Sabtu, 25 September 2021

MONOLOG : WARISAN YANG HILANG

(c)hakcipta terpelihara ; SuaraAlam 

16.Sept.2021 (Selamat Hari Malaysia)



WARISAN YANG HILANG 
(karya asal : Shukor Yon / olahan : M.Rosslie) 



Manusia adalah makhluk yang berakal dan berperasaan. Manusia ada psikologinya yang tersendiri. Manusia ada beribu-ribu jenis perasaan seperti gembira, sedih, ingin tahu, benci dan suka. Jika kita boleh mengaktifkan perasaan ini pada waktu-waktu tertentu mengikut turutan tertentu, nescaya kita akan dapat apa yang kita mahu. Saya yakin kami semua mampu mengisi kekosongan yang ditinggalkan.

 

Berjuang bukannya meminta orang menyanjungi kita. Berjuang adalah atas niat yang suci berserah pada Allah. Niat yang suci tidak perlu dihebohkan atau diumumkan kepada semua. Cukup sekadar perbuatan yang selari dengan NIAT itu. Tidak hanya ditunjukkan apabila GURU ada sahaja.

 

Biarlah mereka nak kata apa saja tentang GURU. Pada nya, Tuhan amat mengerti. Tuhan tahu niat nya tidak sampai ke-situ. Sedikit pun tidak terniat di hati nya untuk memesongkan niat dan tujuan yang selama ini di-perjuangkan. Biarlah Tuhan menilai kesuciannya .. biarlah...

 

Apa ? Nama ?

Apa ada pada nama?. PERJUANGAN tidak perlukan nama. Nama hanya akan membina RIAK dalam diri. Dengan hal sekecil ini pun boleh membuatkan niat perjuangan tidak suci lagi. Dalam perjuangan ada yang lebih suci daripada itu, mungkin kita semua terlalu mentah untuk memahaminya. Alam ini menjadi saksi pada setiap insan yang tersurat mahupun tersirat. Bangun semua ..  Bukalah mata kamu luas-luas dan pandanglah alam dengan tenang.... kau pastinya dapat mendengar bisikan SUARA ALAM.

 

Itulah silapnya anak muda. Perjuangan memungkinkan kita berjauhan. PASTI ! Tapi, Berjauhan bukannya bererti melupakan terus. Sebaliknya berjauhan dapat memesrakan diri sendiri dengan apa yang kita perjuangkan. Kadang-kadang jauh di-mata boleh menambahkan kecintaan kita.

 

Dengan Iman dan Taqwa serta Kasih dan Sayang, marilah kita sama-sama berpimpin tangan dan berjalan se-iringan di jalan yang telah dilalui oleh hamba-hambaNya yang sebelum kita. Jalan yang lurus, jalan yang diredhai semoga jalan ini akan membawa kita semua memperoleh kejayaan di dunia yang fana’ ini dan juga memperoleh kejayaan di dunia yang kekal abadi yang sedang menanti kehadiran kita semua.

 

Itu adalah masa lalu GURU, sekarang masa kita pulak untuk memikul tanggungjawab PERJUANGAN ini. (terdiam seketika..)

Kamu semua ingat lagi tak? Dulu kita hanyalah anak muda yang KOSONG. Kita ditanamkan keimanan dalam jiwa kita agar kita bangkit sebagai seorang Pejuang bagi membenarkan yang Haq dan menghancurkan yang Bathil.??

 

Marilah kita sama-sama berdoa “ Ya Allah, kurniakan kepada kami tekad dan kekuatan untuk tetap berada di jalan kebenaran dan ilhamkanlah kepada kami untuk melakukan semua kebaikan yang Engkau sukai. Bersihkanlah hati kami dari segala bentuk kemunafikan, riak, keangkuhan serta penuhilah hati kami dengan keikhlasan, kejujuran dan kerendahan hati.

 

Jadikanlah amal-amal kami ikhlas hanya untuk-Mu, benar sesuai dengan tuntunan Nabi-Mu, bermanfaat bagi kaum muslimin dan seluruh manusia serta jadikanlah kami dari golongan generasi pengubah yang sentiasa berusaha untuk menjelmakan roh baru yang segar ke-dalam hati ummat bagi melaksanakan dan memenuhi tuntutan agamaMu.

 

Kita sudah di kurnia nikmat kemerdekaaan dengan jerih perih PERJUANGAN orang2 terdahulu… dan nikmat untuk melihat segala kebesaran-Nya. Sehingga dapat menggamit sebuah keajaiban yang mampu membangkitkan kesedaran masa. Sesungguhnya kesedaran itu adalah anugerah yang paling besar buat hamba-hambaNya. Inilah yg akan kita jadikan pegangan PERJUANGAN. 


PERJUANGAN mengajar kita bagaimana proses mengenal pasti masalah serta puncanya, Menyenaraikan baik buruk setiap pilihan, membuat pilihan dan melaksanakan pilihan. Saya yakin, ini adalah soal hidup, kesedaran dan ERTI sebuah perjuangan.

CUBALAH rasai hakikat sebenar perjuangan. Yaa... rasai dalam teriakan kemerdekaan yang sebenar-benarnya.

 

Setiap kata-kata yg di keluarkan begitu mudah namun kenyataan sebenar tidak begitu jadinya.

 

Apa yang KITA semua saksikan adalah sebuah lukisan perasaan yang sedang melakar harapan dan mimpi indah dari sebuah jiwa yang sedang meruntun dan merindui kasih sayang dari Sang Pencipta nya.

 

Bagi menyedarkan saudara-saudara nya yang sedang mabuk dan terlena diulit mimpi-mimpi indah duniawi yang melekakan mereka daripada kewajipan hakiki masing-masing. 

 

Apabila islam itu sekadar ikut-ikutan atau lahir hanya daripada perut islam, makanya islam sejati hanya tinggal dalam Al-Quran dan Sunnah. Maka WARISAN PUN HILANG di bawa arus masa dan suasana sekeliling….

 

Sedang dalam terang kita bersuluh tapi apa benda pun tak kita jumpa dengan pasti. Jadi, carilah dengan PASTI.

 

Carilah … PERJUANGAN yang pasti !!

Carilah … Jangan sampai HILANG !!

 

( Kedengaran sayup suara azan... ‘ Marilah menuju kejayaan..’ )

 

[ BLACK-OUT ]

… 

(Al-Fatihah buat Allahyarham Mohd Shukor Yon)


MONOLOG (wikipedia)

Dalam bidang teatermonolog [mo-no-log] (daripada Bahasa Yunaniμονόλογος gabungan μόνος mónos, "tunggal" and λόγος lógos, "pertuturan") ialah suatu percakapan atau pidato disampaikan seorang watak dengan bertujuan meluahkan perasaan dan isi hati dalaman secara lantang sambil juga mengaju kepada seorang watak yang lain ataupun kepada penonton. Ia sering didapati pada pelbagai media yang menampung unsur drama (pementasanfilms, dan sebagainya) ataupun sebaliknya (misalnya puisi).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan