Khamis, 29 April 2021

BIOGRAFI : MOHD SHUKOR YON - PENGASAS SUARA ALAM

Salam Budaya ; 


Catatan pada kali ini; 17-Ramadhan 1422H  (Nuzul Quran)  |  27 April 2021 - bagi memperingati jasa dan kenangan Pengasas SuaraAlam, kami coretkan BIOGRAFI beliau untuk informasi ahli-ahli SuaraAlam khusus-nya dan semua penggiat Teater am-nya. 




TOKOH TEATER SELANGOR 2015


Mohd Shukor Yon, namanya pernah menggegarkan pentas dunia teater satu ketika dahulu dan sehingga ke hari ini, pencapaiannya sebagai Pengarah terbaik tiga tahun berturut-turut di Pertandingan Pekan Teater pada tahun 1993, 1994, dan 1995 dan masih belum mampu di pecahkan oleh mana-mana pengarah sehingga ke hari ini.

Beliau telah diilahirkan pada Mac 1960 di Alor Setar, Kedah. Beliau seorang yang aktif dalam kesenian bermula sejak dari kecil lagi sehingga akhir hayat beliau. Dalam tahun 1975 beliau telah mula bergiat cergas dengan kumpulan seni iaitu ‘Angkatan Seni Alor Setar’ (ASAS). Pada tahun tersebut juga beliau telah dipilih sebagai Pelakun lelaki Terbaik dalam Pertandingan Drama Sekolah-Sekolah peringkat kebangsaan.

 

Apabila dewasa, atas azam untuk memperjuangankan seni, dengan semangat yang jitu beliau telah nekad berpindah ke Petaling Jaya lalu mengumpul dan mendidik anak-anak muda dalam satu kumpulan yang diberi nama ‘Kelab Warisan M.S.’ 


Melihat sambutan yang menggalakkan melalui Kelab Warisan M.S. ini maka lahirlah pula 3-kumpulan lain iaitu; 

1-  Suara Alam ( Selangor DE )

2- BATEK ( Kuala Lumpur ) - Badan Teater, Keseniaan & Warisan

3- Wali Kota (Kedah )

 

Pada tahun 1992, beliau telah diberi kepercayaan untuk membawa watak ‘Along’ dalam pementasan “Nona-Nona Kuala Lumpur” bergandingan dengan para pelakon yang terkenal pada masa itu. Pada tahun 1993, beliau telah diberi kepercayaan untuk menjadi Pengarah Seni untuk teater ‘TETAMU’ yang dianjurkan oleh pihak Panggung Negara. Hasil sentuhan seni dan nilai estetika  yang wujud dalam teater ‘Tetamu’ ini telah menyumbang kepada kejayaan pementasan tersebut dengan sambutan yang hangat pada setiap malam persembahan.

 

Pada tahun itu juga beliau telah diberi pengiktirafan sebagai Pengarah Berpotensi melalui pementasan teater hasil karyanya sendiri iaitu, ‘ANA AHMAD’ di mana beliau turut berlakon sebagai pelakon lelaki utamanya. Pengiktirafan tersebut menjadi batu loncatan untuk beliau terus melangkah gagah dalam dunia teater.

 

Melalui ‘Sabda Sang Pendita’, (karya Ismail Kassan) teater arahannya ini telah menggondol hadiah dalam beberapa kategori untuk Pekan Teater Selangor dan Pekan Teater Kebangsaan pada tahun 1994. Tahun 1995, membawa teater ‘JALAN SEMPIT’ (karya Amelia) yang telah berjaya menjadi Johan dalam Pekan Teater Kuala Lumpur dan seterusnya layak ke Pekan Teater Kebangsaan.

 

Pada tahun 1997, beliau mementaskan sebuah drama ‘Pahlawan Daerah Rodat’ yang telah menarik perhatian penonton bersempena dengan Terengganu Teater Fest.

 

Teater ‘JEBAT’ (karya Dr.Hatta Azad Khan) pula diarahkan beliau pada tahun 1998 dalam Pekan Teater Wilayah dengan sambutan yang diluar jangkaan. Hasilnya pihak Dewan Bahasa dan Pustaka bersetuju untuk mementaskannya sekali lagi sempena minggu sastera dan budaya di dewan DBP pada tahun yang sama.

 

Melalui pengalaman yang ada, Pejabat Kebudayaan & Kesenian Wilayah dan juga MaTIC sekali lagi meminta beliau untuk mengarah teater ‘GELANGGANG TOK WALI’ (karya Ismail Kassan) pada tahun 1999. Hasil seni dan kreativiti pementasan yang dipentaskan oleh beliau telah menerima pujian dan sokongan khalayak penonton dengan jayanya.

 

Bermula dari itu, Pejabat Kebudayaan & Kesenian Negeri Pahang pula mementaskannya pada tahun 2000 dengan karya yang sama di ikuti pula oleh Pejabat Kebudayaan & Kesenian Negeri Selangor pada tahun 2001.

 

Pada tahun 2000 juga beliau telah diberi kepercayaan oleh Kerajaan Negeri Selangor melalui Pejabat Kebudayaan & Keseniaan Negeri untuk mementaskan teater drama ‘KILUNG MUSUNG’ (karya Ismail Kassan) bersempena Tahun Melawat Selangor 2000 dan dalam masa yang sama juga beliau juga di beri kepercayaan untuk mengarah teater ‘Gelanggang Tok Wali’ di Pahang. Kredibiliti beliau sebagai pengarah terbbukti hebat apabila mampu mengarah dua teater perdana dalam satu masa dengan jayanya. 


.... Dan selepas itu, beliau telah berehat panjang. *kembali ke-Kedah !

 

Dengan desakan dan permintaan ahli-ahli SUARA ALAM, pada tahun 2006 beliau telah menghasilkan ‘NERACA’ dan seterusnya berjaya dipentaskan di Auditorium Muzium Shah Alam pada September 2006.

 

Dan sekarang, beliau masih lagi aktif di belakang sebagai Penasihat bagi menyokong generasi-generasi baru BATEK Malaysia dan Pertubuhan Suara Alam untuk terus berkarya dan meneruskan legasi yang telah beliau bina. Beliau telah menjadi penasihat untuk beberapa program BATEK dan Persatuan Kebudayaan Suara Alam.

 

Pada tahun 2013, beliau telah menjadi penasihat dan penulis skrip “Warisan Yang Hilang” untuk Festival Teater Negeri Selangor.

 

Selain itu, beliau turut menjadi penasihat dan penulis skrip di Festival Belia Putrajaya (FBP) pada tahun 2012 dan kini masih tetap menjadi penasihat utk Program persembahan pentas. Pada program yang sama (FBP) untuk 2014, BATEK telah di beri kepercayaan penuh oleh pihak Majlis Belia Malaysia untuk menguruskan pertandingan Sketsa Pendek peringkat kebangsaan dan persembahan teater pada waktu malam dengan naskah Tuan Haji Wan Ahmad Ismail, Tanah Lot, dan naskah beliau sendiri “Sidang Lautan”.

 

Pada 2hb Mei 2014, beliau telah di beri kepercayaan oleh Majlis Teater Terengganu untuk mengarah pementasan teater “Pohon Beringin Negara Bawah Angin” sempena Temasya Fest Kuala Terengganu 2014. Walaupun keadaan kesihatan beliau tidak mengizinkan dengan berkerusi roda, dan atas dasar tanggungjawab di atas amanah yang di berikan, beliau tetap terus berkarya tanpa ada alasan dan keluhan.

 

Pada tahun 2015, beliau telah mendapat Anugerah Tokoh Teater Selangor 2015 sempena Festival Teater Selangor 2015 oleh JKKN Selangor.

 

Walaupun dengan factor kesihatan beliau yang kurang baik tetapi beliau masih gagah untuk berkarya. Ini terbukti dengan terhasil nya teater Si-Bongkok Tangjung Puteri sempena Minggu Teater Selangor-ku 2019 dan teater BALANG MAS (BATEK, KL) untuk festibval teater Selangor 2019 di-mana beliau bertindak sebagai Penasihat pementasan dan selalu bersama-sama tim produksi sepanjang latihan teater tersebut.





-Admin- 

.. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan