Jumaat, 7 Oktober 2022

TEATER KOMUNITI : PAWANG WAK KOBIT

Akhirnya - tercapai jua hasrat tim SuaraAlam untuk mementaskan satu produksi sendiri teater bagi kalendar tahun 2022 ini.

Melalui Projek Geran Sepadan Sektor Kebudayaan (GSSK) selepas pelancaran Dasar Kebudayaan negara ( #DAKEN ) - Tim Produksi SuaraAlam telah mendapat jawapan positif atas usaha untuk mementaskan projek Teater Komuniti yang berkisah pada fenomena negara ketika musim pendemik suatu ketika dahulu. 

Bagi menjayakan projek teater komuniti ini, SuaraAlam telah memilih naskah karya Karmila Yusira bertajuk 'Pawang Dukun' dan diberi sedikit olahan untuk sesuaikan dengan pasca endemik Covid-19 ketika ini. Maka - lahirlah teater PAWANG WAK KOBIT yang berkonsepkan seram-komedi untuk dipentaskan. Berikut adalah sinopsis naskah ini ; 


SINOPSIS :

Kisah seorang Pawang bernama Wak Kobit yang berada di dalam keadaan yang susah kerana ketiadaan pelanggan / orang yang datang untuk mendapatkan rawatan dengan perubatannya. Di tambah kesusahan dengan perintah sekatan pergerakan (PKP) oleh kerajaan kerana wabak yang melanda dunia.

 

Kedatangan Pudin, seorang siswazah yang menganggur memohon untuk menjadi pawang seperti Wak Kobit membuat beliau resah. Kebetulan dengan kedatangan Puan Sari serta anak, Siti Bunga dan Tuan Besar telah mengubah kehidupan pawang Wak Kobit dengan tragedi yang tidak di sangka-sangka berlaku.

 

Siapakah Tuan Besar dan Puan Sari sebenarnya kepada Wak Kobit dan apakah yang terjadi  keatas keluarga Tuan Besar ?

Saksikan pengakhirannya dalam … PAWANG WAK KOBIT 



Tarikh pementasan ini adalah :

14 - 16hb Oktober 2022 di 
Auditorium Daeng Chelak, Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam

Barisan Pelakon : Md Hussin Hassim, Ain Sufia (bekas DJ SuriaFM, RajaLawak), Mann2B (GegarLawak), Rina Nawi dan Azmi Daim serta penampilan khas Tokoh Aktivis Teater Selangor (2015) sdra. Kamarul AR (Teater HIDAYAH) 

Buat julung kalinya juga, SuaraAlam memperkenalkan sistem online bagi penempahan kerusi untuk khalayak datang menonton dengan sumbangan ikhlas (RM10 sahaja) sebagai tanda sokongan kepada aktivis seni. 

Saksikan dengan mendapatkan KUPON SUMBANGAN HANYA RM 10 di  ... 
 
Sokongan Khalayak amatlah kami hargai dalam memberi nafas kepada NGO teater untuk terus berkarya dan aktif.- Bersama Semarakkan Seni Budaya Negara !


TEATER MEMANUSIAKAN MANUSIA 



Admin SuaraAlam

MASAHORO OPU RAJA SITI - PERMULAAN SUARAALAM DI 2022

Pementasan TEATER TERBUKA : MASAHORO OPU RAJA SITI (MORS) adalah merupakan projek pertama MAJLIS TEATER NEGERI SELANGOR (MTS) bagi tahun 2022. ini tidak langsung turut menjadi projek pertama SUARA ALAM yang sebelum ini sepi tiada aktiviti selepas memasuki era endemik ini.


Justru, Suara Alam telah dapat bersama produksi MTS untuk menjayakan satu pementasan 'bersejarah' kerana buat julung kalinya teater terbuka di adakan di taman Tasik Shah Alam.

Pasukan SuaraAlam telah membantu daripada semua sudut bahagian produksi dengan komitmen yang baik 




Semoga pementasan ini dapat membantu Ahli-Ahli menambah-baik ilmu pementasan teater untuk dibawa kepada pementasan sendiri produksi teater SuaraAlam. 


Admin