Assalam.., & Salam Budaya ... !!
Kepada semua ahli Suara Alam & peminat teater tanahair, Hari ini 1hb JANUARI 2014 ... adalah permulaan langkah untuk tahun 2014 yng pastinya penuh dengan cabaran-cabaran untuk kita meneruskan jejak-jejak seni yang kita 'minati' ini...
Adakah kita mampu dan dapat meneruskan pengisian teater kita dengan lebih baik dan bermakna !!! Semuanya adalah terpulang kepada usaha dan objektif kita !!
Tahun yang pastinya mencabar dengan kenaikan barang-barang keperluan dan sebagainya. Adakah kita mampu untuk memertabatkan teater kita ke persada yang lebih baik.
Apa-apa pun, Admin mengucapkan Selamat Berteater untuk Tahun 2014
*Suara Alam*
Rabu, 1 Januari 2014
Sabtu, 9 November 2013
KEPUTUSAN FESTIVAL TEATER KUALA LUMPUR 2013
Salam Budaya ......
JUARA:
Berikut adalah keputusan bagi Festival Teater KL 2013 untuk tatapan peminat Teater. *Maaf kerna agak lambat memberi info ini.
KUMPULAN
HARAPAN :
Babak Terakhir
* Kumpulan
Pertubuhan Seni Peran Opera Kuala Lumpur Dan Selangor (PERAN)
ANUGERAH KHAS
JURI (Kelancaran Persembahan & Rekabentuk Produksi) :
Ayah
* Kumpulan Gemawan Production
KETIGA:
Dunia Ana Yang
Punya
* Kumpulan Titian
Ilham Seni ( TITIS)
KEDUA:
Donut Terbang
ke Bumi
* Kumpulan Creept
Production
JUARA:
Penjuru Empat
Karma
* Persatuan
Penggerak Seni Budaya Kuala Lumpur
KATEGORI TEATER MODEN :
ANUGERAH
PELAKON WANITA HARAPAN
Calon- calon :
Watak Wati - Merdeka
Terakhir Persatuan
Teater Anak Seni Warisan
Watak Azura -
Penjuru Empat Karma Persatuan Penggerak Seni Budaya KL
ANUGERAH
PELAKON LELAKI HARAPAN
Calon-calon :
Watak Adam –
Babak
Terakhir Pertubuhan Seni Peran Opera Kuala Lumpur
dan Selangor
Watak Hisham
–Penjuru Empat Karma Persatuan Penggerak Seni Budaya KL
Watak Muthu –
Dunia Ana Yang Punya Titian Teater Ilham Seni
(TITIS)
ANUGERAH
PELAKON PEMBANTU WANITA TERBAIK
Calon-calon :
Watak Yam -
Merdeka
Terakhir Persatuan
Teater Anak Seni Warisan
Watak Minah -
Dunia Ana yang punya Titian Teater Ilham Seni (TITIS)
Watak Dr
Raihanah - Penjuru Empat Karma Persatuan Penggerak Seni Budaya KL
ANUGERAH
PELAKON PEMBANTU LELAKI TERBAIK
Calon-calon :
Watak Badi -
Tingginya menyapu
awan Kelab Teater TNB
Watak Pengarah
Hospital Persatuan
Penggerak Seni Budaya KL
- Penjuru Empat
Karma
Watak Tan sri Mukriz - Babak
Terakhir Pertubuhan
Seni Peran Opera
ANUGERAH
PELAKON WANITA TERBAIK
Calon-calon :
Watak Delima -
Donut terbang ke bumi Creept Production
Watak Donut -
Donut terbang ke bumi Creept Production
ANUGERAH
PELAKON LELAKI TERBAIK
Calon-calon :
Watak Pak Malik
- Merdeka Terakhir Persatuan Teater Anak
Seni Warisan
Watak Ayah –
Ayah Gemawan Production
Watak Azlan -
Rumah
Kita The
Qum Actor
ANUGERAH
SINOGRAFI TERBAIK
Calon-calon :
Penjuru Empat
Karma
Ayah
Dunia Ana Yang
Punya
Donut Terbang
Ke Bumi
ANUGERAH
PENGARAH TERBAIK
Calon-calon :
Penjuru Empat
Karma
Dunia Ana Yang Punya
Ayah
Donut Terbang
Ke Bumi
KATEGORI
MONODRAMA
Anugerah khas
juri diwujudkan kerana juri berpendapat bahawa skrip ini mempunyai nilai-nilai
dalam mengangkat sebuah pementasan monodrama.
Anugerah Khas Juri (skrip):
Monodrama
Pondok Nyai Temah The Qum Actor
Anugerah khas
ini diwujudkan kerana persembahan ini menepati konsep monodrama dari segi
artistik.
Anugerah Khas :
Ratu Dharai
Anugerah
monodrama terbaik diberikan kepada kumpulan ini kerana mempamerkan persembahan
dan lakonan yang hampir menepati konsep Monodrama.
Anugerah Monodrama Terbaik
: Iyakah Fatimah Kelab Teater TNB
Pelakon Terbaik : Monodrama Iyakah Fatimah Kelab Teater TNB
Pengarah Terbaik : Monodrama Iyakah Fatimah Kelab Teater TNB
----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sekian, Salam Budaya & Selamat Berteater ........
-admin SA-
Ahad, 22 September 2013
Salam Kemerdekaan & Salam Hari MALAYSIA ...
Salam Budaya untuk Semua,
Di kesempatan ini, sempena 31hb Ogos dan 16hb September - Pihak Suara Alam ingin mengucapkan Selamat Hari Kemerdekaan buat Negara yg ke 56 dengan slogan " MALAYSIA KU BERDAULAT : Tanah Tumpahnya Darah Ku "
dan
Juga selamat menyambut Hari Malaysia yg ke 50 untuk semua warga negara Malaysia. Semoga nikmat kemerdekaan ini di hargai dengan sepenuhnya dengan jiwa yg MERDEKA.
serta ...
turut meraikan Hari Angkatan Tentera pd bulan September ini. Selamat Maju jaya Malaysia...!!
Yg Benar ;
~ Admin Blog : Suara Alam ~
Di kesempatan ini, sempena 31hb Ogos dan 16hb September - Pihak Suara Alam ingin mengucapkan Selamat Hari Kemerdekaan buat Negara yg ke 56 dengan slogan " MALAYSIA KU BERDAULAT : Tanah Tumpahnya Darah Ku "
dan
Juga selamat menyambut Hari Malaysia yg ke 50 untuk semua warga negara Malaysia. Semoga nikmat kemerdekaan ini di hargai dengan sepenuhnya dengan jiwa yg MERDEKA.
serta ...
turut meraikan Hari Angkatan Tentera pd bulan September ini. Selamat Maju jaya Malaysia...!!
Yg Benar ;
~ Admin Blog : Suara Alam ~
Isnin, 15 Julai 2013
Fadhilat Solat DHUHA
Salam Budaya utk semua ....Bulan ini adalah bulan ramadhan, bulan kita berpuasa...maka, kebanyakkan drp aktivis teater mengurangkan aktiviti.
Justru itu, saya paparkan sedikit ilmu utk tatapan/bacaan kita bersama ... !
KELEBIHAN SOLAT DHUHA
Berkata Abu Murrah Ath-Tha’ifi r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. telah bersabda : Allah telah berfirman:
“Wahai anak Adam! Bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi, niscaya Aku akan mencukupimu di akhirnya.” (Riwayat Ahmad)
Hadis Qudsi ini menganjurkan kita mengerjakan Solat Dhuha yang mana antara faedahnya, Allah Ta’ala memberi jaminan akan melaksanakan segala keperluan-keperluan keduniaan manusia setiap hari.
Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah SAW sendiri ialah solat sunat Dhuha. Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaannya, antaranya dalam riwayat Abu Hurairah katanya:
“Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat solat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan” (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Dalam riwayat yang lain Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :
“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .” (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan."
Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.” (Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)
Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas”(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)
Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai se-penggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita’khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik.
Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam. Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah bermaksud : ”Adalah Nabi SAW bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehedakinya.” (Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)
Dalam sebuah hadis yang lain Nabi SAW bersabda bermaksud : ” Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,” (Riwayat At-Thabarani ).
sekian ... Selamat Bepuasa utk Semua...& Salam Ramadhan !!
:)
** info drp.: www.islam2u.net **
Khamis, 4 Julai 2013
Keputusan Festival Teater Negeri Selangor 2013
Salam Budaya & Salam 1Malaysia buat semua ...
Pada malam 30hb Jun yg lalu, telah berlangsung malam kemuncak acara Festival Teater Negeri Selangor untuk tahun 2013. Malam di mana akan diketahui siapakah yg akan di anugerahkan takhta kejuaraan untuk 6 kumpulan yg bertanding dalam kategori teater moden dan 3 kumpulan untuk kategori mono-drama !!
Festival ini berlangsung dengan penuh gemilang di Panggung Percubaan UPM, Serdang.
Keputusan penuh setelah di adili oleh Juri-juri yg di lantik, iaitu Sdra. Badrul Zaman Abdul Jalil (Istana Budaya), Sdra. Shahrul Mizad (ASK) dan Sdri. Juhara Ayub (ASK), maka keputusan nya adalah spt berikut ;
KATEGORI Teater Moden :
Pelakon Pembantu Perempuan
~ ALAHAI MENANTU @ Nurul Haizura Mohd Hasnan
Pelakon Pembantu Lelaki
~ TOK MOH KELAMBU KUNING (BINTANG TITIS) @ Mohd Hadzrin M.Yusoff
Pelakon Perempuan
~ ALAHAI MENANTU @ Yuhana Mohd Yusoff
Pelakon Lelaki
~ ALAHAI MENANTU @ Mohd Nur Yusof Rosli
Pengarahan
~ ALAHAI MENANTU @ Mohd Khairul Anwar Rosli
Sinografi
~ ALAHAI MENANTU
Kump. Harapan ~ VELVET : Kelab Penggiat Teater Sejagat @PENTAS, UPM
Tempat ke-3 ~ AYAH : Persatuan Seni Ceritera
Naib Juara ~ 13:11 : Kump. HIDAYAH
JUARA 2013 ~ ALAHAI MENANTU : Teater Rimba, UKM
KATEGORI Mono-Drama :
Sinografi ~ JALUR-JALUR DI PADANG LALANG
Pelakon ~ JALUR-JALUR DI PADANG LALANG
Pengarah ~ JALUR-JALUR DI PADANG LALANG
Tempat ke-3 ~ BUKAN MIMPI : Kelab Teater Rimba, UKM
Naib Juara ~ UMBRA : Kelab Penggiat Teater Sejagat @PENTAS, UPM
JUARA 2013 ~ JALUR-JALUR DI PADANG LALANG : Pers. Seni Ceritera
Sekian, Salam Seni Budaya ....
~m.r0sslie~
Pada malam 30hb Jun yg lalu, telah berlangsung malam kemuncak acara Festival Teater Negeri Selangor untuk tahun 2013. Malam di mana akan diketahui siapakah yg akan di anugerahkan takhta kejuaraan untuk 6 kumpulan yg bertanding dalam kategori teater moden dan 3 kumpulan untuk kategori mono-drama !!
Festival ini berlangsung dengan penuh gemilang di Panggung Percubaan UPM, Serdang.
Keputusan penuh setelah di adili oleh Juri-juri yg di lantik, iaitu Sdra. Badrul Zaman Abdul Jalil (Istana Budaya), Sdra. Shahrul Mizad (ASK) dan Sdri. Juhara Ayub (ASK), maka keputusan nya adalah spt berikut ;
KATEGORI Teater Moden :
Pelakon Pembantu Perempuan
~ ALAHAI MENANTU @ Nurul Haizura Mohd Hasnan
Pelakon Pembantu Lelaki
~ TOK MOH KELAMBU KUNING (BINTANG TITIS) @ Mohd Hadzrin M.Yusoff
Pelakon Perempuan
~ ALAHAI MENANTU @ Yuhana Mohd Yusoff
Pelakon Lelaki
~ ALAHAI MENANTU @ Mohd Nur Yusof Rosli
Pengarahan
~ ALAHAI MENANTU @ Mohd Khairul Anwar Rosli
Sinografi
~ ALAHAI MENANTU
Kump. Harapan ~ VELVET : Kelab Penggiat Teater Sejagat @PENTAS, UPM
Tempat ke-3 ~ AYAH : Persatuan Seni Ceritera
Naib Juara ~ 13:11 : Kump. HIDAYAH
JUARA 2013 ~ ALAHAI MENANTU : Teater Rimba, UKM
KATEGORI Mono-Drama :
Sinografi ~ JALUR-JALUR DI PADANG LALANG
Pelakon ~ JALUR-JALUR DI PADANG LALANG
Pengarah ~ JALUR-JALUR DI PADANG LALANG
Tempat ke-3 ~ BUKAN MIMPI : Kelab Teater Rimba, UKM
Naib Juara ~ UMBRA : Kelab Penggiat Teater Sejagat @PENTAS, UPM
JUARA 2013 ~ JALUR-JALUR DI PADANG LALANG : Pers. Seni Ceritera
Sekian, Salam Seni Budaya ....
~m.r0sslie~
Langgan:
Catatan (Atom)




