Khamis, 18 Ogos 2016

Pengisian TEATER Kita Masakini ?

UNTUK apa kita menonton / mementaskan teater? 

Itu antara persoalan yang berlegar di fikiran kita ketika menonton sesebuah pementasan teater..... (teater? hurmmm...) 



Adakah untuk mendapat "pengajaran" atau maklumat daripada apa yg di pentaskan !! ATAU sekadar 'hiburan' dengan membariskan pelakon2 daripada artis2 popular semata-mata? :/ 

Ambil contoh*, teater "Bahayanya Wanita" arahan Bombay dari skrip Erma Fatima yg dikatakan oleh sesetengah pihak sebagai "berjaya" kerana sambutan menggalakkan. Tetapi sebagai "teater", Ia-nya sangat jauh daripada definisi yang kita fahami.

Ini kerana mementaskan teater bukan untuk bercerita tentang satu cerita. Dalam konteks ini* cerita orang poligami. Teater adalah lontaran idea-idea yang konseptual malah abstrak, bukannya cerita yang seperti drama swasta.

Selepas menonton teater ini, tentunya penonton tidak berfikir apa -apa lagi kerana ceritanya sudah habis dalam panggung lagi. Persoalannya adakah Erma menulis begini kerana khalayak penonton tidak memahami teater yang sebenar atau Erma yang tidak menguasai ilmu teater?

Sekiranya di luar negara, teater sering dijadikan sebagai wadah lontaran pandangan atau pemikiran pengarahnya bukan semata-mata memaparkan isu semasa sahaja.

Sebenarnya, TEATER merupakan satu abstrak bagi menceritakan perkara yang diluar daripada pemikiran biasa bersesuaian dengan pementasan golongan penonton-nya. Isu yang tersirat perlu ditekankan. Contohnya teater Raja Lawak arahan Zakaria Ariffin. Yang hendak dilontarkan bukanlah kisah pelawak tetapi isu politik yang lebih besar.

Contoh lainnya pula, Admin ingin kemuka skrip teater seperti Warisan Yang Hilang oleh Sdra Shukor Yon, cuba untuk mengetengahkan 'isu' warisan yang kian hilang.. Sebenarnya teater itu cuba menggambarkan 'warisan' apakah yang kian hilang? yang perlu kita fikirkan sejenak setelah selesai menonton nya. 

Berbalik pula kepada isu dalam Bahayanya Wanita? Poligami? Kalau poligami, apa isunya? Walaupun Raja Lawak cerita tersuratnya mengenai seorang pelawak tua yang sedang melalui zaman kejatuhannya akibat daripada perubahan sosial, namun teater ini sarat dengan isi tersiratnya.

Cukup kecewa apabila teater -Bahayanya Wanita yang dipentaskan Disember 2015 yg lalu hanya mampu memaparkan cerita lapuk tetapi bukan lontaran idea atau pemikiran.

Sekali imbas, teater ini salin tak tumpah filem Madu Tiga arahan P. Ramlee. Adakah Erma buat parodi Madu Tiga? Kalau iya, ini parodi yang tidak berjaya kerana Madu Tiga lebih tersirat isunya.

Sepatutnya sesebuah pementasan Teater memberikan sesuatu yang BARU lagi SEGAR kepada penonton yang sering sangat disumbatkan dengan "teater" di Kuala Lumpur ini.

Tidak keterlaluan juga jika dikatakan bahawa Teater berskala besar hanya menjadi wadah bagi mengaut UNTUNG. Sedangkan teater berskala kecil LEBIH HEBAT dalam membawa ISU serta pengembangan jalan cerita. 

JUSTRU, Admin ingin sarankan kepada pembaca - mari kita nantikan persembahan teater 'Selawat Ibu Selepas Isyak' karya Seni Bayan yg akan di pentaskn oleh Majlis Teater Neg Selangor (MTS) pada Oktober 2016 nanti di MATIC, Jln Ampang.

Apakah produksi ini mencapai definisi TEATER yg khalayak / kita semua harapkan..!!??

Kita tunggu pementasannya nanti ... :)


Artikel hanyalah pandangan Admin dan pengolahan drp artikel : www.utusan.com.my/Pengisian-teater-kita# 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan