Selasa, 15 Januari 2013

Sessi Penilaian Program Semarak Bangsawan 2013

Salam Budaya & Salam 1Malaysia

Pada 26hb ~ 27hb Disember 2012 yang lalu, pihak JKKN, KPKK buat julung kalinya telah mengadakan sessi penilaian bagi penganjuran program anjuran JKKN untuk tahun hadapan iaitu Program Semarak Bangsawan 2013

Program ini semakin mendapat perhatian daripada pelbagai persatuan kebudayaan/teater samada persatuan di lembah kelang itu sendiri tetapi juga daripada seluruh negeri di semenanjung ! Mereka cuba memohon peruntukan dana yang telah disediakan oleh pihak JKKN dalam menyemarakkan seni pementasan bangsawan di Kuala Lumpur. 

Dimaklumkan bahwa terdapat 32 permohonan telah diterima oleh JKKN untuk dinilai dan hanya 6 Kumpulan terpilih sahaja diberi peluang mengisi slot Semarak Bangsawan ini selain daripada 3 slot yang akan di isi oleh pihak JKKN sendiri, pihak DBKL dan ASWARA.

Selangor telah menghantar 5 wakil untuk mencuba nasib iaitu ;
           1 - Majlis Teater Negeri Selangor (MTS)    -  Keris Pusaka Selendang Mahkota 
           2 - Anak Seni Wawasan (ASWA)  -  Rangkas Putra
           3 - Titian Teater Seni, PJ (TITIS)  -  Laila Majnun 
           4 - Alumni Kelab Teater Rimba UKM  -  Panglima Awang 
                 dan
           5 - Suara Alam -  Putera Salang Ur 

Untuk program ini, Suara Alam telah mencuba buat kali ke-4 dengan naskah 'PUTERA Si LANGAU' daripada ilham idea En. Mohd Rosli Abd Wahab selaku presiden persatuan dan olahan skrip daripada Puan Aida (UPM). 

Semoga Suara Alam berjaya kali ini. 

Sekian, Salam Budaya !

'Bersama Semarakkan Bangsawan' 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan