Selasa, 27 Ogos 2019

KEPUTUSAN GELANGGANG TEATER 2.O KOTASENI PJ 2019

Salam Budaya ;

Brikut adalah keputusan pada malam akhir Gelanggang Teater 2.0 KotaSei PJ 2019 yang telah dihakimi oleh Sdra Namron, Dr. Norzizi Zulkifli (UiTM) dan Sdra Tomo (ASWARA)













PELAKON HARAPAN
"Siapa Tutup Lampu" 
Anwar Zulkifli (KEMUDI)

PELAKON WANITA TERBAIK
"Jembalang Tanah"
Siti Salwani (TITIS)

PELAKON LELAKI TERBAIK
"Firasat"
Hadzrin Yusof (Laskar Lantera)

SINOGRAFI TERBAIK
"Siapa Tutup Lampu" 
(KEMUDI)

ANUGERAH KHAS JURI (KARYA PILIHAN) 
"Siapa Tutup Lampu" 
(KEMUDI)

INSENTIF PENGARAHAN (PENGARAH TERBAIK)
"Siapa Tutup Lampu"
(KEMUDI)


ANUGERAH KUMPULAN HARAPAN
" RENCHONG ACHEH"  ( PERS. BANGSAWAN BINTANG TIMUR)

NAIB JOHAN 
"Jembalang Tanah" (TITIS)

JOHAN
"Siapa Tutup Lampu" (KEMUDI)


Tahniah kepada semua pemenang !!
Dan
Tahniah juga kepada semua ahli produksi Suara-Alam dengan naskah #teaterTANGGA !
Anda tetap berjaya ... :) 


Sampai kita berjumpa lagi di tahun hadapan. :)

-admin

Rabu, 21 Ogos 2019

GELANGGANG TEATER (II) KOTASENI PJ 2019

Salam Budaya ; 

Salam Teater ...

bermula 21hb Ogos sehingga 25hb Ogos bermulalah siri Gelanggang Teater (II) Kotaseni PJ bagi tahun 2019.

kemeriahaan festival teater dibawah anjuran MBPJ dengan kerjasam Majlis Teater Negeri Selangor (MTS) sekali lagi menjadi tumpuan peminat-peminat teater lembah kelang untuk menyaksikan kehebatan kumpulan-kumpulan yg bertanding di bawah naungan MTS.

kali ini, konsep gelanggang sangat menarik !! di mana setiap kumpulan akan mempersembahkan naskah 'Baru' yg tidak pernah dipentaskan lagi. Ini bertujuan sebagai satu langkah memperbanyakkan lahirnya skrip-skrip baru generasi kini dalam mengangkat teater ke arah yg lebih baik


antara naskah yg dipertandingkan adalah ...



21 Ogos 2019 (Rabu)
9.00 malam
PERTUBUHAN SENI LASKAR LANTERA
Naskah  : FIRASAT
Arahan   : SHASHA MASELLA 


22 Ogos 2019 (KHAMIS)
8.30 malam
PERSATUAN UNIT TINDAKAN EKSLUSIF TEATER
Naskah   : KHILAF KIFARAH
Arahan   :  MARDAU

22 Ogos 2019 (KHAMIS)
10.30 malam
PERSATUAN PENULIS & KEBAJIKAN NEGERI SELANGOR
Naskah   : SIAPA TUTUP LAMPU..?
Arahan   :  KHAIROL AZHAR ABDUL JALIL



23 Ogos 2019 (JUMAAT)
8.30 malam
PERSATUAN KEBUDAYAAN SUARA ALAM
Naskah   : TANGGA
Arahan   :  M. ROSSLIE

23 Ogos 2019 (JUMAAT)
10.30 malam
PERSATUAN BANGSAWAN BINTANG TIMUR
Naskah  :  RENCHONG ACHEH
Arahan   :  ABDUL HALIM ZAINAL




24 Ogos 2019 (SABTU)
8.30 malam
PERSATUAN SENI SILAT PANJI RIA MALAYSIA
Naskah   :  BAHTERA JANNAH
Arahan   :  SHARUL TITIS

24 Ogos 2019 (SABTU)
10.30 malam
KELAB SENI SERI KENCHANA
Naskah  :  TARIK DIRI
Arahan   : MIOR SHAHRUL NIZAL




25 Ogos 2019 (AHAD)
8.30 malam
PERSATUAN TITIAN TEATER ILHAM SENI
NASKAH  :  JEMBALANG TANAH
Arahan    :   SAMSUDIN MAT 



semoga SUARA ALAM kali ini dengan naskah TANGGA akan membawa sesuatu kejayaan.
selamat berjaya produksi TANGGA ... !!

Aamiinn... 


sekian. 



-admin- 

Ahad, 18 Ogos 2019

Teater TANGGA

Sempena Gelanggang Teater (II) Kotaseni PJ 2019

Anjuran MBPJ dgn kerjasama Majlis Teater Selangor (MTS) berbentuk pertandingan utk ahli2 NGO yg bergabung di bawah MTS - 

Persatuan Kebudayaan Suara Alam akan mementaskan naskah baru : TANGGA karya Suara Alam dan arahan oleh sdra M. Rosslie dengan dibantu oleh Dean Sitara. 




barisan produksi terdiri drp ahli2 lama & baru Suara Alam. Marilah bersama memenuhi Dewan Sivik MBPJ pada 23hb Ogos ini jam 830 mlm, bagi menyaksikan apakah itu TANGGA !!

"..Manusia boleh jadi Bukan Manusia Jika Tersalah Naik ... TANGGA


Selamat menonton !! 

Selasa, 13 Ogos 2019

Salam EidulAdha 1440H

Daripada Ahli2 Suara Alam, Kami mengucapkan Salam Eidul Adha 1440H
Semoga setiap pengorbanan akan menghasilkan kejayaan atas apa jua usaha yg dilakukan ...

Moga Suara Alam akanberoleh kejayaan ...utk tahun 2019 ini !!
:) 



























- Admin -
..

Rabu, 3 Julai 2019

GELANGGANG TEATER (II) @KOTASENI PJ & FESTIVAL TEATER SELANGOR 2019

salam budaya;

tahun 2019 sudah melepasi setengah tahun, Suara Alam masih tiada apa yang dapat dilakukan untuk mengasah bakat-bakat muda dan generasi baru Suara Alam untuk berteater ...

kini, dengan kemunculan semula 2-Program besar iaitu; 

      1. Gelanggang Teater II @KotaSeni PJ 2019 - Dewan Sivik PJ 

      2. Festival Teater Selangor 2019 (FTS) - Auditorium JKKN WPKL 

telah membuka ruang dan peluang buat Suara Alam menyusun langkah aktiviti. dengan beberapa perbincangan dikalangan ahli, maka Suara Alam bersetuju unutk memasuki kedua-dua program dengan produksi yang berbeza demi memberi kelainan dan cabaran kepada semua.

nantikan dan saksikan nanti - produksi Suara Alam untuk 2019 dengan naskah tersendiri !

TANGGA ....

DENDAM BERDARAH (III) 

















sekian ..

-admin-


Rabu, 9 Januari 2019

Salam Tahun Baru 2019

Salam Budaya ...,

Tahun 2019 baru sahaja membuka tirainya, Suara Alam masih dalam perancangan utk melaksanakan aktiviti...


semoga perancangan tahun 2019 ini, dapat dilaksanakan dgn kerjasama rakan2 NGO dan Majlis Teater Negeri Selangor (#MTS)

Suara Alam merancang utk beberapa aktiviti seni, antaraya..

1 - Festival Teater Negeri Selangor, JKKNS 
2 - Gelanggang Teater Kotaseni PJ, MBPJ
3 - Bangsawan Kanak-Kanak ( bersama KSSK )4 - *Teater Show - Kotaseni Shah Alam

Semoga apa yg dirancang akan terlaksana.., aamiin !

Salam Budaya, Bersama Semarakkan Seni Budaya Negara


-admin- 

*9.1.2019