Salam Budaya ...
Salam Teater ...
KATEGORI - KATEGORI UMUM DALAM TEATER
Terdapat begitu banyak bentuk teater, namun secara umumnya teater boleh dikategorikan kepada lima kategori iaitu;
1. commercial theatre,
2. historical theatre,
3. political theatre,
4. experimental plays dan
5. cultural theatre.
Commercial Theatre - bentuk teater yang paling popular dalam kalangan masyarakat - teater muzikal, teater berbentuk komedi dan teater berbentuk drama berat yang bertujuan HANYA untuk hiburan dan keuntungan.
Historical theatre - menyajikan drama dengan menggunakan gaya, tema dan pementasan drama merujuk kepada sejarah periodisasi tertentu. Contoh teater klasik Oedipus Rex karya Sophocles sehinggalah kepada bentuk drama moden A Doll’s House karya Henrik Ibsen. Bentuk teater begini cuba untuk menunjukkan usaha pencapaian dan keprihatinan masyarakat dengan mempersembahkan aspek kostum, gaya lakonan, bahasa dan isu yang tidak mengkhusus hanya kepada generasi tertentu atau masa kini sebaliknya untuk kemanusiaan sejagat.
Political Theatre - memberi ruang kepada penulis, pelakon dan sutradara untuk mengekspresikan pandangan peribadi mengenai isu semasa, trend dan politik. Ia adalah satu platfom luahan idea secara terbuka untuk para penggiat seni yang mana suara mereka jarang dapat disalurkan melalui media arus perdana atau bentuk teater yang komersil. Bentuk teater ini memberi peluang kepada penggiat untuk mengajak penonton menyertai mereka dalam satu ruangan protes atau sokongan kepada perubahan sosial. Ia juga boleh menjadi satu `senjata propaganda’ bagi mereka yang mempunyai kuasa pemerintahan untuk mengawal perasaan dan pemikiran rakyat seperti yang dilakukan oleh pemerintah Nazi German ketika Perang Dunia Kedua.
Teater Eksperimental - dari segi idea dan stail yang pelbagai. Bentuk teater begini biasanya akan cuba memaparkan bentuk dan konsep yang sama sekali bercanggah dengan amalan kebiasaan; menghapuskan jarak antara pemain dan penonton, melanggar konsep pentas konvensional dan lain-lain. Teater eksperimen bertujuan untuk untuk `mencipta semula’ bentuk teater, tidak statik dan perlu selalu mencari bentuk-bentuk persembahan yang baru;
“Experimental plays are attempt to reinvent theatre, for all art forms must avoid stagnation by constantly searching for what the future of the art form might be.”
(Downs, Wright & Ramsey (2007):16)
Manakala Cultural Theatre direka untuk menyokong melestarikan budaya warisan, sudut pandangan seseorang, adat budaya serta keagamaan, status, masyarakat dan negara. Bentuk teater ini menyokong perkembangan kepelbagaian budaya masyarakat sekeliling dengan memberi ruang kepada masyarakat untuk melihatnya dari sudut yang berbeza. Contohnya opera tradisional Cina dan teater Noh dari Jepun.
Pembahagian kategori ini bukanlah satu ketetapan bahawa setiap pementasan teater yang ditonton perlu digolongkan dalam salah satu daripada kategori yang disebutkan. Ada kalanya satu pementasan itu kelihatan sesuai untuk digolongkan dalam dua kategori misalnya komersil dan cultural, atau political dan eksperimental.
Tujuan pemahaman kategori ini bagi sebagai panduan ilmu bagi memudahkan kepuasan penonton apabila menonton sesebuah pementasan teater itu. Contohnya penonton yang datang ke panggung bertujuan untuk dihiburkan selepas penat seharian bekerja, sebaliknya disajikan dengan pementasan berbentuk eksperimental, maka ia akan rasa tertekan dan tidak terhibur sama sekali.
Sebaiknya jika kita ingin menonton teater, dinasihatkan agar kita cuba bersikap terbuka terhadap apa yang kita tonton dan sebaliknya jangan pula terlalu bersikap membanding.
JUST ENJOY THE SHOW (bak kata org Melayu) dan nilai apa yang disaksikan sahaja dan janganlah mengharapkan apa yang kita jangka dan inginkan.
PERINGATAN :
Teater dicipta bukan semata-mata untuk menghiburkan penonton, ada ketikanya teater dipersembahkan untuk tujuan mendidik, mengajar, menyindir dan membuatkan penonton berfikir.
Sekian,
-Admin SuaraAlam-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan