Rabu, 22 Februari 2017

" LAKSAMANA BENTAN " - Teater Usahasama Pertama SUARA ALAM

Salam Budaya ...


Menjadi SEJARAH dan satu HARAPAN yg tinggi untuk Suara Alam pada tahun ini kerana akan berkerjasama dgn Persatuan Kebajikan Zuriat Keturunan Pusaka Bentan Malaysia untuk mementaskan Teater Bangsawan "LAKSAMANA BENTAN" di Auditorium Tunku A Rahman, MaTIC - Jalan Ampang, KL

Tarikh telah dipersetujui, iaitu pada 25 & 26hb MAC 2017 dgn kerjasama MaTIC dan JKKN Selangor memandangkan pementasan kali ini dibawa khas daripada produksi negara Indonesia iaitu Batam BISA Production yg aktif membuat persembahan di provinsi kepulauan Riau/Batam. 



Cadangan projek pementasan teater ini adalah merupakan projek pembukaan kedua-dua pihak untuk tahun  2017. Projek ini adalah bertujuan untuk menunaikan tanggungjawab sosial ke arah memartabatkan unsur kesenian khususnya teater selari dengan inspirasi kerajaan dalam usaha menyemarakkan dan meningkatkan nilai kesenian dan budaya dalam masyarakat.

Objektif Pementasan ;

Untuk menjalinkan perhubungan Melayu serumpun dikalangan Malaysia-Indonesia

Mengangkat kembali kisah sejarah Laksamana Bentan agar generasi yang akan datang dapat mengetahui sejarah tersebut. 

Menyalurkan mesej tentang nilai-nilai murni seperti keagamaan, kemanusiaan memartabatkan adat dan budaya, tanggungjawab hidup bermasyarakat, nilai-nilai sosio budaya dan sebagainya kepada khalayak. 


KINI, permulaan dan proses gerak kerja pementasan teater bangsawan ‘Laksamana Bentan’(Megat Sri Rama) ini telah dan sedang bermula. Justru, Kami memerlukan sokongan dan dorongan daripada semua pihak agar pementasan ini dapat di realisasikan.

Justeru, penglibatan daripada semua pihak amatlah dialu-alukan dan diperlukan.


BERSAMA SEMARAKKAN SENI BUDAYA NEGARA

1 ulasan:

  1. terimaksih yang stinggi-tingginya kami haturkan kepada segenap team Suara Alam yang ikut menjayakan acara ini. Bagi kami ini pengalaman yang sangat berharga. kami berharap kerjasama seperti ini dapat kita tingkatkan lagi bagi kedua belah pihak. salam hangat dari kami, Sanggar Seni Bulan Mengambang Batam.

    BalasPadam