Ahad, 22 November 2015

Festival Teater Selangor 2015 : Siapakah Pemenang ??

Salam Budaya !!

KUALA LUMPUR, 15 November 2015 - bertempat di Dewan Tunku Abdul Rahman, Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC), Jln Ampang KL telah menyaksikan kemeriahan Festival Teater Negeri Selangor (FTS2015) telah berakhir dengan suasana yang sangat meriah dan ceria. Sebanyak 10 kumpulan yg bertanding telah berjaya mementaskan naskah masing-masing dengan jayanya.

FTS2015 berlangsung dari 6 hingga 15 November 2015 ini anjuran JKKN Selangor dengan kerjasama Majlis Teater Negeri Selangor (MTS), MATIC, KL dan MKN Selangor telah di barisi oleh penilai JURI yang tidak asing lagi iaitu sdra Lokman Ghani (Istana Budaya), sdra Wahab Hamzah (DBP) dan aktivis teater sdra Mior Hashim Manap untuk memuktamadkan juara bagi FTS untuk tahun 2015 ini. Pemenang bakal mewakili negeri Selangor ke Festival Teater Malaysia (FTM) 2016 nanti.

JUARA pada tahun ini, telah dinobatkan kepada kumpulan Seni CERITERA dgn naskah adaptasi sdra Roydy Anuar Eddy Sauly bertajuk 'JALAN MATI'. Teater ini di bawah pengarahan sdra Khusairy Mahayuddin. Seni Ceritera juga membawa pulang 3-kategori hadiah yg lain iaitu, Pelakon Lelaki Terbaik, Pelakon Pembantu Lelaki dan Pengarahan Terbaik. 

NAIB JUARA pula di ungguli oleh kumpulan Teater AKSES, UiTM dgn naskah karya Syawal Azrai bertajuk "BILIK AKHIR" di bawah pengarahan sdra Khyrul Oshman. Bilik Akhir juga membawa pulang hadiah kategori Pelakon Harapan Wanita dan Sinografi/Teknik Terbaik. 

Badan Teater Kesenian, Warisan Malaysia @BATEK cawangan Selangor pula menduduki tempat ke-3 dalam FTS kali ini dengan naskah karya sdra Shukor Yon bertajuk "NERACA". BATEK juga membawa pulang Pelakon Wanita Terbaik di bawah pengarahan sdri Roslizawati. 

                 ** Gambar : Team Produksi BATEK - "Neraca"

Pihak JKKN juga mengumumkan tempat ke-4 dan ke-5 terbaik iaitu jatuh kepada kumpulan Kelab Teater Rimba, UKM dgn naskah "CINTA SANG PENCURI" karya Jean Annoulin, arahan sdra Abdin Bidin. KT.Rimba turut membawa pulang hadiah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik.
MANAKALA Kelab Teater Anomalist, UiTM dgn naskah "KUBUR" karya Wiramanja, Arahan sdri Deyana Suhailah berada di tempat ke-5 dgn turut membawa pulang Pelakon Harapan Lelaki Terbaik.

Saguhati pula di sampaikan kepada baki 5 kumpulan lainnya iaitu Kelab Deklamator Malaysia (DEKMAL) dgn naskah "Syahid Dukapura", Persatuan Kebudayaan Suara Alam* dgn naskah "Kembalinya... Mak Som", Seri Suktas GIB dgn naskah "Lumba Lagi". 


Manakala, Jemaah Seni UNISEL dgn naskah "Musim Dingin di Khatulistiwa" dan yg terakhir pula, Kelab Kembara Cilik dgn naskah "Aku, Dia dan Kotak". 

                   ** Gambar : Team Produksi SUARA ALAM - "Kembalinya... Mak Som"

Pada malam itu juga, pihak JKKN dan MTS telah memberi penghargaan kepada 2 Tokoh Teater Selangor 2015 iaitu Sdra. Shukor Yon dan Sdra. Kamarul AR yang telah banyak memberi impak kepada produksi pementasan teater di Selangor. 

Penyampaian hadiah-hadiah utama telah disampaikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Keseniaan Negara, En. Mesran Mohd Yusof yang turut merasmikan sayembara teater yg dikelolakan oleh pihak Majlis Teater Negeri Selangor (MTS) di ruang terbuka MaTIC sebelum pementasan akhir malam tersebut. 

Dianggarkan hampir 300 orang telah menghadirkan diri pada malam pengumuman FTS2015 kali ini.

SEKIAN. 

-admin- SUARA ALAM 


** TAHNIAH kpd team produksi BATEK..!! :) 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan