Jumaat, 30 November 2018

MINGGU TEATER SELANGOR-KU 2018

salam budaya ; 

marilah bersama-sama kami utk menjayakan program Minggu Teater SelangorKU yg julung kali dianjurkan oleh PADAT dgn kerjasama MKNS..

sebanyak 5-Kumpulan telah dijemput khas untuk mementaskan naskah masing-masing untuk tatapan umum di sekitar Shah Alam dan Lembah Klang ini.. Kumpulan ini dijemput atas kapasiti pengasas mereka adalah orang2 yg aktif dan berjasa didalam kegiatan pementasan teater di Selangor ini. mereka adalah sdra Shukor Yon (SUARA ALAM), sdra Kamarul AR (HIDAYAH), sdra Diani Kasian @Bung Kancil (KELAB TEATER RIMBA, UKM), sdra Kushairy Mahayudin (CERITERA) dan dijemput khas Grop Teater Sekenet ...

pementasan akan bermula pada 3hb Disember sehingga 6hb Disember dan di sambung pula dengan Pertandingan Mono-Teater dgn penyertaan terhad sebanyak 20-Kumpulan sahaja.

SUARA ALAM dgn kolaborasi bersama BATEK (Badan Teater, Kesenian & Warisan, M'sia) akan membawa naskah 'Si Bongkok Tanjung Puteri' utk tontonan khalayak. Sebuah kisah/ naskah yg tidak asing lagi buat penggiat2 teater. Jumpa kami nanti pada 3hb Disember ini sebagai pembuka tirai Minggu Teater SelangorKu ini ...





Dan pada hari seterusnya, persembahan adalah seperti berikut : 



semua persembahan bermula jam 830 malam kecuali persembahan mono-teater HIDUP oleh Grop Teater Sekenet pada 5hb Dis. yg akan bermula jam 3.00pm dengan naskah mono-teater mereka iaitu ; 
1-  Mabuk 
2-  Duri-Duri Hati : Kisah Malim 
3 - Duo : Mati 



Kami mengucapkan selamat menonton dan semoga terhibur ... 

... bersama kita semarakkan seni budaya negara dan peradaban nusantara. 


sekian. 

-admin


#SiBongkokTanjungPuteri
#SuaraAlam

#BATEK
#MTS
#mingguteaterselangorKU

Sabtu, 3 November 2018

Akan Datang... DISEMBER Nanti

Akan Datang ....

setelah lama menyepi, olahan dan arahan Sdra #SyukorYon 
...
dibawah produksi bersama ...
SUARA ALAM 
&
BATEK, Malaysia

 

tuunnngguu..

#SiBongkokTangjungPuteri

..

Bangsawan Kanak-Kanak : OPU CHENDERA BURONG RAJA SITI

Salam Budaya, 

Nantikan 23, 24, 25hb November 2018 ini ..!!


Sekali lagi, Suara Alam diberi kepercayaan oleh Kelab Seni Seri Kenchana (KSSK) untuk sama2 menjayakan pementasan Bangsawan Lakonan Kanak-Kanak OPU CHENDERA BURONG RAJA SITI (BOCBRSi) di Dewan Sivik MBPJ. Kali ini, bersama2 dgn Kump. TITIS dgn sokongan Majlis Teater Negeri Selangor (MTS)


          * #poster #BangsawanOpuCendheraBurongRajaSiti 

marilah datang memenuhi auditorium dewan sivik untuk memberi sokongan kpd anak2 ini daripada Rumah Kasih Harmoni ( #RKH ) Paya Jaras dan pelajar2 drp Sek. Keb. Puchong Utama (2). 


   * sesi latihan... BOCBRSi

semoga pementasan #BOCBRSi nanti akan mendapat sambutan yg baik dan diterima khalayak. 

sekian. 

bersama kita semarakkan seni budaya negara !

-admin- 

GELANGGANG TEATER KOTASENI PJ 2018

Salam Budaya

25.09.2018 -
Buat jukung kalinya, sebanyak 10 kumpulan teater dari seluruh negeri telah berentap bagi merebut Piala Pusingan Menteri Besar Selangor, pada ‘Gelanggang Teater Kota Seni PJ 2018’ (GTKSPJ) bermula 25 hingga 29 September ini, di Auditorium Dewan Sivik MBPJ.

Pertandingan edisi julung kali di bawah penganjuran Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dengan kerjasama Majlis Teater Selangor (MTS) ini menyaksikan kehadiran Kumpulan Hidayah, UNTEATER, BATEK (Selangor), Panji Ria dan Suara Alam.


Turut sama Persatuan Alumni Kelab Teater Rimba, Kumpulan Inspire Production, Kumpulan TITIS, Kumpulan Lantera dan Kumpulan Artis Budaya Zaman.

Program ini memberikan impak positif terhadap hala tuju NGO Budaya (Teater khususnya) dalam berkarya terutama di Petaling Jaya yg telah diberikan tugasan sebagai #kotaseni oleh Kerajaan Negeri.

Gelanggang TEATER KotaSeni PJ 2018, TELAH diadili oleh barisan Juri yg tidak asing lagi iaitu Aktivis Teater Negara, Dato Tamimi Sariger (Ketua Juri), Fauziah Nawi dan Dr. Norzizi Zulkifli (Uitm). 

Keputusan penuh pertandingan GTKSPJ-2018 adalah... 


Johan :

Kumpulan TITIS 
"Pak Hang Vs Mak Hang" 

Naib Johan :
Kumpulan SUARA ALAM 
"Dendam Berdarah" 

Kumpulan Harapan :
Kumpulan HIDAYAH
"13:11" 

Pelakon Lelaki : TITIS 

dan 
Wanita Terbaik : HIDAYAH 

Justeru, Suara Alam mengucapkan tahniah kpd semua krew produksi dan pelakon dlm menjayakan pementasan #DENDAMBERDARAH kali ini. DAN tak lupa juga kpd rakan2 lain yg turut hadir membantu untuk menjayakan dan menghangatkan pertandingan berkenaan.








sekian, moga kita akan berjumpa lagi dalam GELANGGANG #GTKSPJ yg akan datang 2019 !! 
:)

salam budaya
-admin- 

FESTIVAL TEATER MALAYSIA (FTM) 2018

Salam Budaya & Salam Teater ...!!

Festival Teater Malaysia sudah melabuhkan tirai nya ... 
Wakil setiap negeri TELAH meghantar JUARA masing-masing. 


Dan 6-calon TERBAIK yg LAYAK untuk ke Festival Teater Malaysia (FTM) bagi tahun 2018 telah pun di nilaikan oleh JURI utk dibuat penilaian akhir.

Pada wakil-wakil setiap negeri yg lain turut diucapkan TAHNIAH. Berikut adalah antara Calon-calon yang 'admin' ketahui untuk pengetahuan khalayak..


Calon-Calon Negeri yang berjaya adalah - - - - -> 

KUALA LUMPUR :  
Kump. TRONOH THEATRE SHOP, KL naskah " MAHKAMAH KEADILAN " (karya : Taufik Al-Hakim, terjemahan xxx)

MELAKA :  
Kump. AURA KREATIF UiTM (Melaka) dgn naskah "ORANG BAIK" (karya: Ali Jusoh)

PAHANG :  *NAIB JUARA FTM2018 
Kelab Teater UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG (UMP) dgn naskah " ASRAMA-RA " (karya : Zakaria Ariffin) 

P.PINANG : 
Kump. GASEWAP (Gab.Anak Seni Warisan PP) dgn naskah "THE MAIDS" (adaptasi karya : Jean Genet oleh Roselina Khir Johari )

NEGERI SEMBILAN : *KE-TIGA FTM2018 
Kelab PENGGIAT SENI TEATER NEGERI SEMBILAN dgn naskah "DI LARANG MENYANYI DI BILIK MANDI" (karya : xxx_)



SELANGOR : 
Produksi PUTIH PRO. dgn naskah " AMY SOFIA " (naskah : Leigh Whannel oleh Roydy Anuar)  

KELANTAN : 
Kump. UTK  dgn naskah " The MAGICAL SEEDS " (adaptasi filem/karya : Leigh Whannel oleh Roydy Anuar)

JOHOR :  
Kump. Warisan Kebudayaan UTHM dgn naskah "SANG NINGRAT ABDUL RAHMAN ANDAK" (karya : xx )

TERENGGANU : 
Kump. ShaNaNa Production dgn naskah " x " (karya : xx ) 

KEDAH :  
Kump. TEATER WARNA UUM dgn naskah " x " (karya : xxx_) 

PERAK :  
Kump. TEMA PERAK dgn naskah " x " (karya : xx )

PERLIS :  *JUARA FTM2018 
Kump. TOPENG dgn naskah " MAT DERIH KUALA PERLIS " (Karya: xxx )

SABAH :  
Kump. STAGE Production (UMS) dgn naskah " x " (karya : xxx_)

SARAWAK :  
Kump. PERSATUAN SENI PERSEMBAHAN SIFAR KUCHING dgn naskah " METAFORSIS KOSONG " (Karya: Jamshari Saili)


Sekian. 

Selamat berjuang untuk semua ...!! Semoga semuanya dapat mementaskan dgn TERBAIK !!


-Suara Alam-