Ahad, 18 April 2021

PERGINYA LAGENDA (TEATER) : MOHD SHUKOR YON

SALAM BUDAYA ...


AL-Fatihah buat Ayahanda Mohd Shukor B. Yon ( 1960 ~ 2021 )

Pada tanggal 12hb April 2021  |  bersamaan malam 1-Ramadhan 1442H (Hospital Serdang), perginya Pengasas dan Penasihat Suara-Alam yang begitu sinonim di-negeri Selangor ini. 



 
LAGENDA 

Sejuta Bintang di-angkasa

Sinarnya mempersona... 
Sebutir bintang di taman seni
Cahayanya berseri
Biar bertahun masa beredar
Satu wajah satu nama takkan pudar
Tetap jelas di ruang mata
Setiap gerak gaya
Bergetaran merdu sinar
Di persada budaya
Hingga kini menjadi sebutan
Tetap terpahat namamu di ingatan
Kaulah satu satunya
Di antara berjuta
Insan teristimewa
Patah tak tumbuh lagi
Hilang belum berganti
Kerana kau tersendiri
Kau kebanggaan kita
Kau budayawan bangsa
Engkau lagenda… 

 .  . . . . . .  >>>>>>>> * <<<<<<<< . . . . . . . . . 

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون
اَللهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ
Warga Suara-Alam telah dikejutkan dengan perkhabaran dukacita atas perginya permata yang bernilai Allahyarham Mohd Shukor Yon Ke-rahmatullah pada malam dan bulan yang mulia.
Allahyarham merupakan seorang Tokoh Teater Negeri Selangor dan juga salah seorang Mantan Yang DiPertua Majlis Teater Negeri Selangor (MTS). Sesungguhnya terlalu banyak Ilmu, Jasa dan Pengorbanan yang Almarhum curahkan di dalam dunia teater khususnya di Negeri Selangor yang selayaknya menjadi contoh dan tauladan berguna buat seluruh Aktivis dan pengiat Teater di Malaysia.
Barisan AJK Suara-Alam; ingin merakamkan ucapan takziah buat seluruh ahli keluarga dan anak didik Almarhum. Semoga Allah memberikan keredhaan dan kesabaran di atas ujian yang menimpa.
اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ، وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ، وَوَسِّعْ مَدْخَلَهُ،
وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ اْلأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ، وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ، وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ، وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ، وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَعَذَابِ النَّارِ

Ya Allah, ampunilah ia, kasihilah ia, berilah ia kekuatan, maafkanlah ia, dan tempatkanlah di tempat yang mulia , luaskan kuburannya, Bersihkan ia dari segala kesalahan, sebagaimana Engkau membersihkan baju putih dari kotoran, berilah ganti rumah yang lebih baik dari rumahnya (di dunia), berilah ganti keluarga yang lebih baik daripada keluarganya (di dunia), isteri yang lebih baik daripada isterinya dan masukkan ia ke syurga, jagalah ia dari siksa kubur dan neraka.
Aamin Ya Allah.
.. 

Selasa, 2 Mac 2021

TEATER DAN KATEGORI UMUM NYA

Salam Budaya ...

Salam Teater ...

KATEGORI - KATEGORI UMUM DALAM TEATER

Terdapat begitu banyak bentuk teater, namun secara umumnya teater boleh dikategorikan kepada lima kategori iaitu;
1. commercial theatre,
2. historical theatre,
3. political theatre,
4. experimental plays dan
5. cultural theatre.

Commercial Theatre - bentuk teater yang paling popular dalam kalangan masyarakat - teater muzikal, teater berbentuk komedi dan teater berbentuk drama berat yang bertujuan HANYA untuk hiburan dan keuntungan.
Historical theatre - menyajikan drama dengan menggunakan gaya, tema dan pementasan drama merujuk kepada sejarah periodisasi tertentu. Contoh teater klasik Oedipus Rex karya Sophocles sehinggalah kepada bentuk drama moden A Doll’s House karya Henrik Ibsen. Bentuk teater begini cuba untuk menunjukkan usaha pencapaian dan keprihatinan masyarakat dengan mempersembahkan aspek kostum, gaya lakonan, bahasa dan isu yang tidak mengkhusus hanya kepada generasi tertentu atau masa kini sebaliknya untuk kemanusiaan sejagat.
Political Theatre - memberi ruang kepada penulis, pelakon dan sutradara untuk mengekspresikan pandangan peribadi mengenai isu semasa, trend dan politik. Ia adalah satu platfom luahan idea secara terbuka untuk para penggiat seni yang mana suara mereka jarang dapat disalurkan melalui media arus perdana atau bentuk teater yang komersil. Bentuk teater ini memberi peluang kepada penggiat untuk mengajak penonton menyertai mereka dalam satu ruangan protes atau sokongan kepada perubahan sosial. Ia juga boleh menjadi satu `senjata propaganda’ bagi mereka yang mempunyai kuasa pemerintahan untuk mengawal perasaan dan pemikiran rakyat seperti yang dilakukan oleh pemerintah Nazi German ketika Perang Dunia Kedua.
Teater Eksperimental - dari segi idea dan stail yang pelbagai. Bentuk teater begini biasanya akan cuba memaparkan bentuk dan konsep yang sama sekali bercanggah dengan amalan kebiasaan; menghapuskan jarak antara pemain dan penonton, melanggar konsep pentas konvensional dan lain-lain. Teater eksperimen bertujuan untuk untuk `mencipta semula’ bentuk teater, tidak statik dan perlu selalu mencari bentuk-bentuk persembahan yang baru;
“Experimental plays are attempt to reinvent theatre, for all art forms must avoid stagnation by constantly searching for what the future of the art form might be.”
(Downs, Wright & Ramsey (2007):16)
Manakala Cultural Theatre direka untuk menyokong melestarikan budaya warisan, sudut pandangan seseorang, adat budaya serta keagamaan, status, masyarakat dan negara. Bentuk teater ini menyokong perkembangan kepelbagaian budaya masyarakat sekeliling dengan memberi ruang kepada masyarakat untuk melihatnya dari sudut yang berbeza. Contohnya opera tradisional Cina dan teater Noh dari Jepun.
Pembahagian kategori ini bukanlah satu ketetapan bahawa setiap pementasan teater yang ditonton perlu digolongkan dalam salah satu daripada kategori yang disebutkan. Ada kalanya satu pementasan itu kelihatan sesuai untuk digolongkan dalam dua kategori misalnya komersil dan cultural, atau political dan eksperimental.

Tujuan pemahaman kategori ini bagi sebagai panduan ilmu bagi memudahkan kepuasan penonton apabila menonton sesebuah pementasan teater itu. Contohnya penonton yang datang ke panggung bertujuan untuk dihiburkan selepas penat seharian bekerja, sebaliknya disajikan dengan pementasan berbentuk eksperimental, maka ia akan rasa tertekan dan tidak terhibur sama sekali.
Sebaiknya jika kita ingin menonton teater, dinasihatkan agar kita cuba bersikap terbuka terhadap apa yang kita tonton dan sebaliknya jangan pula terlalu bersikap membanding.
JUST ENJOY THE SHOW (bak kata org Melayu) dan nilai apa yang disaksikan sahaja dan janganlah mengharapkan apa yang kita jangka dan inginkan.

PERINGATAN :

Teater dicipta bukan semata-mata untuk menghiburkan penonton, ada ketikanya teater dipersembahkan untuk tujuan mendidik, mengajar, menyindir dan membuatkan penonton berfikir.


Sekian, 


-Admin SuaraAlam- 



Sabtu, 13 Februari 2021

MAKSUD HIBURAN DALAM TEATER

Salam Budaya ....

Salam Teater ...



Kali ini Admin nak kongsi apa yang selalu khalayak bicarakan ... Teater ! Adakah ia Hiburan atau sebaliknya ... 

Admin kongsikan disini satu catatan dari seseorang tentang perkara ini ...  

TEATER adalah HIBURAN dan diciptakan untuk tujuan mengiburkan. Istilah 'menghiburkan' dalam persembahan bukanlah bermaksud persembahan itu mesti mempunyai elemen humor dan gelak ketawa semata-mata. Kita perlu memahami maksud istilah 'entertainment' secara lebih luas. 

Menurut definisi lain, ia bermaksud 'that which holds the attention'. Menurut Cohen (2008) menyatakan ia berasal dari kata Perancis iaitu entre (between) dan tenir (to hold) yang bermaksud "to hold together" atau "to bring together" ;


“…it means that entertainment includes the enchantment of romance; the dazzle of brilliant debate, witty epigram, and biting repartee; the exotic appeal of the foreign and the grotesque; the beauty and grandeur of spectacle; and the nuance and crescendo of a musical or rhythmic line. It accommodates suspense and adventure, the magic of sex appeal, and the splendor of sheer talent. Finally, of course, it includes any form of drama that profoundly stirs our feelings and heightens our awareness of the human condition.” (pg. 313)  



TEATER adalah tempat himpunan segala keseronokan yang bukan sahaja untuk merangsang emosi, intelektual, rohani dan estetik malahan juga sebagai tempat untuk membina keseronokan, bersosial; ia menjadi pusat pertemuan untuk berinteraksi, berhubung dan berkenalan sesama manusia. Malah isi kandungan persembahan teater turut dapat dikongsikan dan dirasai bersama olej penonton, memberikan suatu kesedaran bahawa kehidupan kita tidak berseorangan malah kita semua berkemungkinan berkongsikan perasaan dan pandangan yang serupa. 


HIBURAN dalam teater harus merujuk kepada tahap keintelektualan dan pengalaman penonton. Personaliti setiap penonton adalah berbeza dan sutradara hendaklah mengenalpasti terlebih dahulu personaliti penonton yang bakal datang menyaksikan persembahannya. Sutradara juga hendaklah mahir memilih skrip yang bakal dipentaskan agar ia bersesuaian dengan penonton yang datang menonton. Corak persembahan yang dipamerkan itu mestilah bersesuaian dengan tahap pemikiran penonton; kanak-kanak, remaja dan dewasa. Yang pasti penonton mahukan hiburan tidak kira sama ada hiburan itu berbentuk kejiwaan, perasaan, minda dan apa sahaja yang boleh merehatkan dan menenangkan jiwa. Jiwa manusia sentiasa mahukan dan dahagakan hiburan. Sekiranya ini tidak benar, maka sudah pasti teater tidak akan wujud di muka bumi ini.


MAKA, fahamiliah konsep berteater. Janganlah semudahnya kita berbicara dan menganggap teater atas talian ini sebagai medium persembahan baru abad 21. 


Janganlah kita sogokkan minda generasi muda dengan fahaman songsang. FAHAMILAH ... Teater dicipta bukan semata-mata untuk menghiburkan penonton, sebaliknta teater dipersembahkan untuk TUJUAN ;

- mendidik 

- mengajar

- menyindir (dan) 

- membuat penonton berfikir 


Sekian,


-Admin SuaraAlam- 

#KitaJagaKIta

#SuaraAlam

#TeaterSelangor

#TeaterKita

#TeaterMemanusiakanTeater



* sumber artikel - FB Andy D'Great

Ahad, 3 Januari 2021

ERA BARU PEMENTASAN TEATER - 2021

Salam Budaya;

Catatan pembukaan 2021 kali ini admin lampirkan semula sebuah penulisan daripada laman sesawang sebuah agensi berkaitan dengan kebudayaan.

moga artikel penulisan ini membuka ruang MINDA untuk aktivis seni terutamanya Teater untuk meneroka ruang baharu ! :) 

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

 
TEATER BAHARU, MALAYSIA BAHARU 

Saya menjangkakan tidak akan berlaku banyak perubahan dalam karya-karya teater yang bakal dipentaskan selepas PRU 14. Walaupun ada yang menganggap selepas kemenangan Pakatan Harapan menumbangkan rejim Barisan Nasional dan membentuk kerajaan, akan terdapat perubahan landskap politik dengan membawa semangat Malaysia Baharu. Namun, mungkin peristiwa 9 Mei tidak cukup memberikan impak yang besar kepada karyawan teater masakini seperti bagaimana peristiwa 13 Mei memberi kesan terhadap pengkaryaan seni selepas era tersebut. 

Ada yang menganggap kesenian Malaysia akan berubah sekiranya berlaku peristiwa-peristiwa besar dalam lanskap sosial dan politik seperti Rusuhan Kaum tahun 1969 dan gerakan Reformasi yang berlaku pada tahun 1998. Kini dengan peristiwa Malaysia Baharu 2018, adakah ada pembaharuan yang ketara dalam pengkaryaan teater di Malaysia? Ingin saya mengemukakan beberapa hujah yang mendebatkan bahawa tidak akan berlaku banyak perubahan dalam lima tahun akan datang.

Saya ingin mengajak pembaca untuk melihat kembali apakah kegiatan teater yang telah dibuat sebelum PRU 14. Kegiatan teater berkembang dengan baik dari segi bilangan. Tapi jika dilihat dari segi pengkaryaan, tidak ramai yang menghasilkan karya-karya yang kritikal dan penting. Ridhwan Saidi dan Mark Teh adalah antara karyawan penting yang lahir dari gerakan generasi baharu. Mark Teh telah lama bersama Five Arts Centre dan cenderung menghasilkan karya-karya yang kritikal sejak awal pembabitannya, manakala Ridhwan pula melahirkan kegelisahan dalam pengkaryaan teaternya. Beliau sering mengutarakan persoalan-persoalan kritis sewaktu pementasan. Tidak ramai penulis skrip teater yang melahirkan karya-karya luar biasa sebelum PRU. Jika penulis-penulis lain berhasrat melahirkan sesuatu yang luar biasa hanya selepas kewujudan Malaysia Baharu, saya fikir karya-karya mereka hanya akan menjadi sesuatu yang sekadar menempel terhadap suasana baharu dan tidak organik.

Namun, bukan Ridhwan Saidi dan Mark Teh sahaja yang saya jangka akan terus berevolusi dalam persekitaran teater Malaysia Baharu. Khairi Anwar juga berpotensi besar dalam menghasilkan karya-karya kritis yang sering membincangkan hal sosial masyarakat yang tidak seimbang. Di dalam Attorney: Law vs Justice, Khairi sudah bercakap tentang hitam putih sistem perundangan di Malaysia. Menerusi IQ.Rock pula, Khairi mengutarakan pula tentang hal pendidikan dan kemiskinan masyarakat rural. Jika Khairi konsisten dalam meneliti isu-isu lain yang akan timbul dalam Malaysia Baharu secara kritis, maka dengan itu perubahan dalam pengkaryaan akan berlaku. Ada yang mengatakan kebebasan bersuara dan berekspresi kini sudah terjamin di bawah kerajaan baharu yang merayakan demokrasi. Namun, adakah seniman kita akan mengambil peluang ini untuk berkarya tentang hal-hal yang tak dibenarkan oleh kerajaan lama? Kesan kerajaan lama telah menanamkan satu sikap self-censorship di dalam diri kebanyakan pengkarya. Mereka secara tidak sedar akan mengelak atau mencari alternatif selamat untuk berbicara hal-hal tabu. Self-censorship sudah menjadi sebahagian etika mereka dalam berkarya.



Saya berikan contoh: jika dahulu penghasilan karya-karya yang bersifat politik kiri akan mendapat perhatian oleh kerajaan. Tindakan dan tekanan akan diambil terhadap produksi sehingga tidak boleh diteruskan. Lantaran itu, karya-karya yang dipersembahkan hanyalah karya-karya ‘selamat’ kerana karyawan sendiri sudah menapis sendiri karya-karya mereka supaya tidak disekat dan ditapis kerajaan. Tabiat ini perlahan-lahan ditanam dan diasuh kepada pengkarya terutama seniman-seniman baharu yang lahir daripada institusi pengajian tempatan yang selalu mendukung aspirasi kerajaan terdahulu. Kebanyakan mereka (dan saya juga – kini semakin insaf) diajar untuk tidak mempersoalkan perkara-perkara tabu dan tidak seiring dengan aspirasi kerajaan BN. Maka, untuk melihat perubahan ketara, ia tidak akan boleh berlaku dengan kadar segera.

Yang ketiga, kebanyakan rakyat Malaysia (yang mengimpikan perubahan) masih terharu (atau orang putih kata “overwhelmed”) dengan perubahan telah berlaku di peringkat kerajaan. Masing-masing masih tersenyum dan berpuas hati dengan kejayaan yang ditempa oleh Pakatan Harapan membentuk kerajaan baharu. Mereka menjadi terlalu optimistik dalam banyak hal. Harapan-harapan baru dicadangkan kepada kerajaan yang mereka percaya mahu mendengar untuk perubahan total. Seniman masih menunggu-nunggu apakah inisiatif baharu yang bakal diperkenalkan oleh kerajaan untuk membela mereka yang terharu, optimis dan berharap ini. 

Jika seniman masih lagi berada di dalam keadaan terharu, perubahan tidak akan dapat dilihat. Kita akan terus terkandas dalam melahirkan karya-karya yang lebih kritis. Situasinya akan kembali sama seperti dahulu di mana seniman akan sentiasa okay dan terharu dengan apa yang kerajaan berikan.

Namun, saya pasti perubahan akan berlaku. Seniman perlu kekal berfungsi sebagai perakam kegelisahan masyarakat dan pendesak kepada kerajaan untuk memandang kepada hal-hal yang terpinggir. Seniman perlu kekal mengutarakan pemikiran alternatif dan sentiasa kritis dalam memberi pandangan. Kita harus keluar daripada perasaan terharu dan kembali bekerja demi menghasilkan karya-karya yang lebih baik.

Sekian 


Artikel : https://www.cendana.com.my/ …teater-baharu-malaysia-baharu

Penulis : Fasyali Fadly (Dekan Fakulti Teater, ASWARA - 2020)

Jumaat, 1 Januari 2021

SALAM TAHUN BARU 2021

Salam Budaya 

& 
Salam Tahun Baru ..

Setelah berakhir 2020 dengan pelbagai cabaran dan dugaan di 'era pandemik C19' yang telah membataskan pelbagai aktiviti seni persembahan terutamanya TEATER 


Moga kehadiran tahun baru 2021 ini, akan membawan sinar baru ... untuk semua NGO Budaya dalam menyemarakkan seni budaya negara ... dengan norma baru dan SOP yang telah ditetapkan oleh Kerajaan diharapkan selepas ini, NGO Budaya akan kembali aktif ...


SUARAALAM berharap, dapat menemui kembali semua peminat teater di tahun 2021 ini dengan HARAPAN baru ...

.