Jumaat, 30 November 2018

MINGGU TEATER SELANGOR-KU 2018

salam budaya ; 

marilah bersama-sama kami utk menjayakan program Minggu Teater SelangorKU yg julung kali dianjurkan oleh PADAT dgn kerjasama MKNS..

sebanyak 5-Kumpulan telah dijemput khas untuk mementaskan naskah masing-masing untuk tatapan umum di sekitar Shah Alam dan Lembah Klang ini.. Kumpulan ini dijemput atas kapasiti pengasas mereka adalah orang2 yg aktif dan berjasa didalam kegiatan pementasan teater di Selangor ini. mereka adalah sdra Shukor Yon (SUARA ALAM), sdra Kamarul AR (HIDAYAH), sdra Diani Kasian @Bung Kancil (KELAB TEATER RIMBA, UKM), sdra Kushairy Mahayudin (CERITERA) dan dijemput khas Grop Teater Sekenet ...

pementasan akan bermula pada 3hb Disember sehingga 6hb Disember dan di sambung pula dengan Pertandingan Mono-Teater dgn penyertaan terhad sebanyak 20-Kumpulan sahaja.

SUARA ALAM dgn kolaborasi bersama BATEK (Badan Teater, Kesenian & Warisan, M'sia) akan membawa naskah 'Si Bongkok Tanjung Puteri' utk tontonan khalayak. Sebuah kisah/ naskah yg tidak asing lagi buat penggiat2 teater. Jumpa kami nanti pada 3hb Disember ini sebagai pembuka tirai Minggu Teater SelangorKu ini ...





Dan pada hari seterusnya, persembahan adalah seperti berikut : 



semua persembahan bermula jam 830 malam kecuali persembahan mono-teater HIDUP oleh Grop Teater Sekenet pada 5hb Dis. yg akan bermula jam 3.00pm dengan naskah mono-teater mereka iaitu ; 
1-  Mabuk 
2-  Duri-Duri Hati : Kisah Malim 
3 - Duo : Mati 



Kami mengucapkan selamat menonton dan semoga terhibur ... 

... bersama kita semarakkan seni budaya negara dan peradaban nusantara. 


sekian. 

-admin


#SiBongkokTanjungPuteri
#SuaraAlam

#BATEK
#MTS
#mingguteaterselangorKU

Tiada ulasan:

Catat Ulasan