Khamis, 18 Ogos 2016

Pengisian TEATER Kita Masakini ?

UNTUK apa kita menonton / mementaskan teater? 

Itu antara persoalan yang berlegar di fikiran kita ketika menonton sesebuah pementasan teater..... (teater? hurmmm...) 



Adakah untuk mendapat "pengajaran" atau maklumat daripada apa yg di pentaskan !! ATAU sekadar 'hiburan' dengan membariskan pelakon2 daripada artis2 popular semata-mata? :/ 

Ambil contoh*, teater "Bahayanya Wanita" arahan Bombay dari skrip Erma Fatima yg dikatakan oleh sesetengah pihak sebagai "berjaya" kerana sambutan menggalakkan. Tetapi sebagai "teater", Ia-nya sangat jauh daripada definisi yang kita fahami.

Ini kerana mementaskan teater bukan untuk bercerita tentang satu cerita. Dalam konteks ini* cerita orang poligami. Teater adalah lontaran idea-idea yang konseptual malah abstrak, bukannya cerita yang seperti drama swasta.

Selepas menonton teater ini, tentunya penonton tidak berfikir apa -apa lagi kerana ceritanya sudah habis dalam panggung lagi. Persoalannya adakah Erma menulis begini kerana khalayak penonton tidak memahami teater yang sebenar atau Erma yang tidak menguasai ilmu teater?

Sekiranya di luar negara, teater sering dijadikan sebagai wadah lontaran pandangan atau pemikiran pengarahnya bukan semata-mata memaparkan isu semasa sahaja.

Sebenarnya, TEATER merupakan satu abstrak bagi menceritakan perkara yang diluar daripada pemikiran biasa bersesuaian dengan pementasan golongan penonton-nya. Isu yang tersirat perlu ditekankan. Contohnya teater Raja Lawak arahan Zakaria Ariffin. Yang hendak dilontarkan bukanlah kisah pelawak tetapi isu politik yang lebih besar.

Contoh lainnya pula, Admin ingin kemuka skrip teater seperti Warisan Yang Hilang oleh Sdra Shukor Yon, cuba untuk mengetengahkan 'isu' warisan yang kian hilang.. Sebenarnya teater itu cuba menggambarkan 'warisan' apakah yang kian hilang? yang perlu kita fikirkan sejenak setelah selesai menonton nya. 

Berbalik pula kepada isu dalam Bahayanya Wanita? Poligami? Kalau poligami, apa isunya? Walaupun Raja Lawak cerita tersuratnya mengenai seorang pelawak tua yang sedang melalui zaman kejatuhannya akibat daripada perubahan sosial, namun teater ini sarat dengan isi tersiratnya.

Cukup kecewa apabila teater -Bahayanya Wanita yang dipentaskan Disember 2015 yg lalu hanya mampu memaparkan cerita lapuk tetapi bukan lontaran idea atau pemikiran.

Sekali imbas, teater ini salin tak tumpah filem Madu Tiga arahan P. Ramlee. Adakah Erma buat parodi Madu Tiga? Kalau iya, ini parodi yang tidak berjaya kerana Madu Tiga lebih tersirat isunya.

Sepatutnya sesebuah pementasan Teater memberikan sesuatu yang BARU lagi SEGAR kepada penonton yang sering sangat disumbatkan dengan "teater" di Kuala Lumpur ini.

Tidak keterlaluan juga jika dikatakan bahawa Teater berskala besar hanya menjadi wadah bagi mengaut UNTUNG. Sedangkan teater berskala kecil LEBIH HEBAT dalam membawa ISU serta pengembangan jalan cerita. 

JUSTRU, Admin ingin sarankan kepada pembaca - mari kita nantikan persembahan teater 'Selawat Ibu Selepas Isyak' karya Seni Bayan yg akan di pentaskn oleh Majlis Teater Neg Selangor (MTS) pada Oktober 2016 nanti di MATIC, Jln Ampang.

Apakah produksi ini mencapai definisi TEATER yg khalayak / kita semua harapkan..!!??

Kita tunggu pementasannya nanti ... :)


Artikel hanyalah pandangan Admin dan pengolahan drp artikel : www.utusan.com.my/Pengisian-teater-kita# 

Jumaat, 15 Julai 2016

Jumaat, 27 Mei 2016

Semarak BANGSAWAN 2016

Dah Masuk Mei Tahun 2016.... hurmmm !!
:)

Pihak Admin mengucapkan Salam Budaya kpd semua pembaca. Maaf agak kelewatan untuk membuat entri didalam blog ini... heheeee 


Agak banyak jugak cabaran mendatang bagi tahun 2016 ini untuk aktiviti teater Suara Alam.., samada dlm kerjaya, kehidupan dan perancangan xtvt teater !! walau bagaimanapun, cabaran harus di lalui.. 

Dlm waktu terdekat, akan di usulkan perjumpaan semua AJK SA utk langkah2 seterusnya. Mungkin ada beberapa cadangan untuk xtvt SA tahn 2016 kali ini.. Kita tunggu saja ekk.. :) 

Apa2pun, kesempatan ini, Pihak Admin cuma ini war-warkan program tahunan pihak JKKN iaitu Semarak Bangsawan... Pihak SA ada juga menghantar kertas kerja dgn Naskah "Dendam Kebayan Merah" - tetapi tidak berjaya mencuit pilihan Juri JKKN. :)

Di sertakan di sini, ringkasan naskah Bangsawan untuk tahun 2016 ini. Anda boleh menilai tajuk dan ceritanya dgn bersama2 menonton nya. 

" Bersama Semarakkan Seni Budaya Negara " 




Jumaat, 11 Disember 2015

Calon-Calon untuk Festival Teater Malaysia (FTM) 2016 - Pilihan Anda ??

Salam Budaya & Salam Teater ...!!

Festival Teater Negeri hampir atau telah sampai ke penghujung nya ... 
Rasanya setiap negeri TELAH menobatkan JUARA masing-masing. Kini tinggal menanti calon-calon yang BAKAL layak untuk ke Festival Teater Malaysia (FTM) bagi tahun 2016 setelah melalui penilaian para JURI nanti.



Pasti wakil-wakil setiap negeri akan berdebar-debar menanti sesi penilaian nanti. Apa-apapun, kita tunggu sahaja nanti bila tiba FTM berlangsung yang akan di anjurkan oleh pihak JKKN untuk peminat-peminat teater tanahair...

Berikut adalah antara Calon-calon yang 'admin' ketahui untuk pengetahuan khalayak..



Calon-Calon Negeri yang berjaya adalah - - - - -> 

KUALA LUMPUR :  
Kump. IKA BUANA STAGE dgn naskah " PUSARAN ANGIN SONGSANG " (karya : Rusaidi Ramli)

MELAKA :  
Kump. AURA KREATIF UiTM (Melaka) dgn naskah "ORANG BAIK" (karya: Ali Jusoh)

PAHANG :  
Kelab ESTETIKA BUDAYA UiTM (Jengka) Pahang dgn naskah " JANGAN BUNUH SAM " (karya : Zakaria Ariffin) 

P.PINANG : 
Kump. GASEWAP (Gab.Anak Seni Warisan PP) dgn naskah "THE MAIDS" (adaptasi karya : Jean Genet oleh Roselina Khir Johari )

NEGERI SEMBILAN : 
Kelab PENGGIAT SENI TEATER NEGERI SEMBILAN dgn naskah "TERGANTUNG" (karya : xxx_)

SELANGOR : 
Kump. Seni CERITERA dgn naskah "JALAN MATI" (adaptasi filem/karya : Leigh Whannel oleh Roydy Anuar)  

KELANTAN : 
Kump. ASPEK dgn naskah "BERANI MATI" (adaptasi filem/karya : Leigh Whannel oleh Roydy Anuar)

JOHOR :  
Kump. Warisan Kebudayaan UTHM dgn naskah "SANG NINGRAT ABDUL RAHMAN ANDAK" (karya : Rosdi Abdullah)

TERENGGANU : 
Kump. ShaNaNa Production dgn naskah "GEJOLAK" (karya : Iwano Kurusawa) 

KEDAH :  
Kump. TEATER WARNA UUM dgn naskah "TUKANG TILIK" (karya : xxx_) 

PERAK :  
Kump. TEMA PERAK dgn naskah "TIANG CENGAL DINDING SAYUNG" (karya : Suriani Mohd Yusof)

PERLIS : 
Kump. TOPENG dgn naskah "KA SYORGA" (Karya: Hairi Safwan Aznan)

SABAH :  
Kump. STAGE Production (UMS) dgn naskah "PREBET  KABIMBANGAN" (karya : xxx_)

SARAWAK :  
Kump. PERSATUAN SENI PERSEMBAHAN SIFAR KUCHING dgn naskah "SI PANJI RUMPUT" (Karya: Jamshari Saili)


Seperti di ketahui, SIFAR (Sarawak) adalah Juara FTM 2014 yang lalu... Makanya kali ini mereka tersenarai lagi bagi wakili Sarawak ! 
Adakah mereka akan terpilih utk FTM 2016 nanti..!!?? Sama-sama kita nantikan ...!
:)  

Sekian. 

Selamat berjuang untuk semua ...!! Semoga semuanya dapat mementaskan dgn TERBAIK !!


-Suara Alam-

Isnin, 23 November 2015

Festival Teater Selangor 2015 : Siapakah Pemenang ??

Salam Budaya !!

KUALA LUMPUR, 15 November 2015 - bertempat di Dewan Tunku Abdul Rahman, Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC), Jln Ampang KL telah menyaksikan kemeriahan Festival Teater Negeri Selangor (FTS2015) telah berakhir dengan suasana yang sangat meriah dan ceria. Sebanyak 10 kumpulan yg bertanding telah berjaya mementaskan naskah masing-masing dengan jayanya.

FTS2015 berlangsung dari 6 hingga 15 November 2015 ini anjuran JKKN Selangor dengan kerjasama Majlis Teater Negeri Selangor (MTS), MATIC, KL dan MKN Selangor telah di barisi oleh penilai JURI yang tidak asing lagi iaitu sdra Lokman Ghani (Istana Budaya), sdra Wahab Hamzah (DBP) dan aktivis teater sdra Mior Hashim Manap untuk memuktamadkan juara bagi FTS untuk tahun 2015 ini. Pemenang bakal mewakili negeri Selangor ke Festival Teater Malaysia (FTM) 2016 nanti.

JUARA pada tahun ini, telah dinobatkan kepada kumpulan Seni CERITERA dgn naskah adaptasi sdra Roydy Anuar Eddy Sauly bertajuk 'JALAN MATI'. Teater ini di bawah pengarahan sdra Khusairy Mahayuddin. Seni Ceritera juga membawa pulang 3-kategori hadiah yg lain iaitu, Pelakon Lelaki Terbaik, Pelakon Pembantu Lelaki dan Pengarahan Terbaik. 

NAIB JUARA pula di ungguli oleh kumpulan Teater AKSES, UiTM dgn naskah karya Syawal Azrai bertajuk "BILIK AKHIR" di bawah pengarahan sdra Khyrul Oshman. Bilik Akhir juga membawa pulang hadiah kategori Pelakon Harapan Wanita dan Sinografi/Teknik Terbaik. 

Badan Teater Kesenian, Warisan Malaysia @BATEK cawangan Selangor pula menduduki tempat ke-3 dalam FTS kali ini dengan naskah karya sdra Shukor Yon bertajuk "NERACA". BATEK juga membawa pulang Pelakon Wanita Terbaik di bawah pengarahan sdri Roslizawati. 

                 ** Gambar : Team Produksi BATEK - "Neraca"

Pihak JKKN juga mengumumkan tempat ke-4 dan ke-5 terbaik iaitu jatuh kepada kumpulan Kelab Teater Rimba, UKM dgn naskah "CINTA SANG PENCURI" karya Jean Annoulin, arahan sdra Abdin Bidin. KT.Rimba turut membawa pulang hadiah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik.
MANAKALA Kelab Teater Anomalist, UiTM dgn naskah "KUBUR" karya Wiramanja, Arahan sdri Deyana Suhailah berada di tempat ke-5 dgn turut membawa pulang Pelakon Harapan Lelaki Terbaik.

Saguhati pula di sampaikan kepada baki 5 kumpulan lainnya iaitu Kelab Deklamator Malaysia (DEKMAL) dgn naskah "Syahid Dukapura", Persatuan Kebudayaan Suara Alam* dgn naskah "Kembalinya... Mak Som", Seri Suktas GIB dgn naskah "Lumba Lagi". 


Manakala, Jemaah Seni UNISEL dgn naskah "Musim Dingin di Khatulistiwa" dan yg terakhir pula, Kelab Kembara Cilik dgn naskah "Aku, Dia dan Kotak". 

                   ** Gambar : Team Produksi SUARA ALAM - "Kembalinya... Mak Som"

Pada malam itu juga, pihak JKKN dan MTS telah memberi penghargaan kepada 2 Tokoh Teater Selangor 2015 iaitu Sdra. Shukor Yon dan Sdra. Kamarul AR yang telah banyak memberi impak kepada produksi pementasan teater di Selangor. 

Penyampaian hadiah-hadiah utama telah disampaikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Keseniaan Negara, En. Mesran Mohd Yusof yang turut merasmikan sayembara teater yg dikelolakan oleh pihak Majlis Teater Negeri Selangor (MTS) di ruang terbuka MaTIC sebelum pementasan akhir malam tersebut. 

Dianggarkan hampir 300 orang telah menghadirkan diri pada malam pengumuman FTS2015 kali ini.

SEKIAN. 

-admin- SUARA ALAM 


** TAHNIAH kpd team produksi BATEK..!! :)