Ahad, 9 Jun 2013

Festival Teater Negeri Selangor 2013

Salam Budaya !!

Untuk informasi peminat2 teater di Neg. Selangor ini, bahawasanya JKKN Neg. Selangor telah menetapkan tarikh untuk di adakan Festival Teater bagi tahun ini , 2013 adalah bermula drp 23hb ~ 30hb Jun ini.

Pertandingan kali ini di adakan di Panggung Eksperimen UPM, Serdang. Dengar khabarnya sebanyak 6 Kumpulan akan bertanding untuk merebut kerusi Johan FTS2013 kali ini. iaitu ;
   1 - SENI CERITERA  dengan naskah 'AYAH'  - 23hb Jun 
   2 - SUARA ALAM  dengan naskah 'WARISAN YG HILANG'  - 24hb Jun
   3 - HIDAYAH  dengan naskah '13:11'   - 25hb Jun 
   4 - BINTANG TITIS  dengan naskah 'TOK MOH KELAMBU KUNING'  - 26hb Jun
   5 - PENTAS UPM  dengan naskah 'VELVET'  - 27hb Jun 
   6 - TEATER RIMBA UKM   dengan naskah 'ALAHAI MENANTU'  - 28hb Jun

SUARA ALAM turut mengambil langkah drastik untuk memasukinya meskipun sedang bergelut dengan Semarak Bangsawan 'Putera Salang Ur' yang akan di pentaskan pd 14~16hb Jun ini. 

Bermakna, Suara Alam terpaksa membuat TEAM B bagi produksi ini dengan latihan yang 'padat'.... huhu. Suara Alam kali ini membawa naskah sendiri hasil tulisam/karya Tok Kedah dengan tajuk 'WARISAN YANG HILANG' ... !

Apap2pun, semoga Suara Alam berjaya mengekalkan kerusi johan keseluruhan yang telah dimenanginya pada tahun 2009 dengan naskah teater 'KALUT' !! :)

Selamat berjaya SUARA ALAM di dalam FTS2013 kali ini ...!!

Salam Teater 

**Bersama Semarakkan Seni Budaya .... 

Khamis, 30 Mei 2013

Bangsawan 'Putera Salang Ur' 2013

Salam Budaya buat semua pembaca !

Setelah mencuba selama 4 tahun, Akhirnya cadangan pementasan Bangsawan Putera Salang Ur oleh SUARA ALAM telah berjaya memikat panel pemilih yang terdiri daripada pegawai-pegawai JKKN & DBKL untuk mengisi slot program Semarak Bangsawan 2013.

Setelah menerima tawaran rasmi daripada pihak JKKN pada Jan 2013, Maka bermulalah sessi pemilihan ahli-ahli produksi untuk memastikan pementasan bangsawan ini akan mencapai 'box-office' seperti yang di harapkan... huhu

Berikut adalah kumpulan yang berjaya mengisi slot Semarak Bangsawan 2013 ;

      BULAN         KUMPULAN/NEGERI                               TAJUK BANGSAWAN
        Mac             SEKENET, P.Pinang                                          Raja Bersiong
        Apr              D'ANJUNG IBAI, Trgganu                                Pak Pandir
        Mei              TEATER ANAK KOTA, KL                            Tiga Maulana
        Jun               SUARA ALAM, Selangor                                  Putera Salang Ur
        Ogos            GROUP TEATER ARTIS KREATIF, KL      Amanat Kebayan Rimba
        Sept             ASPEK, Kelantan                                                Ratu Laut Merah
        Okt              ASWARA, KL                                                    Raja Muda Hamlet
        Nov             MEDAN TEATER ANAK SARAWAK             Panji Asmara
        Dec             KUMP. BUDAYA DBKL, KL                               ~ 

     ** untuk matlumat lanjut hari tentang persembahan sila hubungi En Shahrizal (JKKN)
      di talian 03-2614 8317 / En Nur Ibrahim 03-2614 8210 / Pn Ayu 03-2614 8262

Awal bulan Mac, pertemuan pertama bermula untuk membincangkan pasca pementasan produksi ini. Dan seterusnya mengorak langkah dengan sessi latihan sehingga kini...

Semoga perjalanan Putera Salang Ur akan berjaya mengatasi ranjau-ranjau yang mendatang...!!

**...berjumpa lagi di lain catatan...**
:)
 

Perjalanan Bangsawan Putera Salang Ur

Salam Sejahtera & Salam Budaya kepada semua ;

Setelah hampir 3 bulan produksi bangsawan 'Putera Salang Ur' yang telah berjaya mengisi slot Program Semarak Bangsawan 2013. mengatur gerak, menjalani latihan... 
kini, 
sehingga ke tarikh artikel ini di tulis, produksi BPS telah melalui pelbagai cubaan dan dugaan sepanjang tempoh itu... Kami kini sedang bersedia untuk sessi PRA TONTON bersama JKKN bagi menilai prestasi semasa pada 31hb Mei di Taman Budaya, KL

Al-maklumlah, ini adalah buah tangan pertama SUARA ALAM untuk produksi bangsawan. Maka mungkin terlalu banyak kekurangan yang perlu diperbaiki... 

Harapan dan doa semoga produksi ini akan berjaya dengan berkat sokongan kawan-kawan yang sudi membantu terutama daripada ; 
    MTS, HIDAYAH, ASWA, TITIS 
    dan 
    Individu-individu seperti ; SN Pak Rahman B (Bangsawan Bintang Timur), Rizan   
    (Teater, Perak), Keena MENTOR-3 dan Salman Al-Farisi (MRLM)

Maka, tunggulah hasilnya pementasan 'PUTERA SALANG UR' untuk tahun ini yang akan berlangsung pada 14hb hingga 16hb Jun ini, agar dapat menjadi salah satu persembahan yang terbaik ...! 
:)

sekian !

Bersama Semarakkan Seni Budaya 

Rabu, 16 Januari 2013

Sessi Penilaian Program Semarak Bangsawan 2013

Salam Budaya & Salam 1Malaysia

Pada 26hb ~ 27hb Disember 2012 yang lalu, pihak JKKN, KPKK buat julung kalinya telah mengadakan sessi penilaian bagi penganjuran program anjuran JKKN untuk tahun hadapan iaitu Program Semarak Bangsawan 2013. 

Program ini semakin mendapat perhatian daripada pelbagai persatuan kebudayaan/teater samada persatuan di lembah kelang itu sendiri tetapi juga daripada seluruh negeri di semenanjung ! Mereka cuba memohon peruntukan dana yang telah disediakan oleh pihak JKKN dalam menyemarakkan seni pementasan bangsawan di Kuala Lumpur. 

Dimaklumkan bahwa terdapat 32 permohonan telah diterima oleh JKKN untuk dinilai dan hanya 6 Kumpulan terpilih sahaja diberi peluang mengisi slot Semarak Bangsawan ini selain daripada 3 slot yang akan di isi oleh pihak JKKN sendiri, pihak DBKL dan ASWARA.

Selangor telah menghantar 5 wakil untuk mencuba nasib iaitu ;
           1 - Majlis Teater Negeri Selangor (MTS)    -  Keris Pusaka Selendang Mahkota 
           2 - Anak Seni Wawasan (ASWA)  -  Rangkas Putra
           3 - Titian Teater Seni, PJ (TITIS)  -  Laila Majnun 
           4 - Alumni Kelab Teater Rimba UKM  -  Panglima Awang 
                 dan
           5 - Suara Alam -  Putera Salang Ur 

Untuk program ini, Suara Alam telah mencuba buat kali ke-4 dengan naskah 'PUTERA Si LANGAU' daripada ilham idea En. Mohd Rosli Abd Wahab selaku presiden persatuan dan olahan skrip daripada Puan Aida (UPM). 

Semoga Suara Alam berjaya kali ini. 

Sekian, Salam Budaya !

'Bersama Semarakkan Bangsawan' 


Selasa, 1 Januari 2013

Temu Aktivis Seni Selangor 2012 (MTS)

Salam Budaya & Salam 1Malaysia,

pada Ahad yang lalu, 30hb Disember jam 12:00 tghari bertempat di Komplek Belia & Kebudayaan, Seksyen 7, Shah Alam,telah berlangsung satu acara "Temu Aktivis Seni Selangor 2012" anjuran Majlis Teater Negeri Selangor [MTS] dan JKKN,Selangor.

Pertemuan ini berlangsung sebagai tanda sessi penegenalan antara semua aktivis seni (teater) dibawah gabungan MTS dengan pengarah baru JKKN, Selangor iaitu En Ghazali Bin Bidin.

Antara kumpulan & indisvidu yang hadir adalah daripada ;
HIDAYAH, RESAM, KEMUDI, ASWA, SUARA ALAM, PENTAS(UPM), KELAB TEATER PUSAT KEBUDAYAAN UPM, TITIS, Sdri. Haryani Haron, Sdra. Ahmad Sarju, Raja Azrey dan rakan serta lain-lainnya.

Majlis dimulakan dengan nazam dendangan sdri. Milyana Arshad, ciptaan sdra. Nazri Ahmad (Hidayah). berikut antara bait-bait nazam tersebut untuk tatapan pembaca. ! :)

Allah Azwajallah Tuhan Kami,
Kami Minta Ampun akan Dosa Kami
Dengan Bismillah Hamba Mulakan Nazam Ini
Karangan Untuk Kerabat Penuh Bererti
Dalam Majlis Yang Berseri Kita Berhimpun
Tersenyum Manis Betulkan Niat Kita Berkumpul

Hai.. Saudara, Jangan Iri Hasad Dengki..
Berbaik-baik Sesama Rakan Menjaga Hati...
Sudah Berdekad bergabungnya Kita semua...
Pelbagai Ragam, Pelbagai Cara, Pelbagai Rupa...
Misi Kita, Seni harus di manusiakan...
Capai Jaya Kekal Usaha Hidup Sempurna...

Hai..Saudara Mari berarah 1 tuju..
Dakwah kita perjuangan, Tuju yang SATU...
....

Majlis juga di serikan dengan deklamasi sajak oleh sdri. Haryani Haron, sdra. Zul (UPM), Monolog dari sdra. Wan (Pentas,UPM), cikgu Azlansham (Hidayah) dan Dekon/Sketsa dari AJK MTS.

Majlis bersurai sekitar jam 4.00 petang setelah selesai penyampaian Watikah keahliaan MTS yang disampaikan oleh wakil JKKN (En. Rafie Jafranie) dan wakil MKN (En Awaludin) di iringi oleh YDP MTS sendiri iaitu sdra. Kamarul A.R.

Dengan watikah ini, diharapkan pihak JKKN, Selangor mengambil-maklum tentang kehadiran aktivis seni (teater) di Selangor ini didalam melestarikan aktiviti seni budaya khususnya didalam teater di Selangor. Semoga cita-cita Selangor untuk menjadi sebuah pusat aktiviti teater akan tercapai, lebih-lebih lagi dengan terbinannya Panggung Teater Di-Raja Selangor di Shah Alam.

Bersama Semarakkan Seni Budaya ! 

Ucapan Terima Kasih kepada semua yang hadir, Semoga Keakraban Aktivis Teater di Selangor terus Kekal dan Gemilang .... 

**Teater adalah untuk Kemanusiaan....**