Ahad, 22 September 2013

Salam Kemerdekaan & Salam Hari MALAYSIA ...

Salam Budaya untuk Semua,

Di kesempatan ini, sempena 31hb Ogos dan 16hb September - Pihak Suara Alam ingin mengucapkan Selamat Hari Kemerdekaan buat Negara yg ke 56 dengan slogan " MALAYSIA KU BERDAULAT : Tanah Tumpahnya Darah Ku " 

dan 

Juga selamat menyambut Hari Malaysia yg ke 50 untuk semua warga negara Malaysia. Semoga nikmat kemerdekaan ini di hargai dengan sepenuhnya dengan jiwa yg MERDEKA. 

serta ... 

turut meraikan Hari Angkatan Tentera pd bulan September ini. Selamat Maju jaya Malaysia...!!


Yg Benar ;
~ Admin Blog : Suara Alam ~

Isnin, 15 Julai 2013

Fadhilat Solat DHUHA

Salam Budaya utk semua ....Bulan ini adalah bulan ramadhan, bulan kita berpuasa...maka, kebanyakkan drp aktivis teater mengurangkan aktiviti. 
Justru itu, saya paparkan sedikit ilmu utk tatapan/bacaan kita bersama ... !

KELEBIHAN SOLAT DHUHA 
Berkata Abu Murrah Ath-Tha’ifi r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. telah bersabda : Allah telah berfirman:
“Wahai anak Adam! Bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi, niscaya Aku akan mencukupimu di akhirnya.” (Riwayat Ahmad)
Hadis Qudsi ini menganjurkan kita mengerjakan Solat Dhuha yang mana antara faedahnya, Allah Ta’ala memberi jaminan akan melaksanakan segala keperluan-keperluan keduniaan manusia setiap hari.
Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah SAW sendiri ialah solat sunat Dhuha. Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaannya, antaranya dalam riwayat Abu Hurairah katanya:
“Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat solat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan” (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Dalam riwayat yang lain Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :
“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .” (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan."
Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.” (Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)
Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas”(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)
Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai se-penggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita’khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik.
Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam. Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah bermaksud : ”Adalah Nabi SAW bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehedakinya.” (Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)
Dalam sebuah hadis yang lain Nabi SAW bersabda bermaksud : ” Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,” (Riwayat At-Thabarani ).

sekian ... Selamat Bepuasa utk Semua...& Salam Ramadhan !! 
:)



** info drp.: www.islam2u.net **

Khamis, 4 Julai 2013

Keputusan Festival Teater Negeri Selangor 2013

Salam Budaya & Salam 1Malaysia buat semua ... 

Pada malam 30hb Jun yg lalu, telah berlangsung malam kemuncak acara Festival Teater Negeri Selangor untuk tahun 2013. Malam di mana akan diketahui siapakah yg akan di anugerahkan takhta kejuaraan untuk 6 kumpulan yg bertanding dalam kategori teater moden dan 3 kumpulan untuk kategori mono-drama !! 

Festival ini berlangsung dengan penuh gemilang di Panggung Percubaan UPM, Serdang. 

Keputusan penuh setelah di adili oleh Juri-juri yg di lantik, iaitu Sdra. Badrul Zaman Abdul Jalil (Istana Budaya), Sdra. Shahrul Mizad (ASK) dan Sdri. Juhara Ayub (ASK), maka keputusan nya adalah spt berikut ; 

KATEGORI Teater Moden : 

Pelakon Pembantu Perempuan 
~ ALAHAI MENANTU  @ Nurul Haizura Mohd Hasnan

Pelakon Pembantu Lelaki 
~ TOK MOH KELAMBU KUNING  (BINTANG TITIS)  @ Mohd Hadzrin M.Yusoff

Pelakon Perempuan 
~ ALAHAI MENANTU  @ Yuhana Mohd Yusoff 

Pelakon Lelaki 
~ ALAHAI MENANTU @  Mohd Nur Yusof Rosli 

Pengarahan
~ ALAHAI MENANTU  @ Mohd Khairul Anwar Rosli 

Sinografi  
~ ALAHAI MENANTU

Kump. Harapan ~ VELVET  : Kelab Penggiat Teater Sejagat @PENTAS, UPM 

Tempat ke-3 ~ AYAH : Persatuan Seni Ceritera 

Naib Juara  ~ 13:11 : Kump. HIDAYAH 

JUARA 2013 ~ ALAHAI MENANTU : Teater Rimba, UKM 


KATEGORI Mono-Drama : 

Sinografi ~ JALUR-JALUR DI PADANG LALANG

Pelakon ~ JALUR-JALUR DI PADANG LALANG 

Pengarah ~ JALUR-JALUR DI PADANG LALANG 

Tempat ke-3 ~ BUKAN MIMPI :  Kelab Teater Rimba, UKM 
Naib Juara  ~ UMBRA :  Kelab Penggiat Teater Sejagat @PENTAS, UPM  

JUARA 2013 ~ JALUR-JALUR DI PADANG LALANG : Pers. Seni Ceritera



Sekian, Salam Seni Budaya .... 

~m.r0sslie~


Rabu, 26 Jun 2013

Tahniah Produksi Bangsawan PUTERA SALANG UR

Salam Budaya & Salam Bangsawan buat Semua ...

Setelah hampir seminggu produksi TELAH berjaya mementaskan bangsawan Putera Salang Ur yang pastinya di tempuhi dengan pelbagai 'dugaan' dan rintangan ... keringat dan tenaga yang tak terhingga menitisnya ke pentas panggung bandaraya DBKL itu ..!

Pada malam terakhir; 16hb Jun 2013 ~ kelihatannya semua pelakon2 dan Krew bersemangat untuk menghasilkan pementasan yg TERBAIK setelah impak pada malam kedua yg begitu mengujakan. Itupun setelah kritikan yg di terima untuk persembahan pada malam pertama yang begitu 'kurang' tersusun dan berkesan ...hampir 3 jam persembahan ! :)

Setelah mengambil-kira semua faktor, maka pada malam kedua dan terakhir kelihatan persembahan begitu memberangsangkan dan mendapat perhatian VVIP yg hadir. Terima kasih pada semua yang memberi sokongan dan perhatian. 

Semoga SUARA ALAM akan 'berani' mencuba lagi untuk program tahun hadapan sekiranya sudah 'bersedia' untuk mementaskan bangsawan ... :)

Apa2pun, SUARA ALAM ingin mengucapkan ribuan, jutaan terima kasih kepada semua yg terlibat samada secara langsung atau tidak langsung dalam memastikan kelangsungngan pementasan bangsawan Putera Salang Ur ini. 

Sampai Jumpa Lagi ... 

~ M.Rosslie 


**Bersama Semarakkan Seni Bangsawan Negara** 





Selasa, 11 Jun 2013

Bangsawan PUTERA SALANG UR bermula.. ..!!

Salam Budaya & Salam Bangsawan ...!

Pada hari ini, minggu ini... 
adalah bermulanya cabaran sebenar buat Suara Alam didalam merealisasikan pementasan bangsawan yang telahpun menjalani proses latihan selama hampir 2 bulan di gelanggang Kelab Kilat TNB Bangsar.

Hari ini, pada tanggal 11hb Jun 2013 adalah hari pertama para pelakon memasuki ruang pentas Panggung Bandaraya ini untuk mengambil gerak lakon dan sebagainya. 
Begitu juga dengan Pemuzik-pemuzik dan Krew-Krew pentas yang nampaknya sedang berhempas-pulas menyiapkan persiapan pentas ...! *Tinggal cuma pereka pengcahayaan sahaja yang masih belum memulakan tugas kerana masih menduduki peperiksaan !!.. hukhuk 

Apa-apapun, Semoga semuanya berjalan lancar ...

Doa dan harapan juga, Putera Salang Ur mendapat respon yang positif daripada khalayak yang menontonnya. 


Sekian. 

Pengarah Produksi Putera Salang Ur


(Marilah Bersama Semarakkan Bangsawan)