Sabtu, 3 November 2018

GELANGGANG TEATER (I) @KOTASENI PJ 2018

Salam Budaya

25.09.2018 -
Buat jukung kalinya, sebanyak 10 kumpulan teater dari seluruh negeri telah berentap bagi merebut Piala Pusingan Menteri Besar Selangor, pada ‘Gelanggang Teater (I) @KotaSeni PJ 2018’ (GTKSPJ) bermula 25 hingga 29 September ini, di Auditorium Dewan Sivik MBPJ.

Pertandingan edisi julung kali di bawah penganjuran Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dengan kerjasama Majlis Teater Selangor (MTS) ini menyaksikan kehadiran Kumpulan Hidayah, UNTEATER, BATEK (Selangor), Panji Ria dan Suara Alam.


Turut sama Persatuan Alumni Kelab Teater Rimba, Kumpulan Inspire Production, Kumpulan TITIS, Kumpulan Lantera dan Kumpulan Artis Budaya Zaman.

Program ini memberikan impak positif terhadap hala tuju NGO Budaya (Teater khususnya) dalam berkarya terutama di Petaling Jaya yg telah diberikan tugasan sebagai #kotaseni oleh Kerajaan Negeri.

Gelanggang TEATER KotaSeni PJ 2018, TELAH diadili oleh barisan Juri yg tidak asing lagi iaitu Aktivis Teater Negara, Dato Tamimi Sariger (Ketua Juri), Fauziah Nawi dan Dr. Norzizi Zulkifli (Uitm). 

Keputusan penuh pertandingan GTKSPJ-2018 adalah... 


Johan :

Kumpulan TITIS 
"Pak Hang Vs Mak Hang" 

Naib Johan :
Kumpulan SUARA ALAM 
"Dendam Berdarah" 

Kumpulan Harapan :
Kumpulan HIDAYAH
"13:11" 

Pelakon Lelaki : TITIS 

dan 
Wanita Terbaik : HIDAYAH 

Justeru, Suara Alam mengucapkan tahniah kpd semua krew produksi dan pelakon dlm menjayakan pementasan #DENDAMBERDARAH kali ini. DAN tak lupa juga kpd rakan2 lain yg turut hadir membantu untuk menjayakan dan menghangatkan pertandingan berkenaan.








sekian, moga kita akan berjumpa lagi dalam GELANGGANG #GTKSPJ yg akan datang 2019 !! 
:)

salam budaya
-admin- 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan