Salam Budaya buat semua pembaca !
Setelah mencuba selama 4 tahun, Akhirnya cadangan pementasan Bangsawan Putera Salang Ur oleh SUARA ALAM telah berjaya memikat panel pemilih yang terdiri daripada pegawai-pegawai JKKN & DBKL untuk mengisi slot program Semarak Bangsawan 2013.
Setelah menerima tawaran rasmi daripada pihak JKKN pada Jan 2013, Maka bermulalah sessi pemilihan ahli-ahli produksi untuk memastikan pementasan bangsawan ini akan mencapai 'box-office' seperti yang di harapkan... huhu
Berikut adalah kumpulan yang berjaya mengisi slot Semarak Bangsawan 2013 ;
BULAN KUMPULAN/NEGERI TAJUK BANGSAWAN
Mac SEKENET, P.Pinang Raja Bersiong
Apr D'ANJUNG IBAI, Trgganu Pak Pandir
Mei TEATER ANAK KOTA, KL Tiga Maulana
Jun SUARA ALAM, Selangor Putera Salang Ur
Ogos GROUP TEATER ARTIS KREATIF, KL Amanat Kebayan Rimba
Sept ASPEK, Kelantan Ratu Laut Merah
Okt ASWARA, KL Raja Muda Hamlet
Nov MEDAN TEATER ANAK SARAWAK Panji Asmara
Dec KUMP. BUDAYA DBKL, KL ~
** untuk matlumat lanjut hari tentang persembahan sila hubungi En Shahrizal (JKKN)
di talian 03-2614 8317 / En Nur Ibrahim 03-2614 8210 / Pn Ayu 03-2614 8262
Awal bulan Mac, pertemuan pertama bermula untuk membincangkan pasca pementasan produksi ini. Dan seterusnya mengorak langkah dengan sessi latihan sehingga kini...
Semoga perjalanan Putera Salang Ur akan berjaya mengatasi ranjau-ranjau yang mendatang...!!
**...berjumpa lagi di lain catatan...**
:)
Khamis, 30 Mei 2013
Perjalanan Bangsawan Putera Salang Ur
Salam Sejahtera & Salam Budaya kepada semua ;
Setelah hampir 3 bulan produksi bangsawan 'Putera Salang Ur' yang telah berjaya mengisi slot Program Semarak Bangsawan 2013. mengatur gerak, menjalani latihan...
kini,
kini,
sehingga ke tarikh artikel
ini di tulis, produksi BPS telah melalui pelbagai cubaan dan dugaan sepanjang tempoh itu... Kami kini sedang bersedia untuk sessi PRA TONTON bersama JKKN bagi menilai prestasi semasa pada 31hb Mei di Taman Budaya, KL
Al-maklumlah, ini adalah buah tangan pertama SUARA ALAM untuk produksi bangsawan. Maka mungkin terlalu banyak kekurangan yang perlu diperbaiki...
Harapan dan doa semoga produksi ini akan berjaya dengan berkat sokongan kawan-kawan yang sudi membantu terutama daripada ;
MTS, HIDAYAH, ASWA, TITIS
dan
Individu-individu seperti ; SN Pak Rahman B (Bangsawan Bintang Timur), Rizan
(Teater, Perak), Keena MENTOR-3 dan Salman Al-Farisi (MRLM)
Maka, tunggulah hasilnya pementasan 'PUTERA SALANG UR' untuk tahun ini yang akan berlangsung pada 14hb hingga 16hb Jun ini, agar dapat menjadi salah satu persembahan yang terbaik ...!
:)
sekian !
Bersama Semarakkan Seni Budaya
Rabu, 16 Januari 2013
Sessi Penilaian Program Semarak Bangsawan 2013
Salam Budaya & Salam 1Malaysia
Pada 26hb ~ 27hb Disember 2012 yang lalu, pihak JKKN, KPKK buat julung kalinya telah mengadakan sessi penilaian bagi penganjuran program anjuran JKKN untuk tahun hadapan iaitu Program Semarak Bangsawan 2013.
Program ini semakin mendapat perhatian daripada pelbagai persatuan kebudayaan/teater samada persatuan di lembah kelang itu sendiri tetapi juga daripada seluruh negeri di semenanjung ! Mereka cuba memohon peruntukan dana yang telah disediakan oleh pihak JKKN dalam menyemarakkan seni pementasan bangsawan di Kuala Lumpur.
Dimaklumkan bahwa terdapat 32 permohonan telah diterima oleh JKKN untuk dinilai dan hanya 6 Kumpulan terpilih sahaja diberi peluang mengisi slot Semarak Bangsawan ini selain daripada 3 slot yang akan di isi oleh pihak JKKN sendiri, pihak DBKL dan ASWARA.
Selangor telah menghantar 5 wakil untuk mencuba nasib iaitu ;
1 - Majlis Teater Negeri Selangor (MTS) - Keris Pusaka Selendang Mahkota
2 - Anak Seni Wawasan (ASWA) - Rangkas Putra
3 - Titian Teater Seni, PJ (TITIS) - Laila Majnun
4 - Alumni Kelab Teater Rimba UKM - Panglima Awang
dan
5 - Suara Alam - Putera Salang Ur
Untuk program ini, Suara Alam telah mencuba buat kali ke-4 dengan naskah 'PUTERA Si LANGAU' daripada ilham idea En. Mohd Rosli Abd Wahab selaku presiden persatuan dan olahan skrip daripada Puan Aida (UPM).
Semoga Suara Alam berjaya kali ini.
Sekian, Salam Budaya !
'Bersama Semarakkan Bangsawan'

Selasa, 1 Januari 2013
Temu Aktivis Seni Selangor 2012 (MTS)
Salam Budaya & Salam 1Malaysia,
pada Ahad yang lalu, 30hb Disember jam 12:00 tghari bertempat di Komplek Belia & Kebudayaan, Seksyen 7, Shah Alam,telah berlangsung satu acara "Temu Aktivis Seni Selangor 2012" anjuran Majlis Teater Negeri Selangor [MTS] dan JKKN,Selangor.
Pertemuan ini berlangsung sebagai tanda sessi penegenalan antara semua aktivis seni (teater) dibawah gabungan MTS dengan pengarah baru JKKN, Selangor iaitu En Ghazali Bin Bidin.
Antara kumpulan & indisvidu yang hadir adalah daripada ;
HIDAYAH, RESAM, KEMUDI, ASWA, SUARA ALAM, PENTAS(UPM), KELAB TEATER PUSAT KEBUDAYAAN UPM, TITIS, Sdri. Haryani Haron, Sdra. Ahmad Sarju, Raja Azrey dan rakan serta lain-lainnya.
Majlis dimulakan dengan nazam dendangan sdri. Milyana Arshad, ciptaan sdra. Nazri Ahmad (Hidayah). berikut antara bait-bait nazam tersebut untuk tatapan pembaca. ! :)
Allah Azwajallah Tuhan Kami,
Kami Minta Ampun akan Dosa Kami
Dengan Bismillah Hamba Mulakan Nazam Ini
Karangan Untuk Kerabat Penuh Bererti
Dalam Majlis Yang Berseri Kita Berhimpun
Tersenyum Manis Betulkan Niat Kita Berkumpul
Hai.. Saudara, Jangan Iri Hasad Dengki..
Berbaik-baik Sesama Rakan Menjaga Hati...
Sudah Berdekad bergabungnya Kita semua...
Pelbagai Ragam, Pelbagai Cara, Pelbagai Rupa...
Misi Kita, Seni harus di manusiakan...
Capai Jaya Kekal Usaha Hidup Sempurna...
Hai..Saudara Mari berarah 1 tuju..
Dakwah kita perjuangan, Tuju yang SATU...
....
Majlis juga di serikan dengan deklamasi sajak oleh sdri. Haryani Haron, sdra. Zul (UPM), Monolog dari sdra. Wan (Pentas,UPM), cikgu Azlansham (Hidayah) dan Dekon/Sketsa dari AJK MTS.
Majlis bersurai sekitar jam 4.00 petang setelah selesai penyampaian Watikah keahliaan MTS yang disampaikan oleh wakil JKKN (En. Rafie Jafranie) dan wakil MKN (En Awaludin) di iringi oleh YDP MTS sendiri iaitu sdra. Kamarul A.R.
Dengan watikah ini, diharapkan pihak JKKN, Selangor mengambil-maklum tentang kehadiran aktivis seni (teater) di Selangor ini didalam melestarikan aktiviti seni budaya khususnya didalam teater di Selangor. Semoga cita-cita Selangor untuk menjadi sebuah pusat aktiviti teater akan tercapai, lebih-lebih lagi dengan terbinannya Panggung Teater Di-Raja Selangor di Shah Alam.
Bersama Semarakkan Seni Budaya !
Ucapan Terima Kasih kepada semua yang hadir, Semoga Keakraban Aktivis Teater di Selangor terus Kekal dan Gemilang ....

**Teater adalah untuk Kemanusiaan....**
Rabu, 28 November 2012
Sorotan Tentang Festival Teater Malaysia 2012
PEKAN Teater di bawah Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia yang sinonim dengan pencinta seni teater pada sekitar 1990-an, diberi wajah baru dengan nama Festival Teater Malaysia pada 2002.
Dari johan peringkat negeri, beberapa kumpulan dipilih ke peringkat kebangsaan. Buat pertama kalinya pengisian Festival Teater Malaysia (FTM) diperluaskan untuk merangkumi persembahan Monolog dan Fragmen Seni.
Menyingkap sejarah terdahulu, Festival Teater Malaysia adalah lanjutan daripada Pesta Tarian dan Drama yang diperkenalkan oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan Malaysia pada awal 1970-an sehingga 1980-an.
Pesta Tarian dan Drama yang diadakan dalam bentuk pertandingan, disertai oleh kumpulan teater amatur yang terdiri daripada penggiat teater Melayu pada waktu itu.
Antara nama penggiat teater yang lahir daripada pertandingan ini ialah Prof. Madya Dr. Samad Salleh, Supiat Mukri, Dinsman, Megat Saiful Bahari, Datuk Johan Jaafar, Zakaria Ariffin, Profesor Mohd Taib Osman, Kalam Hamidi dan Hashim Yassin.
Pada 1980-an, Pesta Tarian dan Drama dihentikan penganjurannya buat seketika dan pada 1990, Pesta Tarian dan Drama disambung semula dalam format baru. Berfokus kepada teater, nama barunya Pekan Teater ternyata lebih melekat di hati ramai.
FTM telah mengalami pelbagai proses transformasi dan diadakan secara bergilir dengan Festival Tari Malaysia. FTM yang memasuki tahun keenam penganjurannya tahun ini, kembali menemui khalayak dengan enam karya menarik.
Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Datuk Norliza Rofli berkata, objektif FTM 2012 ini ialah ke arah kecemerlangan pementasan teater yang lebih berkualiti, memberi peluang kepada penggiat teater di peringkat negeri bertanding dan mempamerkan kemantapan persembahan.
“Selain itu para penggiat teater berpeluang mengenali, berkongsi ilmu, bertukar pengalaman dan berinteraksi di kalangan penggiat teater negeri yang terbabit untuk kemajuan kesenian pelbagai kaum, peringkat umur dan kerjaya.
“FTM juga menggalakkan kumpulan teater tanah air untuk bergiat secara berterusan bagi mencapai tahap pementasan yang dianggap layak untuk dipentaskan semasa FTM. Paling penting sekali adalah usaha martabat dan merakyatkan teater ke arah pembangunan masyarakat dan membina jati diri bangsa Malaysia.
“FTM mengubah konsep pertandingan di peringkat negeri menjadikannya kepada konsep manifestasi. Kami menilai sebanyak 14 kumpulan teater yang terbaik di peringkat negeri dan enam daripadanya terpilih ke peringkat kebangsaan,” katanya.
Enam kumpulan teater amatur Malaysia ini ialah Kelab Estetika Budaya, UiTM Pahang yang akan mementaskan teater bertajuk KEBAYAN karya Zack Zaideen, arahan Mohd Samsuri Ghazali pada 30 September 2012.
Disusuli oleh Badan Kesenian dan Warisan P Ramlee (Bakawalee) dengan teater bertajuk PERHIASAN KACA karya Tennese William arahan Mohd. Yusof Bakar (1 Oktober 2012).
Persatuan Penggerak Warisan Seni Budaya Negeri Kedah (Akrab) dengan teater PELANTAQ karya dan arahan Saipol Bahari Mohd. Iman (2 Oktober 2012).
Grup Teater Lab, Universiti Malaysia Sabah dengan teater MENCARI RICKA karya Tasia Arliana Ismail, arahan Ilya Rusaidi (3 Oktober 2012), diikuti dengan Majlis Teater Selangor dengan teater BUAI karya Norhisham Mustafa, arahan Khusairy Mahayuddin (4 Oktober 2012).
Pementasan terakhir ialah daripada Pusat Kokurikulum Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (UTHM) dengan teater JANIN karya dan arahan Rosdi Abdullah (5 Oktober 2012).
Pentas FTM 2012 akan dibuka dengan pementasan jemputan khas monodrama 'Rebab Berbisik' karya Rahimiddin Zahari, lakonan Rosnan Rahman pada 29 September jam 8.30 malam di Auditorium DBKL. Semua pementasan adalah percuma.
6 Oktober 2012 dipilih sebagai Malam Penganugerahan kepada 6 kumpulan itu bagi menentukan Pelakon Harapan Lelaki dan Wanita Terbaik, Pelakon Pembantu Lelaki dan Wanita Terbaik, Pelakon Lelaki dan Wanita Terbaik, Pengarah Terbaik seterusnya tempat Pertama, Kedua dan Ketiga FTM 2012.
Hadiah disampaikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Penerangan) KPKK, Datuk Dr. Rothiah Omar yang diiringi oleh Timbalan Ketua Pengarah, Kesenian dan Kebudayaan JKKN, Mesran Md Yusof.
Senarai Pemenang keseluruhan Festival Teater Malaysia 2012:
Johan (RM15,000, Piala Pusingan, Piala Iringan dan Sijil)- Pelantaq (AKRAB)
Naib Johan (RM10,000, Piala Iringan dan Sijil)- Kebayan (UiTM,PHG.)
Tempat Ketiga (RM8,000, Piala Iringan dan Sijil)- Perhiasan Kaca (BAKAWALEE)
Pengarah Terbaik (RM3,000, Piala Iringan dan Sijil)- Saipol Bahari Mohd. Iman (AKRAB)
Pelakon Lelaki Terbaik (RM3,000, Piala Iringan dan Sijil)- Hairi Safwan Aznan (AKRAB)
Pelakon Wanita Terbaik (RM3,000, Piala Iringan dan Sijil)- Siti Salwani Shaari (AKRAB)
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (RM2,000, Piala Iringan dan Sijil)- Raja Azri Raja Kamaruzzaman (MTS)
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (RM2,000, Piala Iringan dan Sijil)- Mazrona Kalinggalan (UMS)
Pelakon Harapan Lelaki Terbaik (RM1,000, Piala Iringan dan Sijil)- Muhamad Zamri Abdullah (AKRAB)
Pelakon Harapan Wanita Terbaik (RM1,000, Piala Iringan dan Sijil)- Nur Athirah (UMS)
**-Mereka diadili oleh barisan juri profesional terdiri dari Ketua Juri, Rosminah Tahir, Ahmad Yatim, Wahab Hamzah dan Indi Nadarajah.
Kesimpulan Persembahan daripada wakil Selangor ;
Sebagai permulaan, Kami ucapkan tahniah kepada wakil Selangor iaitu; Majlis Teater Selangor @ MTS dengan naskah BUAI kerana terpilih sebagai 6 produksi terbaik untuk ke FTM 2012 kali ini.
Sebagai NGO yang bernaung dibawah MTS, sudah tentu kami memberi sokongan kepada BUAI untuk mencipta kejayaan didalam FTM 2012 ini. Tetapi keputusan Juri adalah muktamad dan telah dinilai dengan sewajarnya.
Secara dasarnya, keseluruhan persembahan BUAI adalah baik tetapi apa yang dapat Kami simpulkan adalah kesilapan 'strategi' pengarahan yang telah mengubah 'konsep' awal persembahan BUAI semasa sessi penilaian peringkat kebangsaan sebelum itu.
Jika di kekalkan konsep persembahan sebelum ini, Kami yakin pasukan daripada Selangor (MTS) akan berjaya menggondol kedudukan 3(tiga) yang ter-BAIK di dalam FTM.2012 ini..... !!
Apa-apa pun, semoga pihak MTS atau mana-mana produksi daripada Selangor akan berjaya di tahun akan datang. Insha-allah !! Sekian.
Salam Budaya !
* Bersama Semarakkan Seni Budaya *
Langgan:
Catatan (Atom)