SuaraAlam kali ini berpeluang membuat bengkel dengan kerjasama Dr Zainatul Shuhaida Abdull rahman & 'Adiguru' Puan Zamzuriah Zahari (ASWARA) untuk sesi pengenalan tentang pementasan tradisi MEK MULUNG kepada generasi baru dan komuniti setempat.
Dengan dana insentif seni JKKN 2025 - SuaraAlam telah merancang program Bengkel Proses Adaptasi Sastera Lisan Ke Skrip Pementasan Mek Mulung ini di Dewan Pusat Seni Budaya Kg Lindungan, PJS6 Petaling Jaya.
Objektifnya tidak lain, memberi pendedahan kepada generasi muda tentang pementasan Mek Mulung. Apakah elemen yang penting dan perbezaan nya dengan pementasan tradisi yang lain seperti Mak Yong, Jikey dan lain-lain.
Sekian,
Tiada ulasan:
Catat Ulasan