Khamis, 6 Oktober 2016

Sketsa Teater : MAAL HIJRAH 1438, Kuala Lumpur

Salam Budaya & Salam Teater...
Dan 
Salam MAAL HIJRAH 1428...

Pada pagi khamis, 6hb Oktober 2016 bersamaan 5 Muharram 1438H - Persatuan SUARA ALAM berasa terharu atas tawaran dan peluang yang telah diberikan oleh pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di bawah seliaan Pejabat Masjid Wilayah KL untuk bersama-sama terlibat di dalam program majlis sambutan MAAL HIJRAH peringkat Wilayah Persekutuan.

Persatuan SUARA ALAM telah diberi kepercayaan untuk membuat satu persembahan KHAS ie. sketsa teater ! pada majlis tersebut dengan tema "Baik Buruk Aplikasi". 


*Gambar 1 - Sesi Latihan

Berdasarkan tema tersebut, penulis skrip Suara Alam Sdra Yusof Hamid telah mengilhamkan naskah "Pokemon Abang Sado" untuk dipentaskan. Dengan anggaran persembahan selama 25 minit dan latihan intensif di bawah pengarahan Sdra M.Rosli selama 2-minggu, Pokemon Abang Sado telah berjaya mencuri tumpuan khalayak di Dewan Muktamar, Kompleks Pusat Islam KL. 
                                *Gambar 2 - Dewan Muktamar, KPI-KL

Dengan konsep cerita komedi-santai ini, Pokemon Abang Sado membawa mesej tentang bahaya-nya permainan Pokemon-GO yang sedang viraal kini. Di samping itu juga membawa peringatan tentang adanya aplikasi-aplikasi ISLAMIK yang dapat membimbing kita untuk berHIJRAH kepada yang lebih baik spt. aplikasi e-Quran, Panduan Solat, Waktu & Kiblat, Pilihan Hadith2 yg sohih, e-Fatwa, Halal Hub dan sebagainya...

Dengan barisan pelakon spt. Dean Sitara, Azmie Daim, Azlina Idris, Maarup Mustafa dan Azizan Halid - Suara Alam berharap, mesej yg cuba di sampaikan ini diterima dan difahami khalayak penonton. 


                                         *Gambar 3 - Pokemon Abg Sado !! :)

Tidak lupa juga barisan krew bertugas - Nisa (Pengurus Pentas), Rashdi (Audio), Nohman (Penataan Cahaya) dan Eein (Tatarias) kerana turut membantu menjayakan persembahan Pokemon Abang Sado ini. Sampai kita berjumpa kembali di lain produksi.....

*Ucapan terima kasih juga kepada Pegawai Masjid Wilayah KL yg menjaga produksi kami :) iaitu Ustazah Azian & Ustazah Nik...!! 




Sekian, Salam Budaya - bersama semarakkan seni budaya negara !!

#Link video @Pokemon-Abg-Sado = **under-construction!! :)


-admin- 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan