Jumaat, 6 November 2015

Abang lawan Adik !!?? : Festival Teater Negeri Selangor 2015

Salam Budaya, Salam Teater...
dan
Salam Sehati & Sejiwa ....

Pada hari ini 6hb NOV. bermulalah perjuangan penggiat-penggiat teater bagi negeri selangor untuk FTN 2015 kali ini. Debaran kepada 10 Persatuan yg menyertainya pastinya memuncak dengan perlbagai persediaan yg perlu di lengkapkan... samada dari segi lakonan, props, set dan sebagainya ..!

Jika di teliti kpd 10 naskah yg dipertandingkan, tentunya masing2 mempunyai kekuatan tersendiri..



TETAPI, sesuatu yg menarik kali ini pastinya pertembungan di antara 2-Kumpulan teater yang tentunya amat di kenali di Negeri Selangor, di mana kedua-duanya di bawah Penasihat yang sama iaitu sdra. Shukor Yon; seorang aktivis teater yang aktif di tahun 90an..dan juga merupakan Mantan YDP Majlis Teater Negeri Selangor. 

2-Kumpulan tersebut, tentunya si-Abang (SUARA ALAM) dengan naskah "KEMBALINYA... MAK SOM" dan si-Adik (BATEK, SEL.) dengan naskah "NERACA". Masing-masing akan mementaskan naskah pada 7hb Nov. ini dan 12hb Nov. untuk tatapan Juri yg telah di lantik. 

vs.

MAKA, pertembungan ini pastinya menarik bagi kedua-dua Team Produksi untuk membuktikan siapakah antara Abang dan Adik ini yg 'lebih' baik pementasannya serta menarik minat JURI...

Bagi proses penilaian ini, Pihak JKKN telah melantik 3 Panel Juri yg tentunya berkaliber iaitu ;

         1. Sdra. Lokman Ghani, - Istana Budaya
         2. Sdra. Wahab Hamzah, - DBP 
         3. Sdra. Mior Hashim Manap, - Aktivis Teater

Semoga semua kumpulan yg bertanding dapat menghasilkan pementasan TERBAIK mereka dan seterusnya menjulang PIALA kemenangan dan layak mewakili negeri selangor ke penilaian kebangsaan FTK2016 nanti. 

Di Doakan siri pementasan teater selepas ini di Negeri Sleangor akan kembali meriah selepas berakhirnya FTN 2015 ini.

Sekian, Salam Budaya !!

-admin-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan