Khamis, 4 Julai 2019

GELANGGANG TEATER (II) @KOTASENI PJ & FESTIVAL TEATER SELANGOR 2019

salam budaya;

tahun 2019 sudah melepasi setengah tahun, Suara Alam masih tiada apa yang dapat dilakukan untuk mengasah bakat-bakat muda dan generasi baru Suara Alam untuk berteater ...

kini, dengan kemunculan semula 2-Program besar iaitu; 

      1. Gelanggang Teater II @KotaSeni PJ 2019 - Dewan Sivik PJ 

      2. Festival Teater Selangor 2019 (FTS) - Auditorium JKKN WPKL 

telah membuka ruang dan peluang buat Suara Alam menyusun langkah aktiviti. dengan beberapa perbincangan dikalangan ahli, maka Suara Alam bersetuju unutk memasuki kedua-dua program dengan produksi yang berbeza demi memberi kelainan dan cabaran kepada semua.

nantikan dan saksikan nanti - produksi Suara Alam untuk 2019 dengan naskah tersendiri !

TANGGA ....

DENDAM BERDARAH (III) 

















sekian ..

-admin-


Rabu, 9 Januari 2019

Salam Tahun Baru 2019

Salam Budaya ...,

Tahun 2019 baru sahaja membuka tirainya, Suara Alam masih dalam perancangan utk melaksanakan aktiviti...


semoga perancangan tahun 2019 ini, dapat dilaksanakan dgn kerjasama rakan2 NGO dan Majlis Teater Negeri Selangor (#MTS)

Suara Alam merancang utk beberapa aktiviti seni, antaraya..

1 - Festival Teater Negeri Selangor, JKKNS 
2 - Gelanggang Teater Kotaseni PJ, MBPJ
3 - Bangsawan Kanak-Kanak ( bersama KSSK )4 - *Teater Show - Kotaseni Shah Alam

Semoga apa yg dirancang akan terlaksana.., aamiin !

Salam Budaya, Bersama Semarakkan Seni Budaya Negara


-admin- 

*9.1.2019* 

Jumaat, 30 November 2018

MINGGU TEATER SELANGOR-KU 2018

salam budaya ; 

marilah bersama-sama kami utk menjayakan program Minggu Teater SelangorKU yg julung kali dianjurkan oleh PADAT dgn kerjasama MKNS..

sebanyak 5-Kumpulan telah dijemput khas untuk mementaskan naskah masing-masing untuk tatapan umum di sekitar Shah Alam dan Lembah Klang ini.. Kumpulan ini dijemput atas kapasiti pengasas mereka adalah orang2 yg aktif dan berjasa didalam kegiatan pementasan teater di Selangor ini. mereka adalah sdra Shukor Yon (SUARA ALAM), sdra Kamarul AR (HIDAYAH), sdra Diani Kasian @Bung Kancil (KELAB TEATER RIMBA, UKM), sdra Kushairy Mahayudin (CERITERA) dan dijemput khas Grop Teater Sekenet ...

pementasan akan bermula pada 3hb Disember sehingga 6hb Disember dan di sambung pula dengan Pertandingan Mono-Teater dgn penyertaan terhad sebanyak 20-Kumpulan sahaja.

SUARA ALAM dgn kolaborasi bersama BATEK (Badan Teater, Kesenian & Warisan, M'sia) akan membawa naskah 'Si Bongkok Tanjung Puteri' utk tontonan khalayak. Sebuah kisah/ naskah yg tidak asing lagi buat penggiat2 teater. Jumpa kami nanti pada 3hb Disember ini sebagai pembuka tirai Minggu Teater SelangorKu ini ...





Dan pada hari seterusnya, persembahan adalah seperti berikut : 



semua persembahan bermula jam 830 malam kecuali persembahan mono-teater HIDUP oleh Grop Teater Sekenet pada 5hb Dis. yg akan bermula jam 3.00pm dengan naskah mono-teater mereka iaitu ; 
1-  Mabuk 
2-  Duri-Duri Hati : Kisah Malim 
3 - Duo : Mati 



Kami mengucapkan selamat menonton dan semoga terhibur ... 

... bersama kita semarakkan seni budaya negara dan peradaban nusantara. 


sekian. 

-admin- 


#SiBongkokTanjungPuteri
#SuaraAlam

#BATEK
#MTS
#mingguteaterselangorKU

Ahad, 4 November 2018

Akan Datang... DISEMBER Nanti

Akan Datang ....

setelah lama menyepi, olahan dan arahan Sdra #SyukorYon 
...
dibawah produksi bersama ...
SUARA ALAM 
&
BATEK, Malaysia

 

tuunnngguu..

#SiBongkokTangjungPuteri

..

Bangsawan Kanak-Kanak : OPU CHENDERA BURONG RAJA SITI

Salam Budaya, 

Nantikan 23, 24, 25hb November 2018 ini ..!!


Sekali lagi, Suara Alam diberi kepercayaan oleh Kelab Seni Seri Kenchana (KSSK) untuk sama2 menjayakan pementasan Bangsawan Lakonan Kanak-Kanak OPU CHENDERA BURONG RAJA SITI (BOCBRSi) di Dewan Sivik MBPJ. Kali ini, bersama2 dgn Kump. TITIS dgn sokongan Majlis Teater Negeri Selangor (MTS)


          * #poster #BangsawanOpuCendheraBurongRajaSiti 

marilah datang memenuhi auditorium dewan sivik untuk memberi sokongan kpd anak2 ini daripada Rumah Kasih Harmoni ( #RKH ) Paya Jaras dan pelajar2 drp Sek. Keb. Puchong Utama (2). 


   * sesi latihan... BOCBRSi

semoga pementasan #BOCBRSi nanti akan mendapat sambutan yg baik dan diterima khalayak. 

sekian. 

bersama kita semarakkan seni budaya negara !

-admin-