"

Aku dah berusia ,di usia seperti aku ini, pasti banyak menanggung sakit/penyakit, tapi yang paling merisaukan aku adalah terkena penyakit Alzeimer (kehilangan ingatan)

Bukan saja tidak boleh menguruskan diri, tetapi menyusahkan anak2 dan sanak keluarga. 
Suatu hari, anakku pulang kerumah, memberitahu aku bahwa kwn dia seorang doktor, mengajarkan satu cara gerakan SENAMAN LIDAH, bukan sekadar boleh mencegah Alzeimer, tetapi juga boleh menurunkan:

o Berat badan
o hypertensi
o penyumbatan pembuluh barah otak
o asthma
o rabun jauh
o telinga berdengung
o infeksi tengorok
o infeksi bahu
o insomia (susah tidur)
o dan lain2

Gerakannya sangat mudah.

Setiap pagi selepas membasuh muka, 
1. JULURKAN LIDAH dan MENARIK KEMBALI sebanyak 10X,
Seterusnya 
2. JULURKAN LIDAH
lalu digerakan ke kanan dan kiri sebanyak 10X, 

Sejak itu aku melakukan senaman lidah ini setiap hari berterusan utk melihat hasilnya.

Hasil dari Rawatan gerakan Senaman Lidah ini telah menghasilkan :

o Otak menjadi lebih pintar dan cergas
o rabun jauh semakin kurang
o kepala tidak pening lagi
o masalah penghadaman semakin baik
o Mudah penat dan lain2 penyakit yang selama ini yg ku hidapi semakin berkurangan
o badan menjadi lebih cergas


catatan redaksi :

Senaman LIDAH mencegah penyakit Alzeimer ada asasnya. 

Dari kajian Ilmu Kedoktoran, saraf lidah ini ada hubung kait dengan Otak Besar.
Apabila badan kita menjadi tua dan lemah, tanda2 yg muncul terlebih dahulu adalah lidah menjadi kaku dan kadang2 lidah suka tergigit sendiri.

Oleh itu amalkanlah menggerakkan lidah dengan Senaman Lidah ini akan menstimulasikan
(memberi kejutan positive) Otak Besar kita, mencegah Otak kita mengecil, dan mencapai tujuan utk menyihatkan tubuh kita.

Semoga semua teman2 istiqomah dengan amalan yg mudah utk kita melakukannya setiap hari.

Senaman Lidah  ketepatan hasilnya 95% - 100%

Alangkah bahagianya kita dapat berkongsi dgn ramai kenalan kita.

"Mungkin Ada Yg Memerlukannya"




SEMOGA BERMANFAAT
(Sumber dr biro Sukarelawan Hospital Ampang)



Sebab itulah bg ahli Aura Metafizik kita disarankan dan digalakkan memperbanyakkn membaca AlQuran dgn makhraj dan tajwid yg betul
kerana lidah kita akn bergerak dan meghidupkn saraf2 halus yg berhubung dgn otak besar. 
Muga bermanfaat bg semua.

InshaaAllah
Wallahualam
سبحان الله... 

Khamis, 2 Mac 2017

MAKNA " BANGSAWAN "


* Makna BANGSAWAN *
    (Budiman)

Bangsawan iatu adalah seorang yg memikirkan tentang bangsanya.

Antara Bangsawan yg ada:

1. Bangsawan pelakon opera/teater.
2. Bangsawan usul -bangsawan yg diwarisi
3. Bangsawan (sifat, fikiran, kelakuan, perangai, tabiat)

Kita bahas tentang "Bangsawan no.3"

Apabila kita bicarakan ttg bangsawan biasanya kita akan mabuk dgn bahasa iaitu melihat pada satu persepsi.

Pada asal pastinya bangsawan itu juga dtg dari org biasa namun kenapa seorang bangsawan itu di angkat duduk ditempat bangsawan?

Apabila dia mula memikirkan ttg bangsanya,

Bagaimana nasib bangsanya
Bagaimana tamadun bangsanya
Bagaimana perilaku bangsanya
Bagaimana kehidupan bangsanya
Bagaimana cara pakai bangsanya

Dan pelbagai persoalan ttg bangsanya, beliau sgt menitik berat bangsanya demi memastikan asas kehidupan akan diperoleh bersama.

Sifatnya juga seorg yg terpuji, disegani, punya tabiat yg baik, sering lontarkan idea2 bagus utk memperbaiki kehidupan, kelakuan yg dilihat baik utk dijadikan contoh dlm masyarakat. Lantas mereka di angkat sebagai org kenamaan dlm sesebuah kerajaan atau tamadun.

Darjat di angkat utk di gelar BANGSAWAN.




Artikel Tulisan :

_KhutubKhanah_  *ARMADA MALAIU MALAYSIA*


Rabu, 22 Februari 2017

" LAKSAMANA BENTAN " - Teater Usahasama Pertama SUARA ALAM

Salam Budaya ...


Menjadi SEJARAH dan satu HARAPAN yg tinggi untuk Suara Alam pada tahun ini kerana akan berkerjasama dgn Persatuan Kebajikan Zuriat Keturunan Pusaka Bentan Malaysia untuk mementaskan Teater Bangsawan "LAKSAMANA BENTAN" di Auditorium Tunku A Rahman, MaTIC - Jalan Ampang, KL

Tarikh telah dipersetujui, iaitu pada 25 & 26hb MAC 2017 dgn kerjasama MaTIC dan JKKN Selangor memandangkan pementasan kali ini dibawa khas daripada produksi negara Indonesia iaitu Batam BISA Production yg aktif membuat persembahan di provinsi kepulauan Riau/Batam. 



Cadangan projek pementasan teater ini adalah merupakan projek pembukaan kedua-dua pihak untuk tahun  2017. Projek ini adalah bertujuan untuk menunaikan tanggungjawab sosial ke arah memartabatkan unsur kesenian khususnya teater selari dengan inspirasi kerajaan dalam usaha menyemarakkan dan meningkatkan nilai kesenian dan budaya dalam masyarakat.

Objektif Pementasan ;

Untuk menjalinkan perhubungan Melayu serumpun dikalangan Malaysia-Indonesia

Mengangkat kembali kisah sejarah Laksamana Bentan agar generasi yang akan datang dapat mengetahui sejarah tersebut. 

Menyalurkan mesej tentang nilai-nilai murni seperti keagamaan, kemanusiaan memartabatkan adat dan budaya, tanggungjawab hidup bermasyarakat, nilai-nilai sosio budaya dan sebagainya kepada khalayak. 


KINI, permulaan dan proses gerak kerja pementasan teater bangsawan ‘Laksamana Bentan’(Megat Sri Rama) ini telah dan sedang bermula. Justru, Kami memerlukan sokongan dan dorongan daripada semua pihak agar pementasan ini dapat di realisasikan.

Justeru, penglibatan daripada semua pihak amatlah dialu-alukan dan diperlukan.


BERSAMA SEMARAKKAN SENI BUDAYA NEGARA

Rabu, 11 Januari 2017

2017 : TEATER Di MALAYSIA Lebih Mencabar

Salam Budaya ... dan Salam Tahun Baru


2017 telah pun menyusul dgn membawa seribu satu harapan kepada semua penggiat-penggiat TEATER di Malaysia am-nya dan Selangor khusus-nya !

Terdapat pelbagai cabaran yg perlu ditempuhi dalam mengusahakan sesebuah pementasan. Antara CABARAN yg Admin rasa akan sentiasa dihadapi oleh para penggiat teater ini adalah ;

1. NASKAH utk pementasan - naskah yg bagaimana mahu di tonjolkan !
2. LOKASI utk persembahan - di manakah lokasi yg terbaik !
3. LOKASI utk sesi latihan - di manakah lokasi yg sesuai dgn aktivis dan mampu
4. DANA utk pementasan - pasti antara yg kritikal ! siapakah yg sudi bantu ?? :)

bagi pihak Suara Alam sendiri, perancangan antara ahli-ahli sangatlah penting dalam merealisasikan projek pementasan bagi tahun 2017 ini. Antara yg di rancangkan adalah ;

1. Bangsawan 'Hanuman Sitara' 
2. Bangsawan 'Laksamana Bentan' - kerjasama dgn JKKN/Pusaka.Bentan.M'sia
3. Teater 'Kalut' - kerjasama dgn BATEK / MTS dll 
4. Teater ' ? ' - FTS2017 

apa-apa pun, ini hanyalah perancangan kami. semoga ada kekuatan dan kerjasama antara ahli utk sama-sama menjayakan ! :)

walau bagaimanapun, Admin doakan semangat dan usaha drpada para aktivis di Selangor khususnya, dan Malaysia amnya akan tetap membara untuk mengilhamkan sebuah pementasan.

semoga berjaya utk semua ...!! 

salam budaya. 

Bersama Semarakkan Seni Budaya Negara !! 



*admin : 10.01.17  |  shah alam