Khamis, 9 Mac 2017

CERITA DARI TEMAN - "Alzeimer"

ADMIN ingin berkongsi satu artikel yang dicoretkan ini, sebab ianya amat praktikal dan sangat2 dekat dgn kita dan keluarga tersayang.

BACA SAMPAI HABIS




Apa itu Alzeimer


"CERITA DARI TEMAN"

Aku dah berusia ,di usia seperti aku ini, pasti banyak menanggung sakit/penyakit, tapi yang paling merisaukan aku adalah terkena penyakit Alzeimer (kehilangan ingatan)

Bukan saja tidak boleh menguruskan diri, tetapi menyusahkan anak2 dan sanak keluarga. 
Suatu hari, anakku pulang kerumah, memberitahu aku bahwa kwn dia seorang doktor, mengajarkan satu cara gerakan SENAMAN LIDAH, bukan sekadar boleh mencegah Alzeimer, tetapi juga boleh menurunkan:

o Berat badan
o hypertensi
o penyumbatan pembuluh barah otak
o asthma
o rabun jauh
o telinga berdengung
o infeksi tengorok
o infeksi bahu
o insomia (susah tidur)
o dan lain2

Gerakannya sangat mudah.

Setiap pagi selepas membasuh muka, 
1. JULURKAN LIDAH dan MENARIK KEMBALI sebanyak 10X,
Seterusnya 
2. JULURKAN LIDAH
lalu digerakan ke kanan dan kiri sebanyak 10X, 

Sejak itu aku melakukan senaman lidah ini setiap hari berterusan utk melihat hasilnya.

Hasil dari Rawatan gerakan Senaman Lidah ini telah menghasilkan :

o Otak menjadi lebih pintar dan cergas
o rabun jauh semakin kurang
o kepala tidak pening lagi
o masalah penghadaman semakin baik
o Mudah penat dan lain2 penyakit yang selama ini yg ku hidapi semakin berkurangan
o badan menjadi lebih cergas


catatan redaksi :

Senaman LIDAH mencegah penyakit Alzeimer ada asasnya. 

Dari kajian Ilmu Kedoktoran, saraf lidah ini ada hubung kait dengan Otak Besar.
Apabila badan kita menjadi tua dan lemah, tanda2 yg muncul terlebih dahulu adalah lidah menjadi kaku dan kadang2 lidah suka tergigit sendiri.

Oleh itu amalkanlah menggerakkan lidah dengan Senaman Lidah ini akan menstimulasikan
(memberi kejutan positive) Otak Besar kita, mencegah Otak kita mengecil, dan mencapai tujuan utk menyihatkan tubuh kita.

Semoga semua teman2 istiqomah dengan amalan yg mudah utk kita melakukannya setiap hari.

Senaman Lidah  ketepatan hasilnya 95% - 100%

Alangkah bahagianya kita dapat berkongsi dgn ramai kenalan kita.

"Mungkin Ada Yg Memerlukannya"




SEMOGA BERMANFAAT
(Sumber dr biro Sukarelawan Hospital Ampang)



Sebab itulah bg ahli Aura Metafizik kita disarankan dan digalakkan memperbanyakkn membaca AlQuran dgn makhraj dan tajwid yg betul
kerana lidah kita akn bergerak dan meghidupkn saraf2 halus yg berhubung dgn otak besar. 
Muga bermanfaat bg semua.

InshaaAllah
Wallahualam
سبحان الله... 

Jumaat, 3 Mac 2017

MAKNA " BANGSAWAN "


* Makna BANGSAWAN *
    (Budiman)

Bangsawan iatu adalah seorang yg memikirkan tentang bangsanya.

Antara Bangsawan yg ada:

1. Bangsawan pelakon opera/teater.
2. Bangsawan usul -bangsawan yg diwarisi
3. Bangsawan (sifat, fikiran, kelakuan, perangai, tabiat)

Kita bahas tentang "Bangsawan no.3"

Apabila kita bicarakan ttg bangsawan biasanya kita akan mabuk dgn bahasa iaitu melihat pada satu persepsi.

Pada asal pastinya bangsawan itu juga dtg dari org biasa namun kenapa seorang bangsawan itu di angkat duduk ditempat bangsawan?

Apabila dia mula memikirkan ttg bangsanya,

Bagaimana nasib bangsanya
Bagaimana tamadun bangsanya
Bagaimana perilaku bangsanya
Bagaimana kehidupan bangsanya
Bagaimana cara pakai bangsanya

Dan pelbagai persoalan ttg bangsanya, beliau sgt menitik berat bangsanya demi memastikan asas kehidupan akan diperoleh bersama.

Sifatnya juga seorg yg terpuji, disegani, punya tabiat yg baik, sering lontarkan idea2 bagus utk memperbaiki kehidupan, kelakuan yg dilihat baik utk dijadikan contoh dlm masyarakat. Lantas mereka di angkat sebagai org kenamaan dlm sesebuah kerajaan atau tamadun.

Darjat di angkat utk di gelar BANGSAWAN.




Artikel Tulisan :

_KhutubKhanah_  *ARMADA MALAIU MALAYSIA*


Rabu, 22 Februari 2017

" LAKSAMANA BENTAN " - Teater Usahasama Pertama SUARA ALAM

Salam Budaya ...


Menjadi SEJARAH dan satu HARAPAN yg tinggi untuk Suara Alam pada tahun ini kerana akan berkerjasama dgn Persatuan Kebajikan Zuriat Keturunan Pusaka Bentan Malaysia untuk mementaskan Teater Bangsawan "LAKSAMANA BENTAN" di Auditorium Tunku A Rahman, MaTIC - Jalan Ampang, KL

Tarikh telah dipersetujui, iaitu pada 25 & 26hb MAC 2017 dgn kerjasama MaTIC dan JKKN Selangor memandangkan pementasan kali ini dibawa khas daripada produksi negara Indonesia iaitu Batam BISA Production yg aktif membuat persembahan di provinsi kepulauan Riau/Batam. 



Cadangan projek pementasan teater ini adalah merupakan projek pembukaan kedua-dua pihak untuk tahun  2017. Projek ini adalah bertujuan untuk menunaikan tanggungjawab sosial ke arah memartabatkan unsur kesenian khususnya teater selari dengan inspirasi kerajaan dalam usaha menyemarakkan dan meningkatkan nilai kesenian dan budaya dalam masyarakat.

Objektif Pementasan ;

Untuk menjalinkan perhubungan Melayu serumpun dikalangan Malaysia-Indonesia

Mengangkat kembali kisah sejarah Laksamana Bentan agar generasi yang akan datang dapat mengetahui sejarah tersebut. 

Menyalurkan mesej tentang nilai-nilai murni seperti keagamaan, kemanusiaan memartabatkan adat dan budaya, tanggungjawab hidup bermasyarakat, nilai-nilai sosio budaya dan sebagainya kepada khalayak. 


KINI, permulaan dan proses gerak kerja pementasan teater bangsawan ‘Laksamana Bentan’(Megat Sri Rama) ini telah dan sedang bermula. Justru, Kami memerlukan sokongan dan dorongan daripada semua pihak agar pementasan ini dapat di realisasikan.

Justeru, penglibatan daripada semua pihak amatlah dialu-alukan dan diperlukan.


BERSAMA SEMARAKKAN SENI BUDAYA NEGARA

Rabu, 11 Januari 2017

2017 : TEATER Di MALAYSIA Lebih Mencabar

Salam Budaya ... dan Salam Tahun Baru


2017 telah pun menyusul dgn membawa seribu satu harapan kepada semua penggiat-penggiat TEATER di Malaysia am-nya dan Selangor khusus-nya !

Terdapat pelbagai cabaran yg perlu ditempuhi dalam mengusahakan sesebuah pementasan. Antara CABARAN yg Admin rasa akan sentiasa dihadapi oleh para penggiat teater ini adalah ;

1. NASKAH utk pementasan - naskah yg bagaimana mahu di tonjolkan !
2. LOKASI utk persembahan - di manakah lokasi yg terbaik !
3. LOKASI utk sesi latihan - di manakah lokasi yg sesuai dgn aktivis dan mampu
4. DANA utk pementasan - pasti antara yg kritikal ! siapakah yg sudi bantu ?? :)

bagi pihak Suara Alam sendiri, perancangan antara ahli-ahli sangatlah penting dalam merealisasikan projek pementasan bagi tahun 2017 ini. Antara yg di rancangkan adalah ;

1. Bangsawan 'Hanuman Sitara' 
2. Bangsawan 'Laksamana Bentan' - kerjasama dgn JKKN/Pusaka.Bentan.M'sia
3. Teater 'Kalut' - kerjasama dgn BATEK / MTS dll 
4. Teater ' ? ' - FTS2017 

apa-apa pun, ini hanyalah perancangan kami. semoga ada kekuatan dan kerjasama antara ahli utk sama-sama menjayakan ! :)

walau bagaimanapun, Admin doakan semangat dan usaha drpada para aktivis di Selangor khususnya, dan Malaysia amnya akan tetap membara untuk mengilhamkan sebuah pementasan.

semoga berjaya utk semua ...!! 

salam budaya. 

Bersama Semarakkan Seni Budaya Negara !! 



*admin : 10.01.17  |  shah alam 


Selasa, 29 November 2016

Festival Teater Malaysia 2016

KEPUTUSAN FTM - 2016 


Tirai festival telah dilabuhkan pada malam 26hb November yg lalu di Auditorium Taman Budaya, Alor Setar - KEDAH setelah 6 malam berturut-turut menyaksikan para kumpulan yg terpilih daripada yang terbaik seluruh negeri.

Mereka adalah ; 

PERLIS -    Persatuan Teater Opera Mimpi 
SELANGOR -     Persatuan Seni Ceritera 
P.PINANG -    Gabungan Seni Warisan Anak Pinang 
NEGERI SEMBILAN -    Penggiat Seni Teater Negeri Sembilan 
SABAH -    Stage Production UMP 
SARAWAK -    Persatuan Seni Persembahan Sifar, Kuching


Akhirnya keputusan telah diputuskan oleh pihak Juri FTM2016 yg terdiri daripada Dato' Jalaludin Hassan, Dr Marlenny Deenerwan dan Tn Hj Nan.. 

Berikut adalah keputusan penuh FTM 2016 kali ini ; 


JOHAN
Penggiat Seni Teater Negeri Sembilan - naskah 'TERGANTUNG' 

NAIB JOHAN
Persatuan Seni Ceritera Selangor - naskah 'JALAN MATI'  

KETIGA
Gabungan Seni Warisan Anak Pinang - naskah "THE MAIDS'

PENGARAH TERBAIK
En Khusairy Mahayudin - Pers. Seni Ceritera, Selangor 

ANUGERAH KHAS JURI
naskah 'KA SORGA' - dari Persatuan Teater Opera Mimpi, Perlis 

PELAKON LELAKI TERBAIK 
Penggiat Seni Teater Negeri Sembilan

PELAKON WANITA TERBAIK 
Stage Production UMP, Sabah 

PELAKON PEMBANTU LELAKI 
Stage Production UMP, Sabah

PELAKON PEMBANTU WANITA
Gabungan Seni Warisan Anak Pinang, P.Pinang    

PELAKON HARAPAN LELAKI 
Persatuan Seni Ceritera, Selangor 

PELAKON HARAPAN WANITA 
Stage Production UMP, Sabah 


Ucapan tahniah kepada semua Pemenang.... Sekian. 

Semoga Teater Malaysia terus sukses !!