Rabu, 29 Oktober 2014

Festival Teater Kebangsaan 2014 - Siapakah Bakal Juara ..!!?

Tahun 2014 telah hampir ke penghujungnya, seolah-olah menunjukkan musim Festival Teater juga seakan hampir ke penghujung acara kemuncaknya juga ...
Ini terbukit dengan perlakasanaan anjuran Festival Teater Kebangsaan (FTM) 2014 oleh JKKN yang akan menampilkan enam(6) naskah teater dari enam(6) negeri yang telah berjaya ke peringkat akhir setelah  melepasi peringkat penilaian yang diadakan pada Januari hingga Mei lepas di negeri masing-masing. Daripada 14 Negeri yang bertanding, hanya 6 negeri yang terpilih ke peringkat akhir FTM 2014 yang akan berlangsung di Auditorim DBKL. 
Mewakili negeri Selangor, Kelab Teater Rimba, Universiti Kebangsaan Malaysia akan mempertaruhkan naskah ‘Alahai Menantu’ karya Razali Taib dan arahan Nuex Rosli. Teater ini akan dipersembahkan pada 26 Oktober (Ahad)
Naskah ‘Penjuru Empat Karma’ arahan dan karya Mohd Firdaus Kamaruddin akan dipentaskan oleh Persatuan Penggerak Seni Budaya mewakili Kuala Lumpur. ‘Penjuru Empat Karma’ berkisar tentang sepasang suami isteri terpaksa menanggung penderitaan kerana kehilangan orang yang disayangi atas kelalaian dan kecuaian orang lain. Teater ini akan dipentaskan pada 27 Oktober.
Sementara kumpulan Teater Remaja Harapan yang mewakili negeri Kedah akan membawakan Teater 'Transit Warga Tanah' karya Abu Afif dan arahan Abu Hurairah Roslan. Bakal dipentaskan pada 28 Oktober, teater ini mengisahkan empat jenis manusia yang berbeza latar hidupnya - Orang tua, Orang Kaya, Petani dan Dewasa, telah dibangkitkan dengan berwajahkan lumpur tanah.
Grup Teater Lab, Universiti Malaysia Sabah yang mewakili Negeri Sabah akan mempertaruhkan naskah ‘Vito Il Mafioso’ karya Khairul Amin dan arahan bakat muda dunia pengarahan Tasia Alina Ismail. Vito Il Mafioso yag bakal dipentaskan pada 29 Oktober, mengisahkan tentang ketidakupayaan seorang lelaki bernama Vito telah disaksikan masa lalu oleh dirinya sendiri, dia mula mencipta garis hidup masa depannya dengan pelbagai komplot yang dihalusinya dengan dendam.
Manakalaka Persatuan Seni Persembahan Sifar mewakili Negeri Sarawak akan mementaskan Teater 'Penggali Intan' karya Kirdjomulyo dan arahan Abdilah Untong. Teater ini mengisahkan Suatu pagi ketika menggali, Hassan menemui sebutir intan yang sangat bernilai. Saili gembira dan berharap Hassan bersetuju untuk pulang ke kampong setelah menemui intan tersebut. Tetapi ternyata keuntungan sebesar itu tidak membuat Hassan puas. Dia masih ingin mendapatkan intan yang lebih banyak. Teater ini akan dipentaskan pada 30 Oktober
Mewakili Pantai Timur, Kumpulan Anak Seni Pendidikan Kelantan (ASPEK) akan mementaskan teater ‘Iyakah Tok Janggut’ karya dan arahan Zack Zaideen. ‘Iyakah Tok Janggut?’  Persoalan yang merungkai kembali apakah benar yang didakwa pejuang yang gugur di dalam perang menentang Inggeris di Pasir Puteh itu adalah jasad Tok Janggut atau sebaliknya. Teater ini akan dipentaskan pada 31 Oktober.
Hadiah berupa wang tunai dan trofi menjadi rebutan. Juara akan menerima RM10,000, naib juara RM8000, ketiga RM6000, pengarah terbaik RM2000 dan pelakon lelaki dan wanita terbaik masing RM2000. Majlis pengumuman pemenang dan penyampaian hadiah akan diadakan pada 1 November 2014.
Menyorot kembali sejarah penganjuran Festival Teater Malaysia, festival ini telahpun mewarnai dunia seni sekitar tahun 70an hinggalah 1980an pada ketika itu dikenali sebagai Pesta Tarian dan Drama. Pada tahun 1990, Pesta Tarian dan Drama telah dijenamakan semula sebagai Pekan Teater dengan format dan pendekatan baru yang hanya memfokuskan kepada genre teater sahaja. Namum demikian, sejajar dengan peredaran masa dan perubahan citrarasa khalayak teater moden, program ini telah disemarakkan lagi dengan jenama baru iaitu Festival Teater Malaysia sejak tahun 2002 hinggalah ke hari ini.
Hasrat JKKN dalam usaha mengangkat bakat generasi baru dalam lakonan, pengarahan dan produksi dapat dilihat dari kesungguhan kumpulan yang akan bertanding pada kali ini dalam menunjukkan bakat dan kreativiti semasa pementasan ini termasuklah dari aspek lakonan, pengarahan, pengurusan, pembikinan set, props, kostum, tatarias dan sebagainya.
Festival Teater Malaysia dilaksanakan secara dwi tahunan oleh JKKN yang memberi ruang pertandingan teater di peringkat negeri bagi memilih kumpulan yang layak ke peringkat penilaian dan seterusnya ke peringkat Kebangsaan. Sebanyak 68 buah kumpulan teater yang telah bertanding dari seluruh negara dan hanya 6 buah negeri sahaja yang layak ke peringkat kebangsaan.
Penganjuran Festival Teater Malaysia kali ini akan diadakan selama 7 hari bermula 26 Oktober hingga 1 November 2014 bermula jam 8.30 malam bertempat di Audotorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
Sebarang maklumat lanjut, orang ramai penggiat dan peminat teater boleh menghubungi urusetia FTM 2014 di talian 03-26148200 atau melalui media sosial facebook mysenibudaya dan www.jkkn.gov.my 
# selamat berjaya kpd semua peserta ..!! :) 


** Suara Alam sendiri telah mula merencana utk Festival Teater Selangor 2015 nanti... kita tunggu produksi nya nanti....

Rabu, 1 Januari 2014

Selamat Tahun Baru 2014 : halatuju teater kita ?

Assalam.., & Salam Budaya ... !!

Kepada semua ahli Suara Alam & peminat teater tanahair, Hari ini 1hb JANUARI 2014 ... adalah permulaan langkah untuk tahun 2014 yng pastinya penuh dengan cabaran-cabaran untuk kita meneruskan jejak-jejak seni yang kita 'minati' ini...

Adakah kita mampu dan dapat meneruskan pengisian teater kita dengan lebih baik dan bermakna !!! Semuanya adalah terpulang kepada usaha dan objektif kita !!

Tahun yang pastinya mencabar dengan kenaikan barang-barang keperluan dan sebagainya. Adakah kita mampu untuk memertabatkan teater kita ke persada yang lebih baik. 

Apa-apa pun, Admin mengucapkan Selamat Berteater untuk Tahun 2014 

*Suara Alam*

Sabtu, 9 November 2013

KEPUTUSAN FESTIVAL TEATER KUALA LUMPUR 2013

Salam Budaya ...... 

Berikut adalah keputusan bagi Festival Teater KL 2013 untuk tatapan peminat Teater. *Maaf kerna agak lambat memberi info ini. 

KUMPULAN HARAPAN :
Babak Terakhir
* Kumpulan Pertubuhan Seni Peran Opera Kuala Lumpur Dan Selangor (PERAN)

ANUGERAH KHAS JURI (Kelancaran Persembahan & Rekabentuk Produksi) :
Ayah 
* Kumpulan Gemawan Production

KETIGA:
Dunia Ana Yang Punya
* Kumpulan Titian Ilham Seni ( TITIS)

KEDUA:
Donut Terbang ke Bumi
* Kumpulan Creept Production
 
JUARA:
Penjuru Empat Karma
* Persatuan Penggerak Seni Budaya Kuala Lumpur


KATEGORI TEATER MODEN : 

ANUGERAH PELAKON WANITA HARAPAN
Calon- calon :
Watak Wati     - Merdeka Terakhir            Persatuan Teater Anak Seni Warisan 
Watak Azura - Penjuru Empat Karma   Persatuan Penggerak Seni Budaya KL

ANUGERAH PELAKON LELAKI HARAPAN
Calon-calon :
Watak Adam – Babak Terakhir             Pertubuhan Seni Peran Opera Kuala Lumpur 
                                                                 dan Selangor   
Watak Hisham –Penjuru Empat Karma   Persatuan Penggerak Seni Budaya KL
Watak Muthu – Dunia  Ana Yang Punya Titian Teater Ilham Seni (TITIS) 

ANUGERAH PELAKON PEMBANTU WANITA TERBAIK
Calon-calon :
Watak Yam - Merdeka Terakhir                   Persatuan Teater Anak Seni Warisan 
Watak Minah - Dunia Ana yang punya    Titian Teater Ilham Seni (TITIS)
Watak Dr Raihanah - Penjuru Empat Karma Persatuan Penggerak Seni Budaya KL  

ANUGERAH PELAKON PEMBANTU LELAKI TERBAIK
Calon-calon :
Watak Badi - Tingginya menyapu awan             Kelab Teater TNB
Watak Pengarah Hospital                                Persatuan Penggerak Seni Budaya KL
                     - Penjuru Empat Karma
Watak Tan sri Mukriz - Babak Terakhir               Pertubuhan Seni Peran Opera

ANUGERAH PELAKON WANITA TERBAIK
Calon-calon :
Watak Delima - Donut terbang ke bumi            Creept Production
Watak Donut - Donut terbang ke bumi                  Creept Production  

ANUGERAH PELAKON LELAKI TERBAIK
Calon-calon :
Watak Pak Malik - Merdeka Terakhir      Persatuan Teater Anak Seni Warisan  
Watak Ayah – Ayah                                    Gemawan Production
Watak Azlan - Rumah Kita                      The Qum Actor 

ANUGERAH SINOGRAFI TERBAIK
Calon-calon :
Penjuru Empat Karma
Ayah
Dunia Ana Yang Punya
Donut Terbang Ke Bumi 

ANUGERAH PENGARAH TERBAIK
Calon-calon :
Penjuru Empat Karma
Dunia  Ana Yang Punya
Ayah
Donut Terbang Ke Bumi 


KATEGORI MONODRAMA 

Anugerah khas juri diwujudkan kerana juri berpendapat bahawa skrip ini mempunyai nilai-nilai dalam mengangkat sebuah pementasan monodrama.
Anugerah Khas Juri (skrip):
Monodrama Pondok Nyai Temah          The Qum Actor

Anugerah khas ini diwujudkan kerana persembahan ini menepati konsep monodrama dari segi artistik.
Anugerah Khas : Ratu Dharai  
 
Anugerah monodrama terbaik diberikan kepada kumpulan ini kerana mempamerkan persembahan dan lakonan yang hampir menepati konsep Monodrama.

Anugerah Monodrama Terbaik :   Iyakah Fatimah       Kelab Teater TNB
Pelakon Terbaik    : Monodrama Iyakah Fatimah        Kelab Teater TNB 
Pengarah Terbaik : Monodrama Iyakah Fatimah         Kelab Teater TNB

---------------------------------------------------------------------------------------------------------- 
Sekian, Salam Budaya & Selamat Berteater ........

-admin SA-

Ahad, 22 September 2013

Salam Kemerdekaan & Salam Hari MALAYSIA ...

Salam Budaya untuk Semua,

Di kesempatan ini, sempena 31hb Ogos dan 16hb September - Pihak Suara Alam ingin mengucapkan Selamat Hari Kemerdekaan buat Negara yg ke 56 dengan slogan " MALAYSIA KU BERDAULAT : Tanah Tumpahnya Darah Ku " 

dan 

Juga selamat menyambut Hari Malaysia yg ke 50 untuk semua warga negara Malaysia. Semoga nikmat kemerdekaan ini di hargai dengan sepenuhnya dengan jiwa yg MERDEKA. 

serta ... 

turut meraikan Hari Angkatan Tentera pd bulan September ini. Selamat Maju jaya Malaysia...!!


Yg Benar ;
~ Admin Blog : Suara Alam ~

Isnin, 15 Julai 2013

Fadhilat Solat DHUHA

Salam Budaya utk semua ....Bulan ini adalah bulan ramadhan, bulan kita berpuasa...maka, kebanyakkan drp aktivis teater mengurangkan aktiviti. 
Justru itu, saya paparkan sedikit ilmu utk tatapan/bacaan kita bersama ... !

KELEBIHAN SOLAT DHUHA 
Berkata Abu Murrah Ath-Tha’ifi r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. telah bersabda : Allah telah berfirman:
“Wahai anak Adam! Bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi, niscaya Aku akan mencukupimu di akhirnya.” (Riwayat Ahmad)
Hadis Qudsi ini menganjurkan kita mengerjakan Solat Dhuha yang mana antara faedahnya, Allah Ta’ala memberi jaminan akan melaksanakan segala keperluan-keperluan keduniaan manusia setiap hari.
Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah SAW sendiri ialah solat sunat Dhuha. Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaannya, antaranya dalam riwayat Abu Hurairah katanya:
“Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat solat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan” (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Dalam riwayat yang lain Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :
“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .” (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan."
Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.” (Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)
Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas”(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)
Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai se-penggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita’khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik.
Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam. Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah bermaksud : ”Adalah Nabi SAW bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehedakinya.” (Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)
Dalam sebuah hadis yang lain Nabi SAW bersabda bermaksud : ” Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,” (Riwayat At-Thabarani ).

sekian ... Selamat Bepuasa utk Semua...& Salam Ramadhan !! 
:)



** info drp.: www.islam2u.net **