Tahun 2014 telah hampir ke penghujungnya, seolah-olah menunjukkan musim Festival Teater juga seakan hampir ke penghujung acara kemuncaknya juga ...
Ini terbukit dengan perlakasanaan anjuran Festival Teater Kebangsaan (FTM) 2014 oleh JKKN yang akan menampilkan enam(6) naskah teater dari enam(6) negeri yang telah berjaya ke peringkat akhir setelah melepasi peringkat penilaian yang diadakan pada Januari hingga Mei lepas di negeri masing-masing. Daripada 14 Negeri yang bertanding, hanya 6 negeri yang terpilih ke peringkat akhir FTM 2014 yang akan berlangsung di Auditorim DBKL.
Mewakili negeri Selangor, Kelab Teater Rimba, Universiti Kebangsaan Malaysia akan mempertaruhkan naskah ‘Alahai Menantu’ karya Razali Taib dan arahan Nuex Rosli. Teater ini akan dipersembahkan pada 26 Oktober (Ahad)
Naskah ‘Penjuru Empat Karma’ arahan dan karya Mohd Firdaus Kamaruddin akan dipentaskan oleh Persatuan Penggerak Seni Budaya mewakili Kuala Lumpur. ‘Penjuru Empat Karma’ berkisar tentang sepasang suami isteri terpaksa menanggung penderitaan kerana kehilangan orang yang disayangi atas kelalaian dan kecuaian orang lain. Teater ini akan dipentaskan pada 27 Oktober.
Sementara kumpulan Teater Remaja Harapan yang mewakili negeri Kedah akan membawakan Teater 'Transit Warga Tanah' karya Abu Afif dan arahan Abu Hurairah Roslan. Bakal dipentaskan pada 28 Oktober, teater ini mengisahkan empat jenis manusia yang berbeza latar hidupnya - Orang tua, Orang Kaya, Petani dan Dewasa, telah dibangkitkan dengan berwajahkan lumpur tanah.
Grup Teater Lab, Universiti Malaysia Sabah yang mewakili Negeri Sabah akan mempertaruhkan naskah ‘Vito Il Mafioso’ karya Khairul Amin dan arahan bakat muda dunia pengarahan Tasia Alina Ismail. Vito Il Mafioso yag bakal dipentaskan pada 29 Oktober, mengisahkan tentang ketidakupayaan seorang lelaki bernama Vito telah disaksikan masa lalu oleh dirinya sendiri, dia mula mencipta garis hidup masa depannya dengan pelbagai komplot yang dihalusinya dengan dendam.
Manakalaka Persatuan Seni Persembahan Sifar mewakili Negeri Sarawak akan mementaskan Teater 'Penggali Intan' karya Kirdjomulyo dan arahan Abdilah Untong. Teater ini mengisahkan Suatu pagi ketika menggali, Hassan menemui sebutir intan yang sangat bernilai. Saili gembira dan berharap Hassan bersetuju untuk pulang ke kampong setelah menemui intan tersebut. Tetapi ternyata keuntungan sebesar itu tidak membuat Hassan puas. Dia masih ingin mendapatkan intan yang lebih banyak. Teater ini akan dipentaskan pada 30 Oktober
Mewakili Pantai Timur, Kumpulan Anak Seni Pendidikan Kelantan (ASPEK) akan mementaskan teater ‘Iyakah Tok Janggut’ karya dan arahan Zack Zaideen. ‘Iyakah Tok Janggut?’ Persoalan yang merungkai kembali apakah benar yang didakwa pejuang yang gugur di dalam perang menentang Inggeris di Pasir Puteh itu adalah jasad Tok Janggut atau sebaliknya. Teater ini akan dipentaskan pada 31 Oktober.
Hadiah berupa wang tunai dan trofi menjadi rebutan. Juara akan menerima RM10,000, naib juara RM8000, ketiga RM6000, pengarah terbaik RM2000 dan pelakon lelaki dan wanita terbaik masing RM2000. Majlis pengumuman pemenang dan penyampaian hadiah akan diadakan pada 1 November 2014.
Menyorot kembali sejarah penganjuran Festival Teater Malaysia, festival ini telahpun mewarnai dunia seni sekitar tahun 70an hinggalah 1980an pada ketika itu dikenali sebagai Pesta Tarian dan Drama. Pada tahun 1990, Pesta Tarian dan Drama telah dijenamakan semula sebagai Pekan Teater dengan format dan pendekatan baru yang hanya memfokuskan kepada genre teater sahaja. Namum demikian, sejajar dengan peredaran masa dan perubahan citrarasa khalayak teater moden, program ini telah disemarakkan lagi dengan jenama baru iaitu Festival Teater Malaysia sejak tahun 2002 hinggalah ke hari ini.
Hasrat JKKN dalam usaha mengangkat bakat generasi baru dalam lakonan, pengarahan dan produksi dapat dilihat dari kesungguhan kumpulan yang akan bertanding pada kali ini dalam menunjukkan bakat dan kreativiti semasa pementasan ini termasuklah dari aspek lakonan, pengarahan, pengurusan, pembikinan set, props, kostum, tatarias dan sebagainya.
Festival Teater Malaysia dilaksanakan secara dwi tahunan oleh JKKN yang memberi ruang pertandingan teater di peringkat negeri bagi memilih kumpulan yang layak ke peringkat penilaian dan seterusnya ke peringkat Kebangsaan. Sebanyak 68 buah kumpulan teater yang telah bertanding dari seluruh negara dan hanya 6 buah negeri sahaja yang layak ke peringkat kebangsaan.
Penganjuran Festival Teater Malaysia kali ini akan diadakan selama 7 hari bermula 26 Oktober hingga 1 November 2014 bermula jam 8.30 malam bertempat di Audotorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
Sebarang maklumat lanjut, orang ramai penggiat dan peminat teater boleh menghubungi urusetia FTM 2014 di talian 03-26148200 atau melalui media sosial facebook mysenibudaya dan www.jkkn.gov.my
# selamat berjaya kpd semua peserta ..!! :)
** Suara Alam sendiri telah mula merencana utk Festival Teater Selangor 2015 nanti... kita tunggu produksi nya nanti....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan